Tabung Belajar

Pengikut

Isnin, 17 Disember 2012

KeUtAmAaN pEnGeNdALiAn DIRi




Bijak dalam mengendalikan diri amat penting dalam menentukan kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian...
dalam hidup kita, memang tak lepas dari pelbagai masalah...oleh tu, pengendalian diri amat penting...

Bila ditimpa masalah...apa yang penting adalah zikir, fikir dan ikhtiar...macam mana tu?

Tika diri dilanda masalah sama ada ditimpa bencana atau musibah, orang benci kita, orang marah kita, dibebani hutang yang banyak atas keperluan untuk hidup, pertama2 sekali kita haruslah zikir...apa itu zikir? iaitu kita himpun semua masalah kita tersebut dan kita serah pada Allah...berdoa pada-Nya moga diringankan bebanan kita untuk menghadapinya....

Selepas itu, kita haruslah fikir...fikir apa tindakan yang sewajarnya...kalau ditimpa musibah, adakah kita perlu terus bersedih atau redha?kalau ada orang marah atau benci pada kita, adakah kita harus membalas balik dan berdendam dengan mereka atau kita memaafkan mereka?

Selepas itu, barulah kita cuba ikhtiar...berikhtiar macam mana caranya kita boleh mengatasinya...berikhtiar dengan cara yang ma'ruf....berhemah...tenang...

Macam mana kalau ada orang marah kita?apa tindakan kita?



Pertama kita seharusnya bersyukur sebab bukan kita yang marah...kerana marah itu adalah syaitan dan syaitan itu dari api...api itu tempatnya di neraka...

Kedua kita mestilah mendoakan orang tersebut supaya diampunkan dosanya...diberi ketenangan supaya marahnya cepat reda...



"Jadilah sepohon pokok mangga....orang membaling pokok itu dengan kayu tetapi pokok itu memberikan buah mangga yang manis lagi lazat..."

Kita tak rugi apa2 bila orang marah atau berdendam dengan kita kalau kita sabar...kerana ganjarannya hanya Allah yang layak memberi...ingat Allah ingat rahmat-Nya...kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya...wallahua'lam...


p/s: khas untuk cik masayu... (^__^)

Jumaat, 14 Disember 2012

SeLaMaT hArI LaHiR (^___^)



Ni la kek keladi yang kucari2 selama ini..waaaa walaupun luaran tak lah secantik dan
 selawa kek2 lain namun ni kek yang paling sedap aku pernah rasa...
kek coklat toksah kate la..memang sedap jugak..
teringin la pulak



SELAMAT HARI LAHIR

MUHAMMAD HAZIM NAUFAL
yang ke-1
Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

(^__^)



  



Rabu, 12 Disember 2012

kisah budak ingin ke syurga


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”
Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.
Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.
“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”
“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
Cita-citanya hanya Syurga
“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”
Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Sabtu, 8 Disember 2012

My bEloVeD sisters




my beloved sis..hehehe

you are my idola.. 

hidup aku ni dikelilingan adik beradik yang ramai

dan aku pula anak yang ke 8 dari 9 orang adik beradik...

sudah tentu bila aku lahir kakak2 aku semua dah besar2...

diorang yang banyak mendidik aku selain ibu bapa aku.

dan xkurang juga yang mempengaruhi kehidupan aku.

tapi kat sini aku nak cerita pasal kakak aku yang sorang ni

sedar or xsedar aku terpengaruh dengan dia.. dan perangai aku pun lebih kurang 

dia...

Dia seorang yang tegas (kira garang jugak la)..

apa yang  salah dia perbetulkan (kira tegur la tu)..

Dia banyak bagi nasihat kat aku dan adik2 dia yang lain..

dia juga banyak mendidik aku selain ma n abah..

xkira la dalam pelajaran mahupun kehidupan biasa..

bila dia mengajar, dia betul2 tegas sampai aku pun takut la dengan dia..

sebab kena marah..hihihihi

dia akan terang satu2 sampai aku paham.. kadang2 sampai aku bosan n boring..

itu la dia...

pembimbing dan penasihat terbaik..

Dia jugak lah yang banyak beri pengetahuan kepada aku tentang 


cara2 pembuatan kuih raya ni... hahaha

time nak buat kuih je cari aku.. jadi pembantu sepenuh masa..

sampai aku pun boleh buat sendiri kuih or biskut raya...

tapi aku ni pemalas sikit bila nk buat kuih raya ni..

buat kuih muih ni aku bagi kakak aku sorang lagi ni yang buat 


tapi

atas pemantauan aku ..

hihihihi.. aku jadi pemantau je..

apa yang salah aku tegur...

apa2 perkara yang aku nak buat aku pasti merujuk kat dia dulu..

mana la tahu kan keputusan yang aku buat tu mungkin salah..

mintak pendapat dia dan soon..


P/s: tak nak citer lebih2 nanti de yang perasaan lak... hihihi..

Jumaat, 7 Disember 2012

SeLaMaT uLaNg tAhUn



 



nak kek special dari en. GooGle



To my beloved friend …
Nurul Fatihah binti Mohamad Hussin
selamat hari lahir yang ke-22
semoga sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Sedar or tak sedar hang dah mencapai umur yang ke-22
Manakala aku pula ...rahsia.


Pasti sudah banyak pengalaman
Dan
Peristiwa yang kita lalui sepanjang perjalanan hidup kita.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya,
Semoga mendapat jodoh yang baik,
Semoga sukses selalu…





Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.









Rabu, 5 Disember 2012

MuNgKiN siLaPkU-ApIt





Bila aku mengenangkan 
sejarah kita bersama
Pasti aku akan teringat
kisah suka duka bersama

Mengapa aku yang yang terusang
menanggung segala derita
Sedangkan kau yang disana
tersenyum dan sering ceria

Mungkin aku yang bersalah
puncanya engkau berubah
Tapi apa kurangnya dirimu
sering menyalahkan diriku

Silap mu sering tertutup
salah ku asyik disebut
tanpa hiraukan perasaan ku
Kau pergi terus berlalu

ps: tapi apa yang telah aku buat ( serius tak tahu)

Sabtu, 1 Disember 2012

jAnGaN pRaSaNgKa




jangan berprasangka buruk terutama dengan orang2 disekeliling kita.
banyak perkara ni berlaku dan kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah berprasangka buruk...
(kalau berprasangka baik takpe..hihihi)
disitu kita tidak tanpa sedari telah berprasangka  kat orang tu.
oleh itu, secara kesimpulannya...




contohnya: bila kita baca post or status kat fb...
terutama post tuh daripada orang-orang yang rapat or mesra di fb..
kadang-kadang kita berprasangka bahawa post or kata-kata itu dituju kat kita .
" dia tuju kat aku ke?
kenapa dia post macam tu?
dia tu kenapa?.."

tapi bagi aku lah... maaf yer kalau ada orang suka tuju kata-kata or post something 
yang sememangnyer dengan niat (nak tegur atau pape pun)
sorry to say becoz aku  berprasangka buruk kat orang, so kalau status itu dituju kat aku ... kompon aku tak perasan langsung..
sila mention nama yer..hihihihi...

kecuali!!! hihihi
rahsiaaa



Berikut beberapa arti ayat alquran serta sabda Rasulullah SAW tentang bergunjing, berprasangka, dan memata-matai:
1. Rasulullah SAW bersabda bahwa, yang dimaksud dengan ghibah/bergunjing adalah 
membicarakan perihal orang lain yang mana bila orang yang dibicarakan itu mendengar pembicaraan perihal dirinya itu maka ia menjadi sakit-hati atau kecewa.

2. Allah SWT berfirman didalam Surat Al-Hujurat Ayat 12,

Wahai orang-orang beriman, jauhkanlah dirimu dari banyak berprasangka sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah perbuatan dosa. 
Dan jangan pula saling memata-matai maupun menggunjing satu sama lain. Adakah salah seorang diantaramu gemar memakan daging mayat saudaramu sendiri? Pastilah kamu merasa jijik! 
Dan bertakwalah kepada Allah.

 Sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.

Didalam Surat Al-Hujurat Ayat 12,

 Allah SWT memperjelas bahwa mencemarkan nama seorang Muslim lain yang tidak sedang berada di tempat itu, sama saja dengan memakan daging mayat saudaranya, yang mana hal ini jelas dibenci oleh setiap diri. 
Dikatakan demikian karena, itu merupakan dosa yang paling menjijikkan. Perlu diingat bahwa jika orang yang direndahkan itu hadir ditempat ia diolok-olok,
 ia bisa memperoleh peluang membela diri walaupun pada suasana semacam ini setiap orang tidak memiliki keberanian untuk membela diri. 
Meskipun demikian, 
jika ia digunjingkan sewaktu tidak berada di tempat itu maka luka hatinya tentu mendalam 
dan selalu membekas. 
Penggambaran bergunjing yang sedemikian itu dimaksudkan oleh Allah SWT agar kita mengembangkan diri sebagai pembenci kejahatan terselubung ini.

aku tidak mau berprasangka buruk atas orang lain.. sesungguhnya Allah berjanji akan memberikan balasan untuk setiap perbuatan umatNya..
Semoga kita selalu berada dalam lindunganNya.. amin


Istanbul aku datang




apa la yang best sangat citer ni yer.
ramai dok sebut-sebut
dan tak kurang jugak yang dok tanya.
ramai jugak tanya ceq ada idak citer ni...

tao la ceq suka donlod movie.. tapi..tapi
ase dah malas dah..huhuu
sebab line macam garry spongebob..
      



bestnyerrrrr ..hehehhehe.. macam ni kot gaya orang terujeee sangat2...





Washington, DC. ... lect psikology..hehehehe..
aku ingatkan pelakon Istanbul aku datang td..kikikiki
sorryy prof..

Waduh prof bergaya sakan noh.. washington DC tuh
Al-hamdulillah selamat pulang dah beliau..
ingatkan nk terus menetap kat sana..hehhe