Tabung Belajar

Pengikut

Ahad, 26 Januari 2014

Ke Pahang bawa hajat

Dalam kesibukan untuk melaksanakan majlis kakak aku 2 minggu lagi, maka sempat lagi aku dan keluarga membuat persiapan untuk meminang bakal isteri abang aku ni hari ni…

Dari Kelantan pergi ke pahang singgah di Terengganu beli barangan, kami datang bawa hajat untuk meminang bunga di taman larangan…hahahaha betul ke tak pantun aku ni…


Hmmm… orang lain yang nak bertunang aku pulak yang berdebor-debor…
Maka persiapan dilaksanakan dengan simple dan ringkas…
Maka selepas subuh hari ni akan bertolak segera ke Pahang
( hahaha misi bawa balik piala Malaysia ke Kelantan)

harapnya semoga selamat pergi dan pulang dengan selamat…

p/s: aku bila pulak???

Jumaat, 10 Januari 2014

Hanya Di Januari...



Sedar tak sedar bulan januari dah tiba, maknanya ni tahun untuk permulaan, umur aku pun dah meningkat.. kalau sambut Birthday bulan januari ni tentu meriah tapi tak sambut pun..hehehe

Bagi aku dan keluarga aku januari la yang paling meriah…
7 januari - Birthday aku dan kakak sulung aku (kami kongsi tarikh yang sama Cuma tahun je lain2) hehehe . 8 januari – abah punya birthday dan 9 januari adalah hari kelahiran kakak aku anak ke 4. Manakala 13 januari anak saudara aku punya hari kelahiran. 

p/s: tak lupa buat sahabat hazimah atau G ( 2 jan) selamat hari lahi yer dan nuruHariani (10 jan) selamat hari lahir sahabat.

Runningman DaTang Malaysia!!!

ni pakcik google punya pic yer..hehe

Dah hampir sebulan tak berblog… update2 terus masuk citer runningman ni. Hehehe… tajuk tu saja je ..hehehe
Saje je … bukan nak cakap aku minat runningman tapi sikit la…
Setahu aku program runningman dari korea ni bermula pada tahun 2011
(kalau salah tolong perbetulkan).
pic pakcik google... huh edit je ni.

Masa tu aku masih belajar tahun kedua di UUM. Masa belajarkan, aku tak berapa minat sangat Program Runningman ni dan aku tak pernah nak ambik tahu sebabnya hahaha ini semua sahabat aku punya pengaruh…

Melalui pemerhatian aku kat kengkawan yang minat duk layan Program Runningman ni, depa kalau layan memang tak ingat dah apa yang jadi kat sekeliling depa… hehehe ye ke tak wahai sahabat-sahabat ku.
kalau depa betul2 pakai camni apa la jadi yer.. jumpa kat google , entah sapa la yang edit..hehhee

So untuk mengelakkan aku terpengaruh dengan Program Runningman ni aku tak layan pun walaupun roommate aku sendiri memang giler minat dan dok layan runningman ni.

Adakah aku peminat Program Runningman … hhmmm nak kata tak tapi ye..hehehe. ye lah masa belajar memang aku “tak layan sangat” maksudnya aku hanya layan episode yang Jung Yong Hwa join je… yang laen no way… hehehe.

Tapi selepas habis belajar ni dan masih duk tunggu result akhir yang tak mai2lagi,  aku layan la mana2 episod yang dok ada dalam hard disk dalam laptop ni…
Hmmm … ok aku dah mula terpengaruh..hahaha.. mula la timbul minat sikit2 layan Program Runningman ni..

Kepada Tiah, DM, Rika, Fara, Yana, Cik Eiza, Masayu, k. Heart dan semua sahabat yang layan Runningman ni aku nak habaq mai sikit …
Hehehe baru sekarang aku tahu kena hangpa semua obses sangat dengan Program Runningman ni..hehhe
ni baru betul2 malaysia punya..hehehe

p/s : ada ke rakan-rakan blogger yang lain minat dengan Program Runningman?