Tabung Belajar

Pengikut

Selasa, 24 Jun 2014

Wayar Bumi

Tiba-tiba aku rasa nak bercerita sikit pasal wayar bumi ni…hahaha sebabnya??? Sebab aku ternampak wayar berwarna hijau ni dipasak(ditanam) dalam tanah. Why??? 

Wayar bumi ni sebenarnya bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat. Jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia. Gangguan elektromagnetik serta pelindung kejutan elektrik membuang cas elektrik yang tidak dikehendaki melalui wayar bumi. Tidak semua sistem pendawaian elektrik dibumikan.
Menurut atuk wiki ni -Dalam bidang kejuruteraan elektrik, istilah pembumian elektrik merujuk kepada sambungan litar elektrik ke bumi, sama ada secara fizikal ataupun sebagai "laluan balik" ke punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang digunakan.
Terdapat beberapa sebab mengapa litar elektrik dibumikan. Dalam sistem bekalan elektrik sesalur, sambungan ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan, terutamanya bagi mencegah bahagian peralatan elektrik yang dapat disentuh oleh manusia daripada diuja dengan voltan tinggi yang berbahaya akibat kegagalan penebat elektrik, atau dengan kata lain, melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan elektrik ke bumi. Sambungan ke bumi juga boleh mengehadkan pembentukan cas elektrik statik semasa mengendalikan bahan mudah terbakar ataupun semasa membaiki peralatan elektronik. Bagi pendawaian kenderaan pula, semua peralatan elektrik kenderaan dibumikan ke badan kenderaan (tanpa sambungan secara fizikal ke bumi) bagi menyediakan satu laluan balik ke bateri, sekaligus menjimatkan penggunaan kuprum.


p/s: ooo gitu rupanya… hahahha

2 ulasan: