Tabung Belajar

Pengikut

Selasa, 20 Ogos 2013

Doa Pengasih

Doa pengasih ajaran  Rasulullah SAW:



Bismillah hirRahman nirRahim
Allahumma habbib abdaka haza ila ibadikal mukminin...

maksudnya:

Ya ALLAH, jadikanlah hamba-MU ini menyintai orang yang beriman dan 
jadikanlah orang yang beriman menyintaiku... 
AMIN...
(Riwayat Muslim)



p/s: semoga kite semua memperoleh jodoh yang baik... 

BiLa LaMpU iSyArAt tAk BeRfUnGsI


Assalamualaikum wbk.
Bila lampu isyarat tak berfungsi maka kelam kabut, kucar hanyar, hura hara la nampaknya.
First time tahun ni tengok lampu isyarat tak berfungsi, kenderaan semua tak tentu hala… igatkan pakcik bas langgar lampu isyarat..hehehe


“How come can be like that”….
Padahal kawasan Bandar dan di mana polis trafik….
Biasanya masa ni la polis trafik perlu bertugas bukannya kerja asyik saman orang je…. Hehehehe..
Dulu pernah la tengok polis trafik bertugas di tengah2 jalan dekat lampu  isyarat tapi situasi yang “berbeda” . masa tu jalan jem teruk n lampu isyarat tak rosak pun… pelik tapi tu tugas dia nak buat macam mana kan..hehehhe
Sekian saje , malas nak membebel banyak2 coz di pagi yan ceria di bulan syawal n tengah puasa 6 lagi …hehehehe.. eloklah buat apa yang patut.

p/s: jaga diri, jaga hati… (^__^)

=_=' kelam kabut skang di pejabat... haish

Isnin, 19 Ogos 2013

SeTiAp hArI dI hArI-hArI

Assalamualaikum w.b.k ……………………
Pagi di Kota Bharu….
Rutin harian every morning terutamanya ahad hingga khamis waktu bekerja. Rutin yang sama setiap hari. Jam 6 pagi aku dah bangun (aktiviti macam biasa) dan jam 7 semestinya aku sudah berada di tempat menunggu bas. Tahan2 punya tahan bas bukan semua bas nak berhenti aku dah boleh cam dah pakcik2 dan abang2 yang berhenti masa aku tahan bas..hehehehe.. ada suatu hari terspontan bila pakcik bas bagi salam masa aku nak melangkah ( orang bagi salam maka mulut ni automatic jawab.. xpandang dah sapa yang bagi salam).

7.15 or 7.20 aku dah sampai kat stesen bas maka situ sajalah aku dengan bas . maka berjalan kakilah ke tempat kerja (xjauh pun) tapi sebelum tu singgah kat kedai beli kuih dulu ( kuih karipap n sardine gulung… perghhh memang sedap n murah je… rm1 – 4 biji… kalo nk kuih n nasi free pun boleh becoz mak saudara aku berniaga dekat tempat aku tunggu bas tapi adat la takkan kita nk pi ambik free walau sudah di offer (malu hehehe).

7.20 0r 7.25 am aku sudah sampai kat pejabat.... masuk pejabat othway nak pi meja mesti lalu kat meja cik’su dulu dan senyum kat dia…heheheh.. sememangnya everyday aku sampai dia sudah ada di pejabat …. Awal sungguh cik’su…heheheh…. Kerja2.
Kul 1.00-2.00 pm rehat yang lain kerja. Kul 5.00 balik. Tunggu kawan dulu b4 naik bas n bas gerak 5.30 n kul 6.00 sampailah ak kat rumah mak saudara aku ( kite hidup menumpang je..hehehe).

Lastly…. Jam 9.30-10.00 pm adalah waktu yang perlu aku tido.. macam tu la hari2.. haish boring bebenor rutin macam tu…

p/s: dah macam diari dah ak tulis…. Haish buku diari xde…..(buku diari dah bagi orang heheheh… ) so blog je lah…

~ masa itu emas, setiap detik, setiap saat itu amat beharga~

Ahad, 18 Ogos 2013

O+ PoSiTiF

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah disukai. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O memimpin secara teliti sehingga ke akar umbi.

Siapa yang berdarah O positif?

P/S- jange cayo sangat deh... tapi ado hok betul tuh..heheh
sensitif dengan keikhlasan... pantang benor org xikhlas ni... 

Selasa, 6 Ogos 2013

Kenapa Aku Letih Bekerja

Kenapa Aku Letih Bekerja...

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku:

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.

Dari baki tadi 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

Isnin, 5 Ogos 2013

PowToon Trial

Dalam keboringan dan tiada kerja.... 

Belajar buat video guna PowToon la pulak.


Sabtu, 3 Ogos 2013

RaMaDhAn yAnG MeNgHiLaNg

Assalamualaikum wbk. 



Syukur ke hadrat Ilahi kita semua sudah hampi sampai ke penghujung bulan Ramadhan  yang mulia. Namun kepergian Ramadhan member satu impak kepada kita. Sedih kerana Ramadhan kali ini bakal berakhir dan gembira menyambut Syawal ini. Semoga kita semua berkesempatan untuk menyambut Ramadhan yang akan dating.

               Rebutlah peluang Ramadhan Ini dengan beribadat dan 10 Ramadhan yan terakhir tidak kita lepaskan untuk mencari malam Lailatur Qadar. Semoga kita peroleh kesempatan untuk itu.


                   Buat Ibu bapa yang dikasihi, anakanda memohon keampunan atas salah dan silap selama dilahirkan sehingga kini, dari hujung kaki hingga hujung rambut. Semoga hidup kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

                  Buat keluarga dan adik beradik, ku pohon ampun maaf andai ada salah dan silap.
Buat guru-guru dan Pensyarah yang dikasihi, ampun maaf dipinta, halalkan segala ilmu yang dicurah. Insya ALLAH akan ku maafkan segala ilmu yang diperoleh andai berkesempatan.

                Buat sahabat yang dikasihi, (maaf yer umum yer.. taknak sebut nama sebab banyak sangat. Hehehehe) . Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak dan selamat hari haya maaf zahir. Semoga ukhwah antara kita semua dapat diper’eratkan lagi… mohon maaf andai ada salah dan silap.


P/S: Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.