Tabung Belajar

Pengikut

Isnin, 28 Januari 2013

XPDC Gua Tempurung


Sudah 3 kali aku joint program Bakti Siswa….
dan inilah pertama kalinya dan aktiviti yang paling lasak dan mencabar yg aku sertai..
Lebih kurang 30 orang yang sertai ekspedisi Gua Tempurung..
Tiket utk sertai ekspedisi ini ialah Rm 12…
Tidaklah terlalu mahal mahupun murah.. sesuai dengan cabaranya…
Bayangkan selama 5 jam berada dalam gua yang gelap.. oleh itu setiap orang perlu ada lampu sendiri bagi memudahkan perjalanan nanti..
Pemandu ekspedisi “along” namanya… tapi aku panggil dia “abg”.. hahaha automatik sebab  dia tua..
lihat dari luar just Nampak sebuah bukit or gunung yg tinggi..
kami diberi sedikit taklimat oleh seorang pak cik ( eden tak kenai) ..
mula2nya aku xnak masuk dalam gua ni..hahahaha… sebabnya *******….. biarlah rahsia… tapi teruja jugak nak masuk.. last masuk jugak..hahahaha

perjalanan bermula seawall jam 11 pagi.  Masuk2 je dalam gua hati dah berdebar2 .. bimbang, takut, stress pun hadee…hahahaha… aku hanya mampu berdoa semoga semua berjalan dengan lancar dan semuanya selamat pergi dan pulang (dah macam nak pergi berjuang la pulak…
masuk2 je gua sungguh manakjubkan… suasana gua yang diterangi cahaya lampu kekuningan.. memperlihatkan keadaan gua .. sangat cantik ..syukur sempat juga melihat keindahan ciptaan Allah SWT..
makin lama perjalanan cahaya sudah tiada.. hanya kegelapan .
mujur ade lampu suluh yang dibeli yang mampu menerangi jalan..
hahaha..walaupaun lampu murah tapi boleh la..
Pelbagai perkara menarik dan menyeramkan yg dilalui…
~menaiki anak tangga sebanyak lebih 600 anak tangga…
~memanjat dalam keadaan curam-
à memang menakutkan..silap langkah boleh patah kaki or tangan dan ….
~mengelonsor turun à curam tapi menyeronokan dan juga berbahaya..
~merangkak dalam air…
dan banyak lagi..
~5 jam perjalanan .. memang memenatkan
~masuk pukul 11 am- 4 pm..  Alhamdulillah semua pulang dengan selamat…
sangat curam.. tapi along suh senym.. so aku senyum la masa menggelongsor

yang ni sempit..tp aku muat2 aje..hehehe

lepas 2jam lebih kami dpt jmpa cahaya 

kena merangkak..ade yg terhantuk kepala kang..huhu

gua ni memang indah

merangkak lagi

aku hanya mampu berdoa semoga kami semua selamat pergi dan balik…(^_^)
ada banyak lg tp pic xde.. dalam ni xleh bawak kamera huhuhuh..nanti rosak kena air..
jalan balik... hahaha..lega dapat jumpa cahaya selepas 5jam berlampu picit

-
à aku dah taknak masuk gua tu lagi.. xnak join xpdc tu lg.. kalo setakat melawat je xpe..hehehe..
--
à kagum dengan keindahan gua tu… dalam gua pun ada aircond( pusat angin) …huhuhuhu
-à lepas bakti siswa ak merantau ke KL..huhu.. hujung januari ni InsyaAllah sampailah aku kt rumah. (^___^)


p/s---> semua pic atas tu mr. google punya.. haish mana gambar ceq ni..along ni kan janji nak tag kt fb.. sape tu yg bg fb kt along ni.. ceq nk tengok pic..hehehe

Jumaat, 25 Januari 2013

Perjalanan Hidup Kita Selepas Mati Hingga Ke Syurga Atau Neraka






Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: “Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
—————————————————————–
Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…”
Hadis Sahih Riwayat Bukhari
—————————————————————–
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Surah Al Hadiid [57.20]
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Rabu, 16 Januari 2013

aPa DosAkU.. Hahahaha


Aku terkenaaaaaaa!!!!!!


maaf gambar terpaksa begini yer sbb ak xsuka letak pic sendiri..huhuhu


patutlah rasa lain macam diorang semua ni...

 first sekali mijan ,call dia dan tanya dia kat mana...
dia cakap pi EON teman wani jumpa kawan dan dia dalam bas ok ak percaya..

tapi aku mula ragu2 bila dari petang pi EON tp xbalik2 sampai kul 10 malam.. syak wasangka disitu.. 
aku mula tak sedap hati...
macam something je nak berlaku... 
dalam perjalanan ak nak pi hantar buku "psikologi" aku bertembung dengan yana, wani n mijan...
aku nampak diorang sorok something kat blakang...
ok.. aku syak lagi..
lagi aku xsedap hati... 

oleh kerana rasa ketidaksedapan hati ni.. 

aku memilih untuk tidak mahu balik ke bilik dan lepak kat dataran mawar selepas hantar buku...
 sedang lepaking2...
sorang2 tengah2 malam pulak tu... 
tp xpe ade je budak dok lepak n study kat situ...
aku ternampak yana.. 
ak tegurlah nak pi mana.. 
dia cakap nak pi bilik silah.. 
ok aku percaya...

lepas je yana hilang dari pandangan..
sejuk pulak dok kat luaq .. 
aku cari tempat lain nk lepak.. 
lalu kat pantri nampak geng2 tengah study statgun...

so... ak pilih untuk lepak dengan diorang...

aku takmo balik bilik sebab takut jadi pape nanti..hahaha
syak wasangka disitu...
mase lepak ngan geng2 tu ak dapat mesej wani ajak teman pi ap4 bilik silah.. katanya dia nak ambik tips exam "OSH"..
Aku bab2 pelajaran ni aku "lughuih"(lurus) sikit...
so kerna kesian kan minah ni.. 
maka aku temankanlah..

aku syak something kat situ... hahahaha

minah ni lalu ko padang dataran mawar...
biasanya dia akan lalu kot jalan sbb bilik silah kat portion A tp dia lalu padang macam nak pi portion b... syak lagi... tapi hati aku jujur xda la aku pikir lain.. aku just fikir sal tips je.. kt pondok tu tetiba wani berhenti.. buat2 tengok beg... katanyer tetinggal buku n pen... 
aku cakap la kat dia.... silah kan ade.. xkan lah dia xleh pinjamkan kan...


tetiba aku ternampak cahaya dibelakang pondok tu.. depa baru nk cakap happy birth.....
 aku dah larikan diri...hahahaha...

tula sapa suh hangpa kejutkan aku... 
aku lari la.. penat tao lari.. 
tp xjauh pun aku naik tangga kt portion c paras 2 aku turun kt tangga portion d.. 
pastu boleh pulak aku buat2 jalan selamba n duduk kt bangku kerusi kat tepi dataran mawar tu.. 

diorang dok kalut nk cari aku...
hah padam muka hangpa... 
tula suka sangat kejutkan aku kan..
tapi aku ni jenis kesian kat orang xde la ak nyorok lama2.. 
ak tegur la depa smbil duduk bermain handphone kat bangku tu...
aku tnya depa cari sapa? 
aku dok kat situ je...last2 aku pi jugak kat depa..
yelah penat plan nak kenakan aku kan..



p/s: ok aku tak pandai nak tulis entri Y_Y


Isnin, 7 Januari 2013

PeRiStiWa : 7 jAnUaRi


Selamat hari lahir to my elder sister
"SUR***I"
yang ke-**


dan

selamat hari lahir juga 
kepada sahabat masa kecil dan juga dewasa
serta memerangkap jiran...

semoga kalian 
dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T



Ucapan ikhlas dari saya



p/s:  kita kongsi tarikh yang sama (^_^)...
di saat kita menyambut kegembiraan...
kenang lah jua kisah yang sedih... 
Semoga mereka di tempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh..
semalam genap setahun kepergian mereka
"Al-FATIHAH"
buat bapa sahabatku dan bapa saudara yang dikasihi.

Sabtu, 5 Januari 2013

AzAm BaRu or TahUN bAru


Azam baru selepas beberapa hari masuk tahun baru..

serius tak pernah terpikir pun azam tahun baru sempena 2013.

Tak pernah terdetik pun nak fikir azam baru..

dan tak pernah terfikir pun nak sambut tahun baru...

tahun ni kurang sikit rasa tahun baru tu,
semangat tahun baru xde.. 

( mcm nak nyanyi lagu xpdc pulak "semangatku yg hilang")

mungkin sebab sibuk dengan exam final.

serius tak rasa pun macam dah masuk tahun baru..kikiki..

bajet nk muda sentiasa..hehehe

detik waktu terus berlalu...

Masa takkan berhenti ..

masa tetap berlalu walaupun tanpa menunggu sesaat pun..

dalam saat itu..hanya manusia akan berubah..

sama ada dari segi umur, ketuaan, tingkah laku dan sebagainya 
( pengaruh psikologi)



......................................................................................................

p/s- menulis entri sambil tunggu terbitnya fajar...
 ---------------------> xtido seharian.. lalalalala
zzzzz------> mata xmo tido bila mood study datang.. hohohoh..
penat den camni...


Jumaat, 4 Januari 2013

SeTiA HuJuNg NyAwA


Tambah kapsyen
Cerita yang diadaptasikan daripada sebuah novel cinta Setia Hujung Nyawa




Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex  adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.






Khamis, 3 Januari 2013

Didikan Rasulullah Tentang Diam


Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Dengan berbicara, manusia boleh berinteraksi sesama mereka dan menjadi makhluk yang termulia di antara makhluk-makhluk Allah yang lainnya.
Oleh kerana itu, secara jelas Allah Taala berfirman di dalam al Quran :
“(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandai menerangkan (berbicara)” - Surah ar Rahman:4
Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”. [Sahih Bukhari]
Kalimah, “…Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “…Maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancamanNya, mengharapkan pahalaNya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah :
“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya” - Surah al Isra’:36
Dan firmanNya lagi :
“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. Surah Qaff:18
Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah S.A.W bersabda, “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya” [Sunan Abi Daud].
Baginda turut bersabda, “Tiap-tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran” [Sunan Ibnu Majah].
Apabila Nabi S.A.W bersabda, “…Maka hendaklah ia berkata baik atau diam”, ia menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadis ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan RasulNya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.
Islam menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua nikmat yang amat besar itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk diam pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, ia adalah “syaitan” yang bisu - as saakitu anil haq syaitonul akhras. Kerana itu, diam juga boleh memberikan kesan sampingan yang bermacam-macam dan nilai impaknya. Ada yang dengan diam ia menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam ia menjadi masalah. Semua bergantung kepada niat cara situasi juga kondisi pada diri dan lingkungannya.
Untuk mencapai kebaikan Islam, seseorang tidak cukup dengan diamnya lisan, dan anggota tubuh yang lain dari hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga diam dan meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya. Dan juga bagi agamanya Islam. Rasulullah S.A.W bersabda, “Di antara kebaikan Islam seseorang itu iaitu meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya”. [Sunan Tirmizi]
Kalau seseorang sudah mampu untuk memilih hanya yang bermanfaat baginya, bagi keluarga, agama, dan masyarakatnya, dan mampu juga untuk diam meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat, ia sudah selamat dari kejahatan dan bala` yang besar. Dan keselamatan dari kejahatan itu bererti prestasi besar dalam meraih kebaikan yang sangat besar. Ini kerana manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Misalnya, berkata-kata dan kemampuan berbicara di depan khalayak umum menjadi sebuah keperluan kerana kita memiliki fungsi sebagai makhluk sosial dengan kebiasaan berinteraksi antara mereka. Untuk kepentingan itu, berkata-kata adalah sebuah jalan sikap yang harus diambil. Lalu bagaimana dengan diam?
Sama halnya, diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam bahkan boleh menjadi kebiasaan efektif yang bila diterapkan dalam diri, ia akan membuat kita menjadi lebih produktif. Iaitu dengan membiasakan diam dan mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja.
Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Menjadi perhiasan tanpa berhias.
  3. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Membina benteng tanpa pagar.
  5. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib dan masalah.
Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']
Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, “Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu”. [Musnad Imam Ahmad]
Manakala nasihat Amirul Mukminin Umar bin Khattab berbunyi :
  • “Barangsiapa yang banyak ketawa, maka akan sedikit sekali wibawanya”
  • “Barangsiapa yang suka senda gurau, maka dia akan dianggap remeh”
  • “Barangsiapa yang bersikap melampau (berlebih-lebih), maka akan jatuh jatidirinya”
  • “Barangsiapa yang banyak cakap, maka dia akan banyak salah”
  • “Barangsiapa yang banyak salah, maka akan hilang rasa malunya”
  • “Barangsiapa yang hilang rasa malunya, maka kurang sikap wara’-nya (sikap berhati-hati dari perkara dosa)”
  • “Barangsiapa yang sedikit rasa berhati-hati dari perkara dosa, maka akan mati hatinya” [Hilyatul Auliya']
Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (Salafus Soleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) di atas dasar ilmu dengan penelitian yang tajam (menembus), lalu adakalanya mereka menahan dirinya (dari meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya” [Bayan Fadhli Ilmi Salaf]
Diam Juga Boleh Mengundang Fasad
Tedapat dalam sebuah hadis yang masyhur berbunyi, “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dan mencegahnya dengan menggunakan tangannya (kuasa), sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia menggunakan mulutnya, sekiranya ia tidak mampu juga maka hendaklah ia menggubah dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hati itu adalah tanda selemah-lemah iman”. [Sahih Muslim]
Justeru, tidak mengubah dan mencegah sesuatu kemungkaran adalah tanda tiada iman atau hampir kepada kekufuran. Jika dilihat daripada hadis yang disebut di atas, Nabi Muhammad S.A.W menggunakan pendekatan yang sangat berhemah dalam mengkategorikan seseorang Muslim itu kepada tiga peringkat. Bagaimanapun, selalu sangat disalah-tafsirkan kategori yang terakhir itu sebagai diam. Maka mengatakan kategori yang terakhir dalam melunaskan kerja untuk mencegah kemungkaran sebagai diam adalah suatu kesilapan, kerana diam bukan tanda beriman dan bukan pula tanda kekufuran. Dalam bahasa lain diam tidak boleh dijadikan ukuran salah atau betul, beriman atau kafirnya seseorang.
Semua bentuk pendakwaan atau tuduhan pada asasnya mestilah disaksikan, yakni dibuktikan melalui penyaksian, melihat, mendengar atau merasa. Ini sesuai dengan asas undang-undang bahawa beban pembuktian itu berada di atas bahu yang mendakwa atau yang membuat tuduhan dengan saksi-saksi dan penyaksian serta bukti yang sah sebelum ia berpindah kepada pihak yang dituduh.
Dalam satu hadis yang turut dijadikan kaedah feqah dalam hal pembuktian, berbunyi, “(Beban pembuktian dengan) penyaksian (dan lain-lainnya) adalah di atas mereka yang mendakwa (yakni orang yang membuat tuduhan). (Hanya selepas ia dibuktikan maka dikehendaki memberikan) penjelasan (dan bukti-bukti sebagai jawapan) adalah di atas mereka yang mengingkarinya (sama ada yang tertuduh atau selainnya)”.
Dalam kes-kes berkaitan zina dan liwat yang menjadi isu semasa pada hari ini, perlulah diingat bahawa undang-undang Islam jelas menekankan bahawa beban pembuktian adalah di atas mereka yang membuat tuduhan dan dakwaan mengenainya yakni mereka mesti mendatangkan empat (4) orang saksi. Sekiranya mereka gagal mendatangkan dengan bilangan saksi tersebut, maka wajiblah mereka dikenakan hukuman qazaf sesuai dengan ketetapan Islam dalam undang-undang hudud.
Dalam hal ini tertuduh tidak perlu menjawab apatah lagi membuktikan apa-apa sehinggalah empat orang saksi dikemukakan oleh yang membuat dakwaan atau tuduhan. Adalah menjadi prinsip bahawa Islam mengiktiraf bahawa yang tertuduh adalah suci dan bersih daripada sebarang dakwaan dan tuduhan melainkan setelah dakwaan dan tuduhan berjaya dibuktikan tanpa ada keraguan yang munasabah. Bahkan ini juga adalah prinsip undang-undang lazim (common law) yang sedia terpakai di negara kita.
Tiada satu peruntukan baik dalam Islam mahupun undang-undang lazim yang memberikan satu dalil mahupun isyarat membolehkan orang yang tertuduh dianiayai atau dizalimi dengan sebarang bentuk prasangka atau layanan buruk hanya dengan sebab dia diam atau enggan memberikan kerjasama menjawab sebarang pertuduhan dan dakwaan sebelum penuduh atau pendakwa membuktikan kesnya terlebih dahulu. Bahkan mereka yang menyebarkan pertuduhan dan dakwaan sebegitu yakni tanpa ia dibuktikan, boleh dikenakan tindakan undang-undang baik tindakan secara tangkapan polis, injunksi mahupun tindakan defamasi sesuai dengan ketetapan undang-undang lazim.
Mendengar & Melaksanakan Apa Yang Baik Itu Lebih Utama
Pada umumnya, orang yang banyak berbicara (berkata-kata) adalah orang yang lemah keperibadiannya. Ciri orang intelek menurut Islam yang disebutkan al Quran adalah orang yang mendengarkan perkataan orang lain, “allaziina yastami’unal qaul…” dan mengikuti yang baik dari perkataan itu, “fa yattabi’una ahsanah…”.
Pada umumnya juga, orang pandai yang suka mendengarkan orang lain akan disukai. Sebahagian manusia lebih gemar untuk perkataannya didengar, diambil peduli daripada dia mendengar bicara orang lain. Ada orang yang mempunyai kebiasaan berbicara dahulu, baru berfikir. Kerana itu, diam menunjukkan kekuatan keperibadian seseorang. Kemampuan mendengarkan adalah kekuatan keperibadian yang luar biasa besarnya.
Jika ingin berbicara, sebaiknya kita harus benar-benar yakin bahawa apa yang akan disampaikan adalah sesuatu yang sudah difikirkan. Kurangilah perkataan-perkataan yang muncul secara refleks. Biasakanlah diam atau merenung, maka kita akan menjadi produktif dalam hidup. Diam bukan dalam erti kita sama sekali tidak berbicara, melainkan diam dalam erti hanya berbicara jika ada keperluan untuk itu. Ada mekanisme lain juga yang telah ditunjukkan di dalam al Quran :

“Dan apabila sewaktu pembahagian (hak) itu hadir beberapa kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekadarnya) dan ucapkanlah perkataan yang baik” - Surah an Nisa’:8
“Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)” - Surah an Nisa’:9

“Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya” - Surah an Nisa’:63
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)” - Surah Isra’:23
“Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati - Surah Isra’:28

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” - Surah Luqman:19
Al Quran menunjukkan kepada kita tentang pilihan dalam berbicara, qaulan ma’rufan, qaulan kariman, qaulan maysuran, qaulan sadidandan qaulan balighan, yakni pembicaraan yang disertakan perkataan yang baik. Dan mekanisme mana lagi yang lebih baik dibandingkan dengan anjuran yang difirmankan olehNya?


sumber: CahayaIslam.net

Rabu, 2 Januari 2013

MuLti tAsKiNg




multi tasking
or in malay kepelbagaian tugas (tol ke idak ni)
Pengurusan Sumber Manusia sememangnya mempunyai tugas yang pelbagai...
mengurus sumber manusia dari segi pelbagai sudut.

adalah menjadi tanggungjawab seorang pengurus sumber manusia
untuk
membantu sesebuah organisasi dalam mengurus sumber manusia.

terbahagi kepada beberapa tugas atau jabatan
perekrutan
latihan dan pembangunan
pampasan
Hubungan Perusahaan (subjek favourite)
dan sebagainya...



thanks wani n mijan sebab ajar i subjek ni.. Al-hamdulillah...
daripada tak tao pape... dapat jugak la aku paham subjek ni..
walaupun di saat2 akhir... trimo kasih banyok ...

subjek kaedah penyelidikan
boleh jadi "Penyelidik" 
maybe..'kikikiki

frust jawab finance...huhuhu :'(

 subjek finance
boleh jadi akauntan ngak
hehehe


rasa seperti kebebasan ( merdeka) selepas menjawab subjek ni..
frust pun ada..
masih ingat lagi kata2 dr. bermula kita dalam bidang ni bermakna
 "selangkah kaki kita kat penjara"
semoga peroleh kecemerlang..
Semoga Allah S.W.T lembutkan hati DR. Zul untuk memberi markah yang cemerlang kepada
Kami semua.. Amin
yesss...
subjek favourite sem 5 ni
sudah tentunya
 IR- Hubungan perusahaan
subjek yang berasaskan undang-undang semata-mata
semuanya fakta bukan auta..
boleh jadi lawyer ni..
hehehehe

~Buat sahabat2 course HR semoga ukhwah antara kita terus kekal
semoga kita menjadi pengurus sumber manusia yang berjaya~
semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..Amin.
(^_^)

KeLaHiRaN



Selamat hari lahir

Hazimah Hassan



semoga sentiasa diberkati dan dirahmati



Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.





ni kek durian khas untuk kak hazimah kite...

hehehehe

tapi sorry la sepotong je ek..

tak elok makan banyak2 tao..

nanti nak kena diet lak..

kikikiki

kalau la kan durian crepe banyak isi durian macam ni..

baru la sedap sikit nak makan kan..
(^__^)

ada someone nak wish birthday kat kak Hazimah..

hehehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

hensem x...hehehehe
ada pape ke kak hazimah ngan abang ni..

nanti kawin jemput la yerr..

lagu khas dari abang atas niAngin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama