Tabung Belajar

Pengikut

Isnin, 17 Disember 2012

KeUtAmAaN pEnGeNdALiAn DIRi




Bijak dalam mengendalikan diri amat penting dalam menentukan kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian...
dalam hidup kita, memang tak lepas dari pelbagai masalah...oleh tu, pengendalian diri amat penting...

Bila ditimpa masalah...apa yang penting adalah zikir, fikir dan ikhtiar...macam mana tu?

Tika diri dilanda masalah sama ada ditimpa bencana atau musibah, orang benci kita, orang marah kita, dibebani hutang yang banyak atas keperluan untuk hidup, pertama2 sekali kita haruslah zikir...apa itu zikir? iaitu kita himpun semua masalah kita tersebut dan kita serah pada Allah...berdoa pada-Nya moga diringankan bebanan kita untuk menghadapinya....

Selepas itu, kita haruslah fikir...fikir apa tindakan yang sewajarnya...kalau ditimpa musibah, adakah kita perlu terus bersedih atau redha?kalau ada orang marah atau benci pada kita, adakah kita harus membalas balik dan berdendam dengan mereka atau kita memaafkan mereka?

Selepas itu, barulah kita cuba ikhtiar...berikhtiar macam mana caranya kita boleh mengatasinya...berikhtiar dengan cara yang ma'ruf....berhemah...tenang...

Macam mana kalau ada orang marah kita?apa tindakan kita?



Pertama kita seharusnya bersyukur sebab bukan kita yang marah...kerana marah itu adalah syaitan dan syaitan itu dari api...api itu tempatnya di neraka...

Kedua kita mestilah mendoakan orang tersebut supaya diampunkan dosanya...diberi ketenangan supaya marahnya cepat reda...



"Jadilah sepohon pokok mangga....orang membaling pokok itu dengan kayu tetapi pokok itu memberikan buah mangga yang manis lagi lazat..."

Kita tak rugi apa2 bila orang marah atau berdendam dengan kita kalau kita sabar...kerana ganjarannya hanya Allah yang layak memberi...ingat Allah ingat rahmat-Nya...kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya...wallahua'lam...


p/s: khas untuk cik masayu... (^__^)

Jumaat, 14 Disember 2012

SeLaMaT hArI LaHiR (^___^)



Ni la kek keladi yang kucari2 selama ini..waaaa walaupun luaran tak lah secantik dan
 selawa kek2 lain namun ni kek yang paling sedap aku pernah rasa...
kek coklat toksah kate la..memang sedap jugak..
teringin la pulak



SELAMAT HARI LAHIR

MUHAMMAD HAZIM NAUFAL
yang ke-1
Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

(^__^)



  



Rabu, 12 Disember 2012

kisah budak ingin ke syurga


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”
Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.
Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.
“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”
“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
Cita-citanya hanya Syurga
“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”
Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Sabtu, 8 Disember 2012

My bEloVeD sisters




my beloved sis..hehehe

you are my idola.. 

hidup aku ni dikelilingan adik beradik yang ramai

dan aku pula anak yang ke 8 dari 9 orang adik beradik...

sudah tentu bila aku lahir kakak2 aku semua dah besar2...

diorang yang banyak mendidik aku selain ibu bapa aku.

dan xkurang juga yang mempengaruhi kehidupan aku.

tapi kat sini aku nak cerita pasal kakak aku yang sorang ni

sedar or xsedar aku terpengaruh dengan dia.. dan perangai aku pun lebih kurang 

dia...

Dia seorang yang tegas (kira garang jugak la)..

apa yang  salah dia perbetulkan (kira tegur la tu)..

Dia banyak bagi nasihat kat aku dan adik2 dia yang lain..

dia juga banyak mendidik aku selain ma n abah..

xkira la dalam pelajaran mahupun kehidupan biasa..

bila dia mengajar, dia betul2 tegas sampai aku pun takut la dengan dia..

sebab kena marah..hihihihi

dia akan terang satu2 sampai aku paham.. kadang2 sampai aku bosan n boring..

itu la dia...

pembimbing dan penasihat terbaik..

Dia jugak lah yang banyak beri pengetahuan kepada aku tentang 


cara2 pembuatan kuih raya ni... hahaha

time nak buat kuih je cari aku.. jadi pembantu sepenuh masa..

sampai aku pun boleh buat sendiri kuih or biskut raya...

tapi aku ni pemalas sikit bila nk buat kuih raya ni..

buat kuih muih ni aku bagi kakak aku sorang lagi ni yang buat 


tapi

atas pemantauan aku ..

hihihihi.. aku jadi pemantau je..

apa yang salah aku tegur...

apa2 perkara yang aku nak buat aku pasti merujuk kat dia dulu..

mana la tahu kan keputusan yang aku buat tu mungkin salah..

mintak pendapat dia dan soon..


P/s: tak nak citer lebih2 nanti de yang perasaan lak... hihihi..

Jumaat, 7 Disember 2012

SeLaMaT uLaNg tAhUn



 



nak kek special dari en. GooGle



To my beloved friend …
Nurul Fatihah binti Mohamad Hussin
selamat hari lahir yang ke-22
semoga sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Sedar or tak sedar hang dah mencapai umur yang ke-22
Manakala aku pula ...rahsia.


Pasti sudah banyak pengalaman
Dan
Peristiwa yang kita lalui sepanjang perjalanan hidup kita.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya,
Semoga mendapat jodoh yang baik,
Semoga sukses selalu…





Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.









Rabu, 5 Disember 2012

MuNgKiN siLaPkU-ApIt





Bila aku mengenangkan 
sejarah kita bersama
Pasti aku akan teringat
kisah suka duka bersama

Mengapa aku yang yang terusang
menanggung segala derita
Sedangkan kau yang disana
tersenyum dan sering ceria

Mungkin aku yang bersalah
puncanya engkau berubah
Tapi apa kurangnya dirimu
sering menyalahkan diriku

Silap mu sering tertutup
salah ku asyik disebut
tanpa hiraukan perasaan ku
Kau pergi terus berlalu

ps: tapi apa yang telah aku buat ( serius tak tahu)

Sabtu, 1 Disember 2012

jAnGaN pRaSaNgKa




jangan berprasangka buruk terutama dengan orang2 disekeliling kita.
banyak perkara ni berlaku dan kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah berprasangka buruk...
(kalau berprasangka baik takpe..hihihi)
disitu kita tidak tanpa sedari telah berprasangka  kat orang tu.
oleh itu, secara kesimpulannya...




contohnya: bila kita baca post or status kat fb...
terutama post tuh daripada orang-orang yang rapat or mesra di fb..
kadang-kadang kita berprasangka bahawa post or kata-kata itu dituju kat kita .
" dia tuju kat aku ke?
kenapa dia post macam tu?
dia tu kenapa?.."

tapi bagi aku lah... maaf yer kalau ada orang suka tuju kata-kata or post something 
yang sememangnyer dengan niat (nak tegur atau pape pun)
sorry to say becoz aku  berprasangka buruk kat orang, so kalau status itu dituju kat aku ... kompon aku tak perasan langsung..
sila mention nama yer..hihihihi...

kecuali!!! hihihi
rahsiaaa



Berikut beberapa arti ayat alquran serta sabda Rasulullah SAW tentang bergunjing, berprasangka, dan memata-matai:
1. Rasulullah SAW bersabda bahwa, yang dimaksud dengan ghibah/bergunjing adalah 
membicarakan perihal orang lain yang mana bila orang yang dibicarakan itu mendengar pembicaraan perihal dirinya itu maka ia menjadi sakit-hati atau kecewa.

2. Allah SWT berfirman didalam Surat Al-Hujurat Ayat 12,

Wahai orang-orang beriman, jauhkanlah dirimu dari banyak berprasangka sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah perbuatan dosa. 
Dan jangan pula saling memata-matai maupun menggunjing satu sama lain. Adakah salah seorang diantaramu gemar memakan daging mayat saudaramu sendiri? Pastilah kamu merasa jijik! 
Dan bertakwalah kepada Allah.

 Sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.

Didalam Surat Al-Hujurat Ayat 12,

 Allah SWT memperjelas bahwa mencemarkan nama seorang Muslim lain yang tidak sedang berada di tempat itu, sama saja dengan memakan daging mayat saudaranya, yang mana hal ini jelas dibenci oleh setiap diri. 
Dikatakan demikian karena, itu merupakan dosa yang paling menjijikkan. Perlu diingat bahwa jika orang yang direndahkan itu hadir ditempat ia diolok-olok,
 ia bisa memperoleh peluang membela diri walaupun pada suasana semacam ini setiap orang tidak memiliki keberanian untuk membela diri. 
Meskipun demikian, 
jika ia digunjingkan sewaktu tidak berada di tempat itu maka luka hatinya tentu mendalam 
dan selalu membekas. 
Penggambaran bergunjing yang sedemikian itu dimaksudkan oleh Allah SWT agar kita mengembangkan diri sebagai pembenci kejahatan terselubung ini.

aku tidak mau berprasangka buruk atas orang lain.. sesungguhnya Allah berjanji akan memberikan balasan untuk setiap perbuatan umatNya..
Semoga kita selalu berada dalam lindunganNya.. amin


Istanbul aku datang




apa la yang best sangat citer ni yer.
ramai dok sebut-sebut
dan tak kurang jugak yang dok tanya.
ramai jugak tanya ceq ada idak citer ni...

tao la ceq suka donlod movie.. tapi..tapi
ase dah malas dah..huhuu
sebab line macam garry spongebob..
      



bestnyerrrrr ..hehehhehe.. macam ni kot gaya orang terujeee sangat2...





Washington, DC. ... lect psikology..hehehehe..
aku ingatkan pelakon Istanbul aku datang td..kikikiki
sorryy prof..

Waduh prof bergaya sakan noh.. washington DC tuh
Al-hamdulillah selamat pulang dah beliau..
ingatkan nk terus menetap kat sana..hehhe


Jumaat, 30 November 2012

bEnDa lEpAs jAnGaN dIkEnAnG lAgI....




Bukan senang nak lupakan something or someone..hehehe
tapi yang lepas usahlah dikenang...
pergi.. pergilah sesuka hatimu..hehhe.
sudah cukup-cukup sudah
cukup sampai disini saja.
pandang depan jeeee tp sesekali jangan lupa toleh belakang..
manalah tao ade peragut ke... nak lintas jalan pun kena toleh belakan, kiri, kanan, depan ...atas pun boleh..hehehehe..
 mana la tao ade spesies monyet kat atas

Sabtu, 24 November 2012

AkU TeRiMa niKaHnYa

(^___________^)

dah macam katak dah senyumnyerr..hohoho

i get this book... >__<

Sabtu, 17 November 2012

SaVe GaZa

Semoga ALLAH SWT melindungi  bumi PALESTIN daripada bedilan dan bom Israel,
dan hancurkan tentera Israel


Ya Allah tuhan kami yang tidak pernah tidur mahupun lena, tuhan yang berdiri dengan 

sendirinya, bantulah kami orang orang islam yang 
tertindas kerana perbuatan laknat 



yahudi, wahai tuhan yang maha mengkeji,keji lah mereka yang dengan sekeji kejinya 



kerana menindas orang orang Islam. Ya tuhan campakanlah ketakutan yang amat sangat 



kepada mereka yang berhasrat dendam kepada orang orang Islam, berikan kekuatan 



tentera badar kepada orang islam yang sedang bertempur di palestin, kirimlah 



bantuan dari atas dari bawah dari tepi dari belakang dari kiri dan dari kanan kepada orang 



Islam yang sedang bergelut dengan tentera dajjal laknatullah


sedih.. T_T


Jumaat, 16 November 2012

KeNaPa tAk AdA tEmAn





“Dulu sy sering tertanya-tanya, kenapa saya ni tak ada org nak kenal?, kenapa saya ni tak mempunyai teman lelaki mcm orang lain? Pada suatu hari, ada satu suara dari dalam hati berkata:”Kau tak ada org nak kenal, tak ada teman lelaki sekarang sbb suami kau selalu m’doakan supaya ALLAH melindungi diri kau dari lelaki asing dan memlihara cinta itu hanya utk dia” 


Hamba-MU




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui



Rabu, 14 November 2012

TiduR tAnPa BaNtal BaIk uNtuK KeSiHaTaN


Mungkin fakta yang mengejutkan dan baru, tetapi tahukah anda sebenarnya tidur tanpa bantal sangat baik untuk kesihatan? Perkara ini juga dipersetujui oleh pakar kesihatan kebelakangan ini menggalakkan ibu bapa serta bayi tidak memakai bantal ketika tidur.

bayi tido lena tanpa bantal... nyenyak Mia tido..





Berikut kebaikan tidur tidak menggunakan bantal:

1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah faktor utama terjadinya sakit bahu dan leher. Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal. Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya. Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.

tengok tak tido pun bila letak bantal kat kepala..hehehhe


2. Mencegah kerutan di wajah dan membuat awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalamai kerutan di wajahnya. Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah. Jadi, sekiranya anda menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.


3. Baik untuk tulang belakang

Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang. Tidur dengan punggungnya memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh. Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya. Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.


4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal. Seperti halnya bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal. Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi, namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal yang mengganjal kepalanya. Sehingga membuat bantal tersingkir dengan sendirinya dari kepalanya dan akhirnya bayi lebih selesa tertidur tanpa bantal. Bayi pun memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi  flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya. Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualiti dan menormalkan bentuk/posisi tubuh anda, mulai biasakan tidur tanpa bantal.

hidup pun sihat.. kan..

Selasa, 13 November 2012

AdAb BerSaHaBaT dAlAm ISLAM





Riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi saw bersabda: "Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk"

Adab bersahabat dalam islam:

melebihkan sahabatnya
menolong sahabatnya
menyembunyikan rahsia sahabatnya
- rahsia kan tetap rahsia.. kalau seseorang cakap apa yang dia bagitahu tu kena rahsiakan... InsyaAllah menjadi tanggungjawab kita untuk rahsiakan sebab itu adalah satu amanah kepada kita.. kalau kita tak nak tanggung amanah tu... so jangan la dengar apa yang dia cakap..hehehe.. aku selalu tanya sapa yang bagitahu sesuatu kat aku.." kalo benda ni rahsia cakap rahsia kalau tak aku tak bertanggungjawab kalau terbagi tao ke orang lain" huhuhu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tiga petanda orang munafik: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah ia mengkhianatinya"
menutup aib sahabatnya 
-.."ku akui". janti tu satu hutang.. makan janji kena la ditepati yer kawan.. x menepati janji maka x bayar hutang.. manusia tidak lepas daripada membuat kesilapan.. kalau ada yang silap tegu lah... ini untuk kebaikan diri kita juga. jangan kerana hanya sedikit kesilapan kita xbertegur dan bermasam muka.. kita ada semua kelemahan... jangan kita hanya melihat kelemahan atau silap orang lain.. sesekali pandanglah kelemahan kita.. apa yang penting jangan bukak aib orang kerana suatu hari nanti Allah akan buka aib kita pula..


Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang menutup keaiban hamba yang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari khiamat"
apabila mendengar orang lain mencela sahabatnya maka jangan sampaikan kepada sahabat itu
- kenapa kita tak boleh bagitahu kawan kita jika dengar orang kutuk or mengumpat sesuatu yang x baik pasal kawan kita... sbb xde faedah pun... lagi menimbulkan fitnah or marah yang boleh menimbulkan prgaduhan ada la... wat abis ayaq liur je..huhuhu.. so, xelok mengumpat yer.. cakap sesuatu yang boleh meng"aib"kan orang lain.. itu adalah sifat yang buruk.. jangan pula kita tumpang sekaki..huhuu..


Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad:

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi saw bersabda: "Siapa yang melihat suatu keaiban lalu menutupnya, ia mendapat ganjaran seperti menghidupkan anak perempuan yang ditanam hidup-hidup"
apabila org berkata buruk mengenai sahabatnya, jangan termakan dengan perkataan itu
-yang ni selalu sangat terjadi zaman skang ni. Kita kawan ngan orang ni, tiba-tiba bila dtg pihak ketiga kutuk kawan kita cmni-cmni, kita pun tanpa berfikiran panjang terus je percaya dengan kata-kata orang ketiga itu. Jadi kat sini saya nak ckp, janganla cepat sangat percaya kat kata-kata orang lain... kadang-kadang syaitan ni yang mengapi-apikan kita.. sengaja syaitan itu hendak memutuskan ukhwah yang terbina
apabila mendengar orang memuji sabahatnya, hendaklah disampaikan kepada sahabatnya akan berita itu (if lebih bagus sekiranya disampaikan)
- yang ni rasenye semua pun faham kan? kalo berita baik itu bagus untuk disampaikan, maknanya kalau kawan kita dengar die akan bertambah melakukan perbuatan yang baik, baiklah kita sampaikan. Tapi if kita sampaikan n ble die dengar, die menjadi bongkak, lebih baik kita senyap je dari bgtau..

Hadis riwayat Ibn Majah

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufian r.a., Nabi saw bersabda: "Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh 'menyembelih'"
kalau sekiranya bertanya khabar hendaklah bersungguh-sungguh bertanya khabar
-ha yang ni.. maknenye kita slalu tanya khabar kawan kita time kita susah dan senang. Zaman skang ni, time senang takde pulak kita nak tanye kawan kita tu sihat ke tak.. tp ble susah, dan2 teringat kawan-kawan.. mula la nak bertanya khabar sume2.. lepas tu trus mintak tolong.. niat dh tak ikhlas..
jangan bertekak dengan sahabat kita itu
-if ada masalah, selesaikanlah dengan perbincangan yang elok-elok. Kalau boleh mengalah je la tak payahla nak menang, if due2 pun nak menang sampai ble2 pun tak selesai. Pernah diceritakan Rasulullah saw dengan Saidatina Aisyah r.a., ketika baginda nak keluar rumah, baginda berpesan kepada Aisyah supaya jangan tunggu, tidur terus. Tapi saidatina Aisyah r.a, berkeras untuk tunggu. Lama-lama Aisyah pun tertidur. Ketika Rasulullah saw pulang, baginda memberi salam sampai 3-4 kali masih tak berjawab, baginda pun tidur di luar. Aisyah yang kemudiannya tiba-tiba terjaga di tengah malam, pelik ble tgk Rasulullah saw tak balik-balik lagi, terus buka pintu dan terkejut melihat baginda tidur di luar.

Aisyah meminta maaf banyak kali, " Maaf ya Rasullullah, hamba tak dengar"

Rasulullah saw menjawab," Tidak bukan salahmu, aku yang pulang lewat"

hendaklah memanggil nama yang elok-elok
- hehe yang ni semua pun tahu kan? kalau dh nama kawan kita tu hazwani, panggil la dia seelok-eloknya nama penuh. semua nama tu kan ada maksud.. contohnya 'hazwani' bermaksud 'pemberianku', 'wani' bermaksud 'mutiara'. Haha jangan plak suka-suka kita je panggil die lembu,kambing, kera telinga capang, cicak kobeng berkepala dongga.. haha sume tu maksud yang ntah hape2.. if kita panggil dia nama yang elok-elok tu cm doa, kan bagus kita mendoakan sahabat kita. Ustazah saya pernah ckp kat saya, if kita panggil kawan kita tu dengan nama yang tak disukainya, kita mendapat dosa, mungkin secara zahirnya dia gelak2 je ble dengar, tapi dalam hati die tak suke sape tau? jadi pasni panggil la kawan-kawan kita dengan nama yang elok-elok ok? [maaf kepada yang terasa hahaha]
kalau melihat kebajikan sahabat kita itu hendaklah dia bersyukur
-bersyukur sebab dikurniakan sahabat yang baik budi pekertinya.. kan sejuk hati dapat kawan cmtu.. mudah-mudahan Allah buka hatinya untuk melipat kali gandakan amalan. Jangan plak ble kawan kita berbuat baik, kita rase dengki n benci plak ble tengok..
hendaklah ditegah orang lain dari mencela sahabat kita itu
- yang ni lebih kurang cm point kat atas, if kite dengar orang kutuk kawan kita, mintak dia berhenti dari terus mengumpat. Sebab kadang-kadang tu apa yang dicakapkan bukan betul pun, ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Kita yang tumpang dengar ni pun tumpang sekaki mendapat dosa..

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengecam (menyebar fitnah)"
beri nasihat kepada kawan kita if dia melakukan kesilapan dengan cara yang lemah-lembut
-yang ni dh memang menjadi tanggungjawab seorang sahabat untuk menegur sahabat yang lain if buat silap. Jangan kita diam dan biar je dia terus buat silap. Tapi nak tegur pun kene la dengan cara berhemah, jangan terus marah-marah, maki-maki.. memang la die takkan dengar pun haha.. eloklah kita guna pendekatan yang lemah lembut.. sesungguhnya Allah suka kepada sikap lemah lembut itu

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara"
memaafkan kesalahan sahabatnya
-if ada wat salah, sama-sama kita bermaaafan.. tak guna simpan dalam hati.. ambil yang jernih, buang yang keruh
mendoakan taulannya dalam solatnya pada ketika hidupnya dan pada ketika matinya
Nabi Muhammad saw bersabda:

"Apabila bersahabat rapat kerana Allah, nanti akan diletakkan di bawah tiang Arash di Padang Mahsyar"
hendaklah berbuat kebajikan kepada sahabat kita dan keluarganya ketika telah mati
- yang ni ketika sahabat masih hidup n mati pun, hendaklah kite membuat kebajikan kepadanya dan juga ahli keluarganya.

Hadis riwayat Muslim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya"
jangan memberati seseorang taulan itu akan sesuatu hajatnya supaya senang hari taulannya dari kesusahannya
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang muslim, Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari khiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah akan menutup keburukannya di hari kiamat"

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Bencikan kepada dunia ini, Allah sayang kepadamu. Bencikan barang-barang yang ada pada tangan sahabatmu dan saudaramu, mereka akan sayang kepadamu"

-hadis ni bermaksud, if kawan kita ada barang, kita janganla asyik mintak barang tu dari dia sampai bagi dia rimas... hehe
if kawan kita senang, kita pun tumpang senang
-yang ni, if kawan hepi kita pun hepi, if die sedih, kita pun sedih.. jangan plak ble die sedih kita hepi.. or secara zahirnya kita kita sedih ble die sedih, tapi dalam hati ble die sedih kita hepi.. haha dua2 pun jangan ok?.. ape ntah peribahasa melayu.. cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.. hehe

jumpa kawan beri salam
Hadia riwayat al-Tirmizi:

Daripada Abdullah bin Salam r.a., Nabi saw bersabda: "wahai manusia! Ucapkanlah salam, berilah makanan, dan tunaikanlah solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu memasuki syurga dengan selamat"

-orang yang bawak kereta beri salam kepada orang yang berbasikal, orang yang berbasikal beri salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kaki beri salam kepada orang yang berhenti
if dalam satu tempat, kawan baru datang, berilah dia tempat duduk, if dh takde tempat duduk, hendaklah kita bangun dari situ dan berikan dia tempat duduk kita
apabila sahabat datang, hendaklah bangun menyambutnya. Apabila dia nak balik, hendaklah kita bangun menghantarnya ke muka pintu atau yang selayaknya
-yang ni, if orang dtg umah kita, tak kiralah sahabat or tetamu lain, hendaklah kita layan dia sebaik-baiknya. Jangan sampai dia rasa tak selesa kat umah kita
apabila kawan sedang berkata-kata jangan potong
-yang last skali ni, teguran untuk sume orang termasuk ceq sendiri haha.. kalau orang ckp, janganla potong, biar dia ckp sampai abis dulu, then baru la kita mencelah.. kadang2 tu kawan tengah ckp, kite mencelah sampai dia pun dh lupa die nak ckp apa  kannnn..


Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat"

Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:

Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"

Jalinan-UNIC

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana


Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang