1.
Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang
ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2. Dibangkitkan
dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai
dalam solatnya.
3.
Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular
dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4.
Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga ,
mereka suka menipu.
5.
Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika
di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat
orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6.
Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi
kesaksian palsu.
7.
Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8.
Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua –
dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir
seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum
sempat bertaubat.
9.
Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di
penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim
secara zalim.
10.
Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia
menderhaka kepada orang tua.
:((
BalasPadamterima kasih atas perkongsian!! <3
salam berkenalan zaralisha..dtg dari syiera firdaus segment...done follow u..
BalasPadamsalam :)
BalasPadamjemput join QA kite....tq :)
http://nzaodonut.blogspot.com/2014/04/jomss-pakat-join-qasiri-1-by-nzaodonut.html
ya Allah..
BalasPadam2 golongan lagi bagaimana
BalasPadam