Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entri ni walaupun mungkin sudah banyak
entri macam ni ditulis tapi blog ini adalah satu-satunya cara untuk aku meluahkan
segala yang terbuku di hati dan ibarat sebuah diari. Blog ini jugaklah yang manjadi
medan untuk aku memaparkan karya tulisan inspirasi dan ilmu yang tidak seberapa.
Kenangan lalu selalu berulang-ulang datang ibarat diulang tayang dan sesungguhnya
aku rasa baru sahaja perkara itu berlaku. Bila kenangan tu terusik kembali perasaan
sedih dan kecewa mula bertamu. Astagfirullah al azim... semoga Allah memberi aku
kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi segala ujian-NYA.
Peristiwa lalu telah banyak membawa perubahan dalam diri aku ni. Aku rasa akan
perubahannya.. Yer aku akui banyak perubahan selepas peristiwa tu terjadi. Hati aku
jadi lebih sensitif, dan aku akui juga hati aku juga menjadi sedikit keras ( aku tak
mungkin terima dia kembali) Astagfirullah al azim... beratnya dugaan-MU ya ALLAH.
Berat mata memandang (tiada siapa yang nak pandang :-) ) .. Berat lagi bahu aku yang
memikul nya. Aku juga punya hati dan perasaan. Biarlah orang menjauhi aku redha
ya Allah. takdir menjadikan aku begini. Takdir membawa aku untuk melalui jalan ini.
Ampunan -MU Tuhan lebih besar dari kesalahan insan... Hamba yakin
pada keampunan-Mu Tuhan... Bukan tidak redha dengan ujian... cuma hendak
mengadu kepadamu..tempat hamba menanti mu di sana...
Dikala
malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap Mu oh tuhan
Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu
Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan
Ampunan Mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanMu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap Mu oh tuhan
Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu
Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan
Ampunan Mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanMu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana
p/s: kadang2 tedetik di hati ... perlu ke aku post dan buat entri luah hati ni... kadang2 aku rasa semua ni tak perlu... kata orang kita perlu meluahkan segala yang terbuku di hati .. tapi bagi aku. biarlah ia tersimpan rapi dalam hati... kalo ade yg terasa hati, marah or apa2 pun aku lebih selesa simpan buat perkasam... "nasi lemak ikan perkasam".... namunku punya hati.....
mengadu!!! xperlu mungkin.. kadang2 kite perlukan seorang "teman" disisi untuk mendengar luahan hati kita... mungkin dulu "teman" tu ramai maksudnyer teman yg kite dpt luahkan segala masalah kita... tapi kini mungkin "biarlah" ... biarlah aku simpan.. lama2 nanti semuanya akan hilang .... InsyaALLAH.
* Jika kamu berdiri di tempat aku ... pasti kamu akan merasai yg sama*
moga dmudahkan. t.ksh sudi ziarah blk blog sy :)
BalasPadamyup.. moga dipermudahkan.. sama2
Padamamin.
Padam