Tabung Belajar

Pengikut

Selasa, 24 Jun 2014

"Buah Ajaib"

Bagi sesiapa yang pernah rasa atau makan buah ajaib ni pasti dah tahu apa yang ajaibnya pada buah ini. Everything makanan yang masam seperti limau nipis, belimbing buluh, katak puru, pauh, jeruk or soon pasti akan jadi manis. Namun manisnya tidaklah seperti gula. Aku tak suka sesuatu yang manis berasaskan gula terutama air. Tapi aku terpikir nak buat teh limau tanpa gula..hahaha agak-agak manis tak air tu bila aku makan buah ajaib ni. Sekarang musim pokok ajaib tu berbuah, so banyaklah buahnya, nak-nak pokok ajaib ni pun banyak tapi tak semua berbuah.



Apakah Kegunaan Serta Faedah & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? Berikut adalah antara manfaatnya ..

·                     Ia dapat membantu mengawal diet pengambilan gula. kerana jelasnya ketika merasa manis setelah mengambil buah ajaib kita tidak merasakan gula yang sebenarnya melainkan kerana tipu daya protein sahaja. Maka ini amat berguna bagi para orang yang diet gula tapi tetap ingin merasakan manis dalam makanan & minuman.
·                     Mempertingkatkan rasa makanan & minuman. Karena sifatnya yang dapat mengubah 'rasa' maka buah ini dapat membantu orang yang tidak gemar memakan sayur-sayuran. Kerana sayur apapun akan berasa manis. Ya ini pasti amat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Hasilnya, khasiat sayur-sayuran diperolehi disamping rasa enak yang dirasai. Hebat bukan.
·                     Pesakit Kanser. Pesakit Kanser yang sedang menjalani kemoterapi biasanya akan merasakan rasa yang tidak enak di lidahnya. .. Ya, buah ini dapat membantu 'memperbaiki' deria rasa mereka sehingga mereka tetap berselera mengambil makanan dengan rasa manis yang enak & menakjubkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan