Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah
S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun.
Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika
Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada
Ta’labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh
Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang
Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya
terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka,
dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
“A’uzubillah! Ya Allah aku takut
nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut
turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat
dosa! Ya Allah…”
Rintihan Tha’labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan
barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu
bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke
dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau
kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W
menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba.
Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan
beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah
mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran
tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu
masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang
amat sangat.
Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat
lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW
menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba
kepala Tha’labah.
Tetapi Ta’labah mengetepikan
kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”
“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh
dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.
“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”
“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan
Allah”
Cita-citanya hanya Syurga
“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
“Cita-cita aku hanya syurga Allah.
Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai
Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah
bukti taubatmu.”
Tidak lama selepas itu, Tha’labah
menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha’labah siap dikafan
dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu.
Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah.
Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang
perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, “wahai
Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak
selesa?”
Rasulullah menjawab, “kamu tidak
dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke
kubur.”
Itulah kisah hidup seorang remaja
hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun
beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu
bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya
menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin
Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal
dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan
menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
(Y_Y)
BalasPadamtetiber rs diri ini begitu hina di sisiNya...
semoga kita semua menjadi insan spt "bdk ingin ke syurga" itu...
Padam