Tabung Belajar

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2014

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

Selasa, 20 Ogos 2013

Doa Pengasih

Doa pengasih ajaran  Rasulullah SAW:



Bismillah hirRahman nirRahim
Allahumma habbib abdaka haza ila ibadikal mukminin...

maksudnya:

Ya ALLAH, jadikanlah hamba-MU ini menyintai orang yang beriman dan 
jadikanlah orang yang beriman menyintaiku... 
AMIN...
(Riwayat Muslim)



p/s: semoga kite semua memperoleh jodoh yang baik... 

Sabtu, 8 Jun 2013

"TaUbAt"


Sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur. Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:

“Mayat ke kubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya”.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.


Kadang-kadang kita mudah terpedaya dengan kemewahan dan tarikan duniawi sehinggakan kita terlupa tentang persinggahan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang semestinya pasti. Kata-kata Abu Darda’ mungkin boleh menginsafkan kita tentang matlamat kita sebenarnya. Abu Darda’ r.a. berkata:

“Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis. Aku tertawa melihat orang yang terlalu mengejar dunia padahal dia dikejar kematian, orang yang lalai padahal dia tidak pernah dilalaikan, dan orang yang tertawa dengan makanan penuh dimulutnya sedang dia tidak mengetahui samada Allah meredhainya atau memurkainya”. Adapun orang yang membuat aku menangis ialah saat berpisah dengan kekasih Allah iaitu Muhammad s.a.w dan para pengikutnya, dan aku bersedih memikirkan betapa dahsyatnya permulaan kematian ketika menghadapi sakaratul maut dan bagaimana keadaanku ketika berdiri dihadapan Allah pada saat perbuatan yang selama ini tersembunyi dipertontonkan lalu aku tidak tahu apakah ke Syurga atau ke Neraka.”

Walau bagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya.

Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya”. [al-Tahrim: 8]

Lagi firman Allah:


“Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya, sedang mereka mengetahuinya”. [Al-Imran: 135]

Menyedari hal yang dinyatakan dalam ayat ini, maka bersegeralah bertaubat kerana kematian akan menjemput pada bila-bila masa sahaja. Saidina Ali k.w. pernah menjelaskan dengan katanya:

Taubat adalah kata-kata yang mempunyai enam erti:
1. Taubat atas dosa-dosa yang telah lalu adalah dengan menyesal.
2. Taubat atas melakukan kewajipan-kewajipan secara serampangan adalah mengulangi
3. Taubat atas mengambil hak orang lain secara zalim adalah dengan mengembalikan kepada pemiliknya
4. Membiasakan diri melakukan ketaatan sebagaimana sebelumnya terbiasa melakukan kemaksiatan
5. Membuat nafsu merasakan pahitnya taat sebagaimana sebelumnya merasa manisnya maksiat.
6. Menghiasi diri dengan taat kepada Allah sebagaimana sebelumnya menghiasi diri dengan maksiat kepada-Nya serta menangis sebagai ganti setiap ketawa yang kamu lakukan.

Sebenarnya, kematian tidak pernah mengenal batas usia dan waktu. Hal itu agar sesiapapun selalu berwaspada dan bersiap-siap menghadapinya.

Sabda nabi s.a.w: “Orang yang cerdik ialah orang yang berjaya menakluki dirinya”

Ertinya dalam hadith di atas menceritakan kepada kita bahawa orang yang cerdik ialah orang yang mampu menakluki dirinya sendiri sehingga mahu beribadah kepada Allah sebagai bekalan mempersiapkan dirinya untuk menjalani kehidupan setelah mati dan bertemu Allah s.w.t..... "