Tabung Belajar

Pengikut

Rabu, 11 Disember 2013

Darahku Jenis "O" .. Anda???



JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)
Mereka “outgoing”,”expressive”, dan “passionate”. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu, tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.


Bagaimana Mereka Bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

p/s: xsemua yang diperkatakan di atas adalah betul yerr...
sumber: gilerkentang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan