12 SIFAT SAHABAT
SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI
1. Jika engkau
berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau
rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau
perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan
membantumu.
4. Jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat
sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut
kebaikanmu.
6. Jika ia melihat
sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau
meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau
berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang
sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat
sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau
berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau
merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua
berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan.
~ Semoga kita
dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah.
satu dalam seribu mengkin :)
BalasPadam1 dlm sjuta
Padam