Ceq nak cerita satu cerita yang menyedihkan terutama buat MOKTE(kucing ceq kat Kedah). Saat dan ketika itu .........
Tanggal 19 Desember 2017
Hari tu sama je seperti hari-hari biasa namun MOKTE nampak lain macam sikit. Beliau suka termenung dan jarang bersama anak-anakya 3 ekor semuanya.
Petang hari tersebut MOKTE tak bersama dengan anak-anaknya kerana dia bersama dengan ceq di luar rumah melepak sambil tunggu ceq siram pokok. Magrib tu mulalah tragedi, selepas siram pokok ceq melepak depan tv 5 minit dan kemudian bila ceq nampak MOKTE masuk dalam rumah ceq pon pi dalam bilik pi tengok anak-anak beliau. Terkejut ceq bila ternampak setompok darah berhampiran dengan anak-anak kucing ( dalam hati ceq takkanlah MOKTE ni beranak lagi tak masuk akal).
Masa tu hati ceq dah berdebar-debar dan bila tengok je keadaan anak-anak kucing luluh rasa hati. Kesemuanya dah tak bernyawa dan ada darah berhampiran anak kucing. Ceq terus pandang sekeliling bilik dan mata melilau tengok apa yang tak kena. Ceq jalan pi kat tingkap dan selak langsir. Rupa-rupanya ada seekor kucing jantan yang sedang melepak. Rasa marah pun ada dan bila MOKTE nampak kucing jantan tu terus depa bergaduh. Ceq halau kucing jantan tu guna penyapu sebab takut nak pi dekat. Last terpaksa bukak tingkap supaya kucing yang nakal tu keluar dari rumah.
Anak MOKTE dah takda.....
Semua anak-anaknya mati digigit di leher...
Darah di merata-rata tempat....
Mokte masih teruskan peranan sebagai ibu,,,
Mokte menjilat anak-anaknya walaupun anak-anaknya berdarah dan sudah mati....
Malam itu jugak ceq gali lubang dan tanam anak-anak kucing
di tepi rumah. MOKTE masih belum move on. Beliau masih melilau di sekitar
tempat ceq tanam anaknya. Dua ,tiga kali juga MOKTE keluar masuk rumah dan
asyik melilau dekat kubur anaknya.
MOKTE melilau berhampiran kubur anak-anaknya. |
Sedih tengok keadaan MOKTE macam tu, tapi
sudah takdir beliau. Malam tu jugak family ceq tangkap kucing nakal tu dan
letak beliau jauh sikit dari rumah supaya kejadian berdarah takkan berlaku lagi
dan MOKTE tak bersedih lagi kerana beliau sangat marah dengan kucing nakal tu.
P/S: Entri seterusnya Bengkak susu yang dialami oleh MOKTE bila anak-anaknya mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan