Tabung Belajar

Pengikut

Jumaat, 10 Ogos 2012

KeLuRgA bArU Ku


Keluarga baru….

Luna dan eddy

( bukan luna maya n ariel ok.huhuhuhu)

manja giler dan depa2 ni suka sangat ikut orang n

berlingkar kat kaki...

huh trauma aku.. 

bukan apa aku takut depa cakar or gigit aku ja..hahaha

ni semua tompok punya pasal...




inilah eddy a.k.a Luna



dan yang ni lak Luna a.k.a eddy

alkisah eddy n luna ni memang manja takira masa huh..

eddy xlah selincah luna yang suka bermain tapi si eddy ni manja giler..
syok2 tengok tv dia mai kacau.. 

aku pulak yang trauma dengan kucing mana la aku nak layan sangat 
terutama si Luna yang lincah 

dan yang pasti abang aku dah pernah kena cakar dengan dia masa layan si Luna yang hiperaktif sangat tu.

pastu suka plak tido atas aku punya puzzle.
puzzle aku jugak yang jadi mangsa.

pastu pagi2 nak bersahur ... huh pantang bebenor nampak aku pergi bukak periuk nasi..
asyik dok berlingkar je kat kaki aku.. 

si Luna pulak pantang kalau aku marah dia..
hahahah... luna.luna..
ada hati dia nak jeling aku..

macam tao2 aja kite tengah marah dia..
jeling2 je terus blah..

eddy pulak kalao aku marah bukan dia nak lari ke hape..
makin dekat dia datang adalah..




dalam kenangan "Tompok" 

untuk si tompok terima kasihlah coz tinggalkan parut kat kaki aku yer..

dan aku sering or hampir2 tersasul nak panggil si eddy tu tompok ...

huhuhu.. sebab colour depa tu sama.. 

kepada tuan punya kucing diatas semua yang sebenar..
terima kasih sebab bagi kucing2 tu...


sebab depa2 semua ni berjaya ubah sikap abah aku 
yang dulu xsuka kucing

dan

sekarang dia dah suka kucing

pelik bin ajaib..
xpaham aku kekadang..

dulu abah bukan main patang lagi dengan kucing sebab
takut kucing2 tu semua makan dia punya
burung perliharaan yang banyak sangat tu...

lepas pelihara tompok n mary sekor lagi yg hilang entah kemana
memang ade burung2 abah yang kena "ngap" ngan kucing2 tu

tapi 

abah xmarah pun
sebab tu la kesan nk bela kucing sangat tu..heheheh


masa kecik2 dulu aku pantang jumpa anak kucing terus aku bawa balik
entah kucing sapa ntah..

pastu aku selalu kena marah ngan ma n abah sebab bawak balik 
kucing.. 

sebab tu la aku kurang sangat dengan kucing

dan tompok pulak menyebabkan aku trauma dengan kucing....

sekian...





Isnin, 6 Ogos 2012

Danbo

Danbo
 kemain susah nak buat danbo.
kalo tengok nampak je macam senang.

ketelitian dan ketekunan tu penting.
kalau tak kompon x menjadi.




tapi Danbo ni....
bukan aku yang buat pun..
hehehehehehehe




Aku LuPa!!!!!


Setelah sekian lama tidak berjumpa membuatkan aku
hampir lupakan dia…
huhuhuhu
Bukan hampir lupa tapi memang lupa pun. Huhuhuhu
Macam mana aku leh lupa nama dia…
Padahal aku sukakan dia.
Eh suka ke?
Taklah aku sayang dia.hehehehe
Hmm.. mungkin tiada gambar dia untukku tatap supaya
Ingatan untuk dia terus ada.
mungkin juga kerana aku dah xjumpa dia selama 8bulan..
hehehe
Tapi takpe
Itu dulu dan sekarang ni aku dah ade gambar dia
Untuk menjadi tatapan dikala kerinduan..
Waduh jiwang bangat ni..
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Buat Si dia semoga sentiasa happy2 yer..
hehhehehee


 Hazim Naufal 
anak saudara ke-10
umur sekarang pun dah nak 9 bulan.
ahak dah cukup kot untuk team futsal.
hik.hik.



Manusia Yang Papa Kedana






Rasul Saw pernah bertanya pada sahabat-sahabat : “Tahukah kamu siapa orang yang papa-kedana (Muflis)?”
Sahabat-sahabat lalu menjawab : “Orang yang muflis tentulah orang yang tak punya dirham atau harta ya Rasulullah”
Lalu Nabi Saw bersabda : Sebenarnya orang yang papa-kedana (muflis) dari kalangan umatku itu adalah mereka yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala Solat dan Zakat, tetapi (dahulunya sewaktu didunia) ia pernah mencacimaki si fulan, menuduh si fulan, menumpahkan darah si fulan.
Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayanya sehinggalah habis pahala amalannya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya itu belum lagi dijelaskan kesemuanya.
Maka akan di ambil daripada dosa orang yang teraniaya itu lalu dibebankan ke atasnya, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam NERAKA” HR Muslim

BERSAHABAT KERANA ALLAH






Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1.    Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta’ala.
2.    Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3.    Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4.    Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
5.    Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
6.    Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.” (Riwayat Muslim)
Doa Rasulullah s.a.w.: “Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.”

Teman Yang Baik



“Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan.”

Ya Allah, Tetapkanlah Imanku..





Apabila iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada. Rasulullah sendiri sering berdoa:
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”.
Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:
“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
1.     Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2.     Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3.     Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4.     Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5.     Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6.     Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7.     Berat dalam mengingat Allah.
8.     Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
9.     Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10.  Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11.   Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12.   Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13.   Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14.   Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15.   Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16.   Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17.   Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18.   Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19.   Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20.  Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
1.     Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2.     Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
3.     Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
4.     Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
5.     Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
6.     Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
7.     Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
8.     Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
9.     Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
10.  Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
11.   Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
12.   Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
13.   Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.