Tabung Belajar

Pengikut

Sabtu, 23 Disember 2017

BengKak Susu (Kisah Seekor Kucing yang Tabah)

Selepas kematian anak-anaknya MOKTE masih belum dapat melupakan anak-anaknya. Beliau masih melilau-lilau di tempat anak-anaknya. Mokte masih jugak mengeow memanggil anak-anaknya. Esokknya selepas anaknya mati beliau mula mengalami bengkak susu. 

Ceq rasa tak keruan bila susunya membengkak dan ceq tahu MOKTE dalam kesakitan. Bila ada member cakap yang kucing boleh mati kalau susu membengkak berpanjangan, hati ceq rasa berdebar-debar. 

Ceq cuba tuang (tuam) dengan air panas suam yang di masukkan dalam botol dan plastik dengan harapan bengkas susu yang dialami Mokte akan surut dan dapat kurangkan kesakitan yang dialami oleh MOKTE. Banyak kali jugak tuang tapi still tak surut bengkaknya. 

Seseorang beritahu kobis dapat menyurutkan bengkak susu. Hari tu jugak keluar pi beli kobis. Ceq tampalkan kobis dekat susu yang bengkak. Kobis tu ceq tumbuk halus supaya ia mudah melekat .


tampal kobis... beliau dengan redhanya hanya berdiam diri masa ceq tampal



Alhamdulillah bengkak susu yang dialami MOKTE beransur surut sedikit...
Hati ceq pun lega


kredit to owner




p/s: semoga tiada lagi bengkak susu....

TraGedi BerdaRah - Kisah Sedih Seekor Kucing


Ceq nak cerita satu cerita yang menyedihkan terutama buat MOKTE(kucing ceq kat Kedah). Saat dan ketika itu .........


Tanggal 19 Desember 2017 

Hari tu sama je seperti hari-hari biasa namun MOKTE nampak lain macam sikit. Beliau suka termenung dan jarang bersama anak-anakya 3 ekor semuanya.


salah seekor anak Mokte

Petang hari tersebut MOKTE tak bersama dengan anak-anaknya kerana dia bersama dengan ceq di luar rumah melepak sambil tunggu ceq siram pokok. Magrib tu mulalah tragedi, selepas siram pokok ceq melepak depan tv 5 minit dan kemudian bila ceq nampak MOKTE masuk dalam rumah ceq pon pi dalam bilik pi tengok anak-anak beliau. Terkejut ceq bila ternampak setompok darah berhampiran dengan anak-anak kucing ( dalam hati ceq takkanlah MOKTE ni beranak lagi tak masuk akal). 

Masa tu hati ceq dah berdebar-debar dan bila tengok je keadaan anak-anak kucing luluh rasa hati. Kesemuanya dah tak bernyawa dan ada darah berhampiran anak kucing. Ceq terus pandang sekeliling bilik dan mata melilau tengok apa yang tak kena. Ceq jalan pi kat tingkap dan selak langsir. Rupa-rupanya ada seekor kucing jantan yang sedang melepak. Rasa marah pun ada dan bila MOKTE nampak kucing jantan tu terus depa bergaduh. Ceq halau kucing jantan tu guna penyapu sebab takut nak pi dekat. Last terpaksa bukak tingkap supaya kucing yang nakal tu keluar dari rumah. 

Anak MOKTE dah takda.....
Semua anak-anaknya mati digigit di leher...
Darah di merata-rata tempat....
Mokte masih teruskan peranan sebagai ibu,,,
Mokte menjilat anak-anaknya walaupun anak-anaknya berdarah dan sudah mati....

Malam itu jugak ceq gali lubang dan tanam anak-anak kucing di tepi rumah. MOKTE masih belum move on. Beliau masih melilau di sekitar tempat ceq tanam anaknya. Dua ,tiga kali juga MOKTE keluar masuk rumah dan asyik melilau dekat kubur anaknya. 

MOKTE melilau berhampiran kubur anak-anaknya.



Sedih tengok keadaan MOKTE macam tu, tapi sudah takdir beliau. Malam tu jugak family ceq tangkap kucing nakal tu dan letak beliau jauh sikit dari rumah supaya kejadian berdarah takkan berlaku lagi dan MOKTE tak bersedih lagi kerana beliau sangat marah dengan kucing nakal tu.


P/S: Entri seterusnya Bengkak susu yang dialami oleh MOKTE bila anak-anaknya mati.






Selasa, 19 Disember 2017

Menyelami Kegelapan

Gua Tempurung

Long time ago,  tengah godek-godek lappy ni jumpa pulak gambaq lama noh.
XPDC yang penuh mencabar dalam kegelapan bertemankan lampu suluh
  mujuq ada gak lampu suluh rm1 hahahaha.
TQ brader izaf tukang snap pic dan bawak kami semua jalan-jalan bersiar dalam gua walaupun banyak kona depa bawak pi jalan-jalan yang mencabaq
  padahaq ada ja jalan elok noh...

p/s : mujuq xkebuluran dalam gua tu... ate sarapan ja before masuk gua. masuk jam 11 pagi..keluaq jam 4 petang.

Isnin, 18 Disember 2017

HaPpY mOnDaY

 


Happy monday kepada yang mula bekerja esok yer...