Tabung Belajar

Pengikut

Rabu, 29 Ogos 2012

Tarikh lahir ikut Tahun HIJRAH




“ hari ni hari lahir aku”  hahaha ..

ramai tak percaya bila aku cakap camtu dan diorang siap cakap

 “ bukan ke hari lahir kau bulan satu”

Memang la bulan satu sabab ikut tahun masihi tapi
Tahun hijrah pun anda semua mesti ada tarikh lahir jugak kan....

Kalau ikutkan tahu hijrah dan tahun ini umur aku adalah 23  hehehe. Berbeza pula tahun masihi umur aku adalah 22 tahun…

9 Jamadil akhir 1410…

Untuk mengetahui tarikh lahir anda ikut bulan Islam 


Dan kalau nak tahu karakter anda sila ke






KeMbALi PuLaNg






Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku




p/s: khas untuk seseorang..siapa orang itu..hehehe.. rahsia!!!  kena tak..kena tak
( haih macam budak2 pulak aku rasa..hehehe) maybe untuk diri sendiri...huhuhu

Khamis, 16 Ogos 2012

Bara cinta Ramadhan buat Syawal




Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang mulia…

 tajuk yang sungguh sensasi.hehehe



Antara sedar atau tidak sedar kita semua telah menghampiri syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

3 hari lagi ramadhan bakal meninggalkan kita… sedih rasa hati meninggalkan ramadhan dan gembira juga kerana bakal menyambut syawal yang bakal tiba…

Detik waktu kian berlalu …lalalala

2 minggu selepas manyambut syawal bersama keluarga, sem baru akan bermula dan ini merupa tahun terakhir.. gembira pun ada sedih pun ada jugak..hehehe
Sedih sebab cuti dah nak habis..huhuhu..

Gembira ….ermm… ermm.. entah lah .. gembira ke?
Sukar diungkapkan dengan kata-kata..hehehe

Banyak pengalaman dan banyak kenangan yang telah dilalui .. sama ada yang manis mahupun yang pahit..

Putus tak bisa disambung..
Kusut tak terurai ..
Hilang tak bisa diganti..

Apa yang penting sekarang ini ialah teruskan perjuangan selagi hayat masih ada..

Yang pergi tetap pergi
yang ada harus dihargai..

zaralisha.blogspot.com
selamat hari raya sahabat.. 


ketupat khas untuk kawan2 semua.. sila la buat sendiri yer.
aku sekarang masih tak pandai nak membuatnya..hahaha..
ketupat palas lagi sonang..


Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah
ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau & senda
 tentu ada khilaf & dosa.

MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah


“Biar hati sejernih air,
jgn pula dipenuhi lumpur,
kalau salah saya belum berakhir,
 diharap diampun dgn rasa bersyukur”.

”Jika budi dipenuhi ikhlas,
jgn ia disulam tuba,
jika ada salah yg belum dibalas,
 harap diampun di hari raya”.

 “Biar amarah disunting senyum,
 ibarat pekerti disulam kasih,
 diharap dihalal makan dan minum,
 ibarat rezki yg tidak disisih”. 


Rabu, 15 Ogos 2012

Kad Raya Khas Untuk Sahabatku






















Selasa, 14 Ogos 2012

KeTiKa kItA MeNgEluH


arggghh...xmungkin


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot..”.

اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ia.."

meow...xsanggup..


Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, x sanggup aku..”.

اَللّه menjawab : “AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa.. ”.

اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatKU hati akan menjadi tenang..”


Ketika kita mengeluh : “Aku sedihh sangat..”

اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita.."



p/s: Sesungguhnya Islam itu amat indah.. :)

Empat Kunci Kebahagiaan



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”  Riwayat Ibnu Hibban
Huraian
·         Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
o    a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
o    b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
o    c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
o    d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
·         Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
·         Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.


Muzik Dalam Islam




Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
1.    Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2.    Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3.    Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4.    Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.