Apa itu Taman Syurga?
Dari Anas bin Malik radhiyallohu ‘anhu bahawa
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Jika
kalian melewati taman-taman syurga maka singgahlah dengan senang.” Para
sahabat bertanya, “Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab,
“Halaqah-halaqah zikir.” (HR. at-Tirmidzi)
Para ulama menyebut Halaqah zikir itu adalah tempat-tempat
di mana berkumpulnya orang-orang yang menyebut nama Allah, berzikir, membaca
Al-Quran dan majlis-majlis ilmu. Biasanya adalah di rumah Allah iaitu masjid
dan tempat ibadah seperti surau dan sebagainya.
Gerakkanlah tulang empat kerat kita yang masih punya kudrat
ini untuk menghadiri ceramah agama, kuliah, tazkirah dan seumpamanya. Ia bukan
sekadar majlis ilmu, tetapi ia adalah taman Syurga di mana kita boleh petik
madah-madah dakwah di sana dan hadiahkan kepada orang lain pula di luar sana.
Taburkan Benih Dakwah Untuk Memetiknya Di Syurga
Tidak akan masuk seseorang manusia itu ke dalam Syurga
melainkan dengan kehendak Allah.
Tidak akan Allah masukkan seseorang ke dalam ke dalam Syurga
tanpa pahala.
Tidak akan seseorang itu mendapat pahala andainya dia tidak
melakukan kebaikan sepanjang hidupnya.
Tidak mendapat pahala
seseorang yang telah mati melainkan 3 perkara iaitu anak yang soleh, sedekah
dan ilmu berguna yang diamalkan oleh orang yang hidup.
Maka petiklah ilmu yang terdapat di taman-taman syurga dan
sampaikanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya bagi setiap orang yang mendapat
ilmu itu, Allah akan kurniakan ganjaran pahala yang besar buat kita.
Pahala itu pula bercambah dalam pelbagai peringkat:
·
Pahala orang mendapat ilmu itu.
·
Pahala orang mengamalkan ilmu itu.
·
Pahala orang mengamalkan ilmu itu sehingga akhir hayatnya.
·
Pahala orang menyampaikan ilmu itu kepada orang lain.
·
Pahala orang lain menerima dan mengamalkannya.
·
Pahala orang lain menyampaikan pula ilmu itu kepada orang
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan