Sesekali
jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia
juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,
Ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga
ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
~ Bagi aku…
apa2 pun juga boleh jadi kekuatan untuk aku.
Kata-kata
semangat pun penting untuk kita jana kekuatan.
Kata-kata
dari sahabat yang lebih utama. Melalui artikel atau fakta yang pernah aku
terbaca mengatakan bahawa selain ibu bapa, keluarga dan guru, “sahabat”
merupakan pengaruh utama kepada diri kita .. betul tak?
Hidup aku
sendiri dikelilingi dengan sahabat2 yang bermacam2 karenah. Mereka lah penawar
dan mereka juga duka..hehehehe.. fakta ok bukan auta…~
Jadilah
kita kawannya itu.
Kita selalu
melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangka.
Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik
ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu……..
tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
hai nasi goreng... |
ok study2..hahaha.. jgn update blog je..exam tu...fokus.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan