Tabung Belajar

Pengikut

Isnin, 5 Mei 2014

Kisah Disebalik Cerita: Dia Seorang Ibu Tungal...

Pertama kali aku jumpa dia…hmmm dia ni kalau ikut daripada pandangan aku baye-baye aku jugak nih…  tu la persepsi pertama aku semasa aku jumpa dia semasa kitorang masuk kelas KPP. Lagipun dia ni tumpang satu kereta dengan kakak yang ditugaskan menghantar kami ke sana. 

Masa tengah berehat dalam kelas selepas sesi pertama ada seorang budak perempuan yang aku agak dia ni muda dari aku, maybe baru lepas spm kot. Budak tu tanya dia umur berapa? Woooowwww hampir-hampir jugaklah aku ternganga terkebil-kebil..hehehehe. why??? Sebab rupa-rupanya umur dia dah 27 dan yang paling buat aku terkejut yang tak berapa nak beruk sangat tu dia dah kahwin rupanya. What??? Dia dah kahwin !!! lagi sekali keluar jawapan yang menyebabkan beruk kalau disergah lari lintang pukang bila dia cakap dah ada dua orang anak!!! ( umur tak menentukan seseorang tu kelihatan seusia umurnya- fakta bukan auta)

Itu kisah lebih dari sebulan lalu, dan kami berjumpa untuk sekian kalinya semasa belajar memandu dan mungkin kebetulan dia belajar dengan cikgu yang sama dengan aku. Satu kebetulan atau takdir. Sejak itu, hubungan kami rapat sebagai seorang sahabat (^__^). Makin lama kenal makin aku kenali dia. Tapi jawapan yang keluar daripada mulut seseorang tentang dia menyebabkan hati aku rasa tersentuh dan simpati. 

Rupa-rupanya dia seorang ibu tunggal. Suaminya meninggal  dalam kemalangan sewaktu anak keduanya berumur 12 hari. Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana perasaan dia ketika itu. Aku kagum dengan sikapnya yang tabah dalam melalui liku-liku kehidupan dalam membesarkan anak-anaknya. Dan sekarang ni anak bongsunya itu berumur 1 tahun lima bulan dan ini bermakna sudah selama itu dia tabah menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

p/s: buat kak su semoga menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak-anak. Semoga bahagia itu akan sentiasa kekal milik kak su sehingga akhir hayat. 

2 ulasan:

  1. besar sungguh pengorbanan beliau..semoga tabah melalui liku2 hidup

    BalasPadam
  2. semoga dia terus tabah mengharungi dugaan hidup..

    BalasPadam