Sirah Rasululllah, baginda amat
menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh Aisyah r.a bahawa beliau
pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak.
Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan
merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti
baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur. Juga pernah
dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat
kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:
“Mayat ke kubur akan diiringi oleh
tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan
pulang (kembali) dan satunya akan tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta
bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya”.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa
amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya
amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat
kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat
bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang
sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam
kekuatiran dan ketakutan maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup
diakhirat kelak.
Kadang-kadang kita mudah terpedaya
dengan kemewahan dan tarikan duniawi sehinggakan kita terlupa tentang
persinggahan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang semestinya pasti.
Kata-kata Abu Darda’ mungkin boleh menginsafkan kita tentang matlamat kita
sebenarnya. Abu Darda’ r.a. berkata:
“Ada tiga hal yang membuat aku
tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis. Aku tertawa melihat orang yang
terlalu mengejar dunia padahal dia dikejar kematian, orang yang lalai padahal
dia tidak pernah dilalaikan, dan orang yang tertawa dengan makanan penuh
dimulutnya sedang dia tidak mengetahui samada Allah meredhainya atau
memurkainya”. Adapun orang yang membuat aku menangis ialah saat berpisah dengan
kekasih Allah iaitu Muhammad s.a.w dan para pengikutnya, dan aku bersedih
memikirkan betapa dahsyatnya permulaan kematian ketika menghadapi sakaratul
maut dan bagaimana keadaanku ketika berdiri dihadapan Allah pada saat perbuatan
yang selama ini tersembunyi dipertontonkan lalu aku tidak tahu apakah ke Syurga
atau ke Neraka.”
Walau bagaimanapun terdapat
beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal.
Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa
disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat
bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya.
Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman!
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Allah
menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir air
sungai dibawahnya”. [al-Tahrim: 8]
Lagi firman Allah:
“Dan orang-orang yang melakukan
perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa
melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya, sedang mereka
mengetahuinya”. [Al-Imran: 135]
Menyedari hal yang dinyatakan dalam
ayat ini, maka bersegeralah bertaubat kerana kematian akan menjemput pada
bila-bila masa sahaja. Saidina Ali k.w. pernah menjelaskan dengan katanya:
Taubat adalah kata-kata yang
mempunyai enam erti:
1. Taubat atas dosa-dosa yang telah
lalu adalah dengan menyesal.
2. Taubat atas melakukan
kewajipan-kewajipan secara serampangan adalah mengulangi
3. Taubat atas mengambil hak orang
lain secara zalim adalah dengan mengembalikan kepada pemiliknya
4. Membiasakan diri melakukan
ketaatan sebagaimana sebelumnya terbiasa melakukan kemaksiatan
5. Membuat nafsu merasakan pahitnya
taat sebagaimana sebelumnya merasa manisnya maksiat.
6. Menghiasi diri dengan taat
kepada Allah sebagaimana sebelumnya menghiasi diri dengan maksiat kepada-Nya
serta menangis sebagai ganti setiap ketawa yang kamu lakukan.
Sebenarnya, kematian tidak pernah
mengenal batas usia dan waktu. Hal itu agar sesiapapun selalu berwaspada dan
bersiap-siap menghadapinya.
Sabda nabi s.a.w: “Orang yang
cerdik ialah orang yang berjaya menakluki dirinya”
Ertinya dalam hadith di atas
menceritakan kepada kita bahawa orang yang cerdik ialah orang yang mampu
menakluki dirinya sendiri sehingga mahu beribadah kepada Allah sebagai bekalan
mempersiapkan dirinya untuk menjalani kehidupan setelah mati dan bertemu Allah
s.w.t..... "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan