Riwayat
al-Bukhari dan Muslim:
Daripada
Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi saw bersabda: "Orang yang bergaul dengan
orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang
yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang
membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya,
atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api,
sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk"
Adab
bersahabat dalam islam:
melebihkan
sahabatnya
menolong
sahabatnya
menyembunyikan
rahsia sahabatnya
- rahsia kan tetap rahsia.. kalau seseorang cakap apa yang dia bagitahu tu kena rahsiakan... InsyaAllah menjadi tanggungjawab kita untuk rahsiakan sebab itu adalah satu amanah kepada kita.. kalau kita tak nak tanggung amanah tu... so jangan la dengar apa yang dia cakap..hehehe.. aku selalu tanya sapa yang bagitahu sesuatu kat aku.." kalo benda ni rahsia cakap rahsia kalau tak aku tak bertanggungjawab kalau terbagi tao ke orang lain" huhuhu.
Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada
Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tiga petanda orang munafik: Apabila
bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah
ia mengkhianatinya"
menutup aib
sahabatnya
-.."ku akui". janti tu satu hutang.. makan janji kena la ditepati yer kawan.. x menepati janji maka x bayar hutang.. manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan.. kalau ada yang silap tegu lah... ini untuk kebaikan diri kita juga. jangan kerana hanya sedikit kesilapan kita xbertegur dan bermasam muka.. kita ada semua kelemahan... jangan kita hanya melihat kelemahan atau silap orang lain.. sesekali pandanglah kelemahan kita.. apa yang penting jangan bukak aib orang kerana suatu hari nanti Allah akan buka aib kita pula..
Hadis
riwayat Muslim:
Daripada
Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang menutup
keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari
khiamat"
apabila
mendengar orang lain mencela sahabatnya maka jangan sampaikan kepada sahabat
itu
- kenapa kita tak boleh bagitahu kawan kita jika dengar orang kutuk or mengumpat sesuatu yang x baik pasal kawan kita... sbb xde faedah pun... lagi menimbulkan fitnah or marah yang boleh menimbulkan prgaduhan ada la... wat abis ayaq liur je..huhuhu.. so, xelok mengumpat yer.. cakap sesuatu yang boleh meng"aib"kan orang lain.. itu adalah sifat yang buruk.. jangan pula kita tumpang sekaki..huhuu..
Hadis
riwayat Abu Daud dan Ahmad:
Daripada
Uqbah bin Amir r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang melihat suatu keaiban
lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang
ditanam hidup-hidup"
apabila org
berkata buruk mengenai sahabatnya, jangan termakan dengan perkataan itu
-yang
ni selalu sangat terjadi zaman skang ni. Kita kawan ngan orang ni, tiba-tiba
bila dtg pihak ketiga kutuk kawan kita cmni-cmni, kita pun tanpa berfikiran
panjang terus je percaya dengan kata-kata orang ketiga itu. Jadi kat sini saya
nak ckp, janganla cepat sangat percaya kat kata-kata orang lain...
kadang-kadang syaitan ni yang mengapi-apikan kita.. sengaja syaitan itu hendak
memutuskan ukhwah yang terbina
apabila
mendengar orang memuji sabahatnya, hendaklah disampaikan kepada sahabatnya akan
berita itu (if lebih bagus sekiranya disampaikan)
- yang ni
rasenye semua pun faham kan? kalo berita baik itu bagus untuk disampaikan,
maknanya kalau kawan kita dengar die akan bertambah melakukan perbuatan yang baik,
baiklah kita sampaikan. Tapi if kita sampaikan n ble die dengar, die menjadi
bongkak, lebih baik kita senyap je dari bgtau..
Hadis
riwayat Ibn Majah
Daripada
Mu'awiyah bin Abu Sufian r.a., Nabi saw bersabda: "Berwaspadalah kamu
dengan puji-pujian kerana ia boleh 'menyembelih'"
kalau
sekiranya bertanya khabar hendaklah bersungguh-sungguh bertanya khabar
-ha yang
ni.. maknenye kita slalu tanya khabar kawan kita time kita susah dan senang.
Zaman skang ni, time senang takde pulak kita nak tanye kawan kita tu sihat ke
tak.. tp ble susah, dan2 teringat kawan-kawan.. mula la nak bertanya khabar
sume2.. lepas tu trus mintak tolong.. niat dh tak ikhlas..
jangan bertekak
dengan sahabat kita itu
-if ada
masalah, selesaikanlah dengan perbincangan yang elok-elok. Kalau boleh mengalah
je la tak payahla nak menang, if due2 pun nak menang sampai ble2 pun tak
selesai. Pernah diceritakan Rasulullah saw dengan Saidatina Aisyah r.a., ketika
baginda nak keluar rumah, baginda berpesan kepada Aisyah supaya jangan tunggu,
tidur terus. Tapi saidatina Aisyah r.a, berkeras untuk tunggu. Lama-lama Aisyah
pun tertidur. Ketika Rasulullah saw pulang, baginda memberi salam sampai 3-4 kali
masih tak berjawab, baginda pun tidur di luar. Aisyah yang kemudiannya
tiba-tiba terjaga di tengah malam, pelik ble tgk Rasulullah saw tak balik-balik
lagi, terus buka pintu dan terkejut melihat baginda tidur di luar.
Aisyah
meminta maaf banyak kali, " Maaf ya Rasullullah, hamba tak dengar"
Rasulullah
saw menjawab," Tidak bukan salahmu, aku yang pulang lewat"
hendaklah
memanggil nama yang elok-elok
- hehe yang
ni semua pun tahu kan? kalau dh nama kawan kita tu hazwani, panggil la dia
seelok-eloknya nama penuh. semua nama tu kan ada maksud.. contohnya 'hazwani'
bermaksud 'pemberianku', 'wani' bermaksud 'mutiara'. Haha jangan plak suka-suka
kita je panggil die lembu,kambing, kera telinga capang, cicak kobeng berkepala
dongga.. haha sume tu maksud yang ntah hape2.. if kita panggil dia nama yang
elok-elok tu cm doa, kan bagus kita mendoakan sahabat kita. Ustazah saya pernah
ckp kat saya, if kita panggil kawan kita tu dengan nama yang tak disukainya,
kita mendapat dosa, mungkin secara zahirnya dia gelak2 je ble dengar, tapi
dalam hati die tak suke sape tau? jadi pasni panggil la kawan-kawan kita dengan
nama yang elok-elok ok? [maaf kepada yang terasa hahaha]
kalau
melihat kebajikan sahabat kita itu hendaklah dia bersyukur
-bersyukur
sebab dikurniakan sahabat yang baik budi pekertinya.. kan sejuk hati dapat
kawan cmtu.. mudah-mudahan Allah buka hatinya untuk melipat kali gandakan
amalan. Jangan plak ble kawan kita berbuat baik, kita rase dengki n benci plak
ble tengok..
hendaklah
ditegah orang lain dari mencela sahabat kita itu
- yang ni
lebih kurang cm point kat atas, if kite dengar orang kutuk kawan kita, mintak
dia berhenti dari terus mengumpat. Sebab kadang-kadang tu apa yang dicakapkan
bukan betul pun, ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Kita yang tumpang
dengar ni pun tumpang sekaki mendapat dosa..
Hadis
riwayat Muslim:
Daripada
Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak masuk syurga orang
yang suka mengecam (menyebar fitnah)"
beri
nasihat kepada kawan kita if dia melakukan kesilapan dengan cara yang
lemah-lembut
-yang ni dh
memang menjadi tanggungjawab seorang sahabat untuk menegur sahabat yang lain if
buat silap. Jangan kita diam dan biar je dia terus buat silap. Tapi nak tegur
pun kene la dengan cara berhemah, jangan terus marah-marah, maki-maki.. memang
la die takkan dengar pun haha.. eloklah kita guna pendekatan yang lemah
lembut.. sesungguhnya Allah suka kepada sikap lemah lembut itu
Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim
Daripada
Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah
lembut pada setiap perkara"
memaafkan
kesalahan sahabatnya
-if ada wat
salah, sama-sama kita bermaaafan.. tak guna simpan dalam hati.. ambil yang
jernih, buang yang keruh
mendoakan
taulannya dalam solatnya pada ketika hidupnya dan pada ketika matinya
Nabi
Muhammad saw bersabda:
"Apabila
bersahabat rapat kerana Allah, nanti akan diletakkan di bawah tiang Arash di
Padang Mahsyar"
hendaklah
berbuat kebajikan kepada sahabat kita dan keluarganya ketika telah mati
- yang ni
ketika sahabat masih hidup n mati pun, hendaklah kite membuat kebajikan
kepadanya dan juga ahli keluarganya.
Hadis
riwayat Muslim:
Daripada
Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyenangkan orang
yang susah Allah akan menyenangkan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup
keburukan seseorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan
akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk
menolong saudaranya"
jangan
memberati seseorang taulan itu akan sesuatu hajatnya supaya senang hari
taulannya dari kesusahannya
Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Daripada
Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang berusaha untuk
menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga.
Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang muslim, Allah akan
melepaskannya daripada satu kesusahan di hari khiamat. Sesiapa yang menutup
keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat"
Nabi
Muhammad saw bersabda:
"Bencikan
kepada dunia ini, Allah sayang kepadamu. Bencikan barang-barang yang ada pada
tangan sahabatmu dan saudaramu, mereka akan sayang kepadamu"
-hadis ni
bermaksud, if kawan kita ada barang, kita janganla asyik mintak barang tu dari
dia sampai bagi dia rimas... hehe
if kawan
kita senang, kita pun tumpang senang
-yang ni,
if kawan hepi kita pun hepi, if die sedih, kita pun sedih.. jangan plak ble die
sedih kita hepi.. or secara zahirnya kita kita sedih ble die sedih, tapi dalam
hati ble die sedih kita hepi.. haha dua2 pun jangan ok?.. ape ntah peribahasa
melayu.. cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.. hehe
jumpa kawan
beri salam
Hadia
riwayat al-Tirmizi:
Daripada
Abdullah bin Salam r.a., Nabi saw bersabda: "wahai manusia! Ucapkanlah
salam, berilah makanan, dan tunaikanlah solat pada waktu malam ketika manusia
sedang tidur, nescaya kamu memasuki syurga dengan selamat"
-orang yang
bawak kereta beri salam kepada orang yang berbasikal, orang yang berbasikal beri
salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kaki beri salam kepada orang
yang berhenti
if dalam
satu tempat, kawan baru datang, berilah dia tempat duduk, if dh takde tempat
duduk, hendaklah kita bangun dari situ dan berikan dia tempat duduk kita
apabila
sahabat datang, hendaklah bangun menyambutnya. Apabila dia nak balik, hendaklah
kita bangun menghantarnya ke muka pintu atau yang selayaknya
-yang ni,
if orang dtg umah kita, tak kiralah sahabat or tetamu lain, hendaklah kita
layan dia sebaik-baiknya. Jangan sampai dia rasa tak selesa kat umah kita
apabila
kawan sedang berkata-kata jangan potong
-yang last
skali ni, teguran untuk sume orang termasuk ceq sendiri haha.. kalau orang
ckp, janganla potong, biar dia ckp sampai abis dulu, then baru la kita
mencelah.. kadang2 tu kawan tengah ckp, kite mencelah sampai dia pun dh lupa
die nak ckp apa kannnn..
Riwayat
al-Tirmizi dan al-Hakim:
Daripada
Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut
dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu
bersahabat"
Riwayat
Ahmad dan al-Tirmizi:
Daripada
Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi
Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"
Jalinan-UNIC
Indahnya
suasana kita dihari ini
Ceria
bersama bermesra
Erat
silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan
agama yang mulia
Ooh! Mari
bersama kita jalinkan
Kasih
sayang sesama insan
Di hari ini
kita mulakan
Moga kekal
untuk selamanya
Indahnya
jika kita dapat bersama
Hidup
selalu gembira di dunia ini
Lagi
indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di
dalam gembira di akhirat sana
Erat
Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan
agama yang mulia
Yang tua
dihormati
Yang muda
disayangi
Cetuskan
suasana harmoni
Ooh! Mari
bersama kita jalinkan
Kasih
sayang sesama insan
Di hari ini
kita mulakan
Moga kekal
untuk selamanya
Kita
jalinkan
Kasih
sayang