Tabung Belajar

Pengikut

Ahad, 12 Mei 2013

KiSaH BeNaR : KeK LoRi SaMpAh


Assalamualaikum & salam sejahtera. 


Moga senantiasa di bawah keredhaan Allah di bulan rejab yg penuh barakah ini.


Mungkin ramai dah baca tentang arwah adik Iqbal. Rasanya kalau org yg cepat tersentuh hatinya akan menangis ketika membacanya.


Saya memohon izin kpd keluarga arwah utk berkongsi kisah arwah dlm blog saya agar sama² mengetahui kisahnya.

Kisah ini saya copy dari sebuah blog.

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


Pagi tadi saya dpt sms dari emak Iqbal. Beliau terasa sungguh sunyi selepas 10 hari Iqbal pergi. Tak tahu apa yg patut saya katakan hanya kata semangat utk beliau. Hanya Allah saja yg tahu berat yg ditanggung oleh Kak Jamilah. Minggu lepas, Kak Jamilah memohon utk berkongsi kisah anak istimewanya dgn semua. Saya akan post karangan Kak Jamilah dlm blog & FB saya utk bacaan semua. Tujuannya satu, utk berkongsi kisah suka duka menjaga & memelihara anak seistimewa Iqbal agar andai ada ibu² yg senasib dgnnya membaca, sekurang²nya terubat hati apabila mengetahui segala suka duka ini boleh dikongsi bersama.


"Sudah lama rasanya saya tidak memegang keyboard computer saya. Mungkin dalam 3 bulan ini. Agak janggal rasanya apabila cuba menulis terutama dlm situasi yg begitu sebak & air mata yg tak putus² mengalir hingga membuatkan pandangan saya sedikit kelabu.


Hari ini Khamis, 14 April 2011 genap 5 hari anak kesayangan saya, Iqbal Fahreen meninggalkan saya sekeluarga. Sambil menulis ini, pandangan mata saya terarah pd ruang tamu, tempat di mana Iqbal selalu terbaring. Di hadapan televisyen sambil melihat cerita² kartun kegemarannya. Tipulah kalau saya mengatakan hidup saya tak sunyi sejak kehilangannya.


Baiklah saya memperkenalkan diri kpd anda semua. Nama saya Jamilah Haji Bujang, usia saya 40 tahun genap pada 23 April ini. Saya hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Mempunyai empat orang anak, Izzatul Farhanah 15, Izzatul Firashah 10, Izzatul Fasihah 7 & yg bongsu Iqbal Fahreen yg baru saja pergi menyahut panggilan ALLAH. 


Malam tadi, adik angkat saya Almaswa Che Ros, yg merupakan senior reporter di Majalah Mingguan Wanita membawakan saya laptopnya yg mana dia telah menyimpan cerita yg Asnida tulis mengenaiIqbal bersama gambar² anak kesayangannya itu 2 hari sebelum dia meninggal. 


ALLAHUAKBAR!!! Luluh jantung saya melihatnya & bertambah pilu apabila mengetahui betapa semua rakan² di luar sana yg cuba utk merealisasikan permintaan anak saya yg mahukan kek berbentuk lori pd hari jadinya yg lalu.


Terima kasih banyak² kpd Kak Su dari Mantin, N9 yg menghantar kek pd Khamis lalu begitu juga dgnLin yg memberikan kek berbentuk lori bomba. Iqbal sangat sukakannya hingga dia melarang kami memotong kek itu. 


Anak saya ini sebenarnya anak yg sangat istimewa. Inilah anugerah terbesar yg Allah berikan kpd saya sebagai seorang ibu. Sebenarnya, saya pernah kehilangan seorang lagi anak lelaki pd tahun 1999, juga akibat kematian mengejut di PPUM. Ketika mengandungkan Iqbal, saya kehilangan ibu tercinta,Allahyarham Hajjah Esah Hj Shamduddin pd tanggal 16 Jun 2006. 


100 hari selepas itu, saya kehilangan satu²nya adik lelaki saya, Abdul Halim bin Bujang. Adik ini sangat rapat dgn saya. Kami sering berkongsi masalah namun pemergiannya pd 29 Ramadhan itu benar² menghancurkan perasaan saya sebagai saudara kandungnya. 


Pertama kali, saya sekeluarga hanya menikmati air teh o & mihun goreng di pagi raya. Namun, hati saya ceria kembali apabila saya menerima khabar bahawa saya bakal mendapat anak lelaki (saya dah ada 3 anak perempuan). 


Iqbal dilahirkan tepat pd 26 Februari 2007. Apa yg istimewanya ialah dia berkongsi tarikh lahir yg sama dgn arwah abangnya, Muhammad Faris. Saya cuba menolak agar Iqbal tidak dilahirkan pd tarikh ini krn saya amat trauma dgn takdir sedih yg pernah menimpa dahulu. Namun rancangan ALLAH adalah yg terbaik. ALLAH menganugerahkan seorang anak lelaki kpd saya setelah lapan tahun saya kehilangan Faris.


Saya namakan dia Iqbal kerana 2 perkara. Pertama, saya suka betul dgn seorg doktor berbangsa Arab yg bertugas di PUSRAWI. Namanya Dr. Iqbal. Dia selalu merawat arwah ibu saya. Orangnya tampan & sgt berhemah. 


Kedua, saya amat mengemari karya seorang pengarang terkenal dari Pakistan. Namanya juga Iqbal!Fahreen pula anak kedua saya yg kami panggil Kak Lang yg berikan. Dia peminat cerita melayu nombor 1. Dan amat meminati Fahrin Ahmad. Bergaduh² saya dengannya tentang nama ini. 


Namun akhirnya saya mengalah tetapi dgn syarat, ejaannya diubah sedikit. Dia bersetuju & akhirnya bayi istimewa ini kami namakan Iqbal Fahreen. Iqbal, anak yg tidak byk karenah. Menjelang usianya 2 minggu, saya mengesan sesuatu yg tidak kena pd anak ini. Dia tidak menghisap susu dgn baik, berat badannya semakin susut. 


Saya bawa dia ke PPUM utk diperiksa & keputusannya, anak saya disahkan menghidap sakit jantung,Truncus Arterioses Type 2. Daripada saat 13 Mac 2007 saya belajar tentang kesabaran, saya isi rohani & jasmani saya dgn kekuatan & saya juga mula berkampung di hospital. 


PPUM & IJN bagaikan hotel yg akan saya check in setiap tiga atau lima bulan sekali. Iqbal tidak pernah menyusahkan saya & suami. Anak² yg lain juga sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka tidak boleh mengharapkan perhatian lebih dari saya atau ayahnya. Semua tumpuan sekurang²nya 95% tertumpah pd Iqbal.



Maafkan saya. Saya terpaksa berhenti di sini dahulu. Saya ada tetamu yg datang menziarahi. Panggilan telefon dari editor saya, Kak Sharah Ibrahim, Pengurus Besar Bahagian Marketing Alaf 21 juga membuatkan saya agak sebak. Buku saya bersama BUKU PRIMA Insyaallah akan berada di pasaran pada 22 April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.


Saya akan menulis lagi tentang Iqbal Fahreen & akan dimuatkan di blog & FB Asnida. Doakan saya sihat. Petang ini juga saya akan menziarahi kubur Iqbal. Rasa rindu padanya agak memuncak pagi ini. Moga kita bertemu lagi!-------" 
♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


Jantung Iqbal pernah terhenti [sumber: Utusan 2007]



MEMANDANGNYA dari hujung rambut ke hujung kaki cukup utk sesiapa saja menelah penderitaan yg ditanggung bayi kecil ini. Wayar berukuran kira² 30cm panjang kelihatan bersambung dr hidung ke perut yg sekali sekala turun naik dgn begitu cepat.


Melalui wayar itulah bayi berusia 7 bulan ini, Iqbal Fahreen Hamdan, minum susu bagi meneruskan hayatnya.


Tidak cukup dgn itu terdapat beberapa parut pd bahagian dada kesan pembedahan yg pernah dilakukan sebelum ini.



Sebagaimana tabahnya bayi ini melawan sakit, begitu juga kuat ibunya, Jamilah Harun, 36, menerima takdir yg tersurat.



Sepanjang pertemuan, suri rumah yg juga ibu kpd 4 orang anak ini berusaha mempamerkan senyuman, bagaikan tidak ada apa² yg berlaku kpd bayi kesayangannya.




“Hati ibu mana yg tidak sedih apabila anak yg dikandung 9 bulan disahkan menghidap penyakit yg berbahaya. Bagaimanapun, sebagai hamba-Nya yg lemah saya menerima semua ini sebagai ujian Allah.




“Sebagai ibu saya sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan Iqbal dpt menjalani kehidupan sempurna seperti kanak² lain,’’ ujar Jamilah sambil memangku anak bongsunya itu yg menderita masalah jantung.



Menurutnya lagi, bukan bermaksud utk meraih simpati orang lain atas apa yg menimpa Iqbal, sebaliknya beliau hanya ingin berkongsi pengalaman dgn ibu bapa lain terutama pasangan muda yg baru memiliki cahaya mata.



Katanya, menjadi ibu bapa tidak hanya memastikan makan pakai & pelajaran anak² terjamin, tetapi juga perlu sentiasa prihatin terhadap tahap kesihatan mereka.




“Mungkin kerana terlalu sibuk kita sering terlepas pandang tentang kelainan yg berlaku pd anak. Jika mereka mengadu sakit perut atau pening kepala kita mudah menganggap si anak sengaja mereka² cerita,’’ ujarnya.



Merujuk kpd pengalaman sendiri semasa mula² penyakit Iqbal dikesan, Jamilah berkata, pd awalnya dia tidak menyangka kelainan yg terdapat pd bayinya itu sebagai petanda kpd 1 penyakit yg berbahaya.



Ketika Iqbal berusia 13 hari, Jamilah mendapati warna najis bayinya itu agak kehijau²an, tambah membimbangkan apabila melihat cara bayi itu bernafas tidak seperti bayi lain.


Mengesyaki ada yg tidak kena pd bayinya itu, Jamilah & suami, Hamdan Mohd. Yusuf, 39, mengambil keputusan membawa Iqbal ke hospital berhampiran.



Hanya selepas menjalani beberapa ujian, barulah bayinya disahkan mengalami masalah jantung & mereka dinasihatkan agar merujuk Iqbal ke Institut Jantung Negara (IJN).


Penderitaan bayi kecil tidak berdosa itu tidak berakhir begitu sahaja krn setelah pemeriksaan dilakukan, terdapat beberapa komplikasi lain berkaitan jantung termasuk kehadiran 2 lubang berhampiran jantung dgn setiap satu bersaiz 1 & 0.01 cm, selain injap jantung yg tidak berfungsi dgn baik.



Paling menyedihkan apabila doktor membayangkan bayinya hanya mempunyai peluang 50% sahaja utk selamat.



Pada 27 April lalu Iqbal akhirnya menjalani pembedahan pertamanya selepas hampir 1 bulan menanti giliran.



Berkongsi detik cemas kata Jamilah, hanya Tuhan yg tahu perasaannya ketika itu apabila diberitahu jantung Iqbal tiba² terhenti selepas beberapa jam proses menutup semula bahagian dibedah dilakukan.


Ketika itu beliau hanya bersendirian di hospital krn suaminya ada tugasan yg perlu diselesaikan segera.


“Hanya Tuhan yg tahu perasaan saya ketika itu. Namun saya kuatkan semangat & berdoa agar nyawaIqbal dipanjangkan. Alhamdulih berkat doa & bantuan pihak IJN, kami masih dpt menatap wajah Iqbalhari ini,’’ ujarnya yg mengakui kejadian cemas itu mengembalikan ingatannya kpd peristiwa pahit 8 tahun lalu apabila seorang lagi anak lelakinya meninggal dunia secara mengejut.



Apatah lagi kehilangan bayi lelakinya itu sama tarikh dgn kelahiran Iqbal iaitu pd 26 Februari.



Sambil mengakui masih mempunyai bil yg tertunggak sepanjang Iqbal mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) & IJN, namun sebagai ibu bapa mereka tetap berusaha sedaya utk melunaskannya seberapa segera yg mungkin.



Menurutnya, dgn pekerjaan suami sebagai mekanik tidak memungkinkan mereka menyelesaikan secara tunai dlm waktu singkat.


“Alhamdulilah, rezeki anak². Selain mengharapkan pendapatan suami, wang simpanan saya sebagai penulis buku kanak² sebelum ini dpt mengurangkan sedikit beban yg ditanggung,’’ ujarnya yang bersedia utk berkorban apa sahaja demi kesejahteraan anak².



Sebagai ibu kpd seorang pesakit jantung, Jamilah sempat menasihatkan ibu bapa senasib lain agar tidak melihat kewangan sebagai masalah krn apa yg lebih penting mendapatkan rawatan terlebih dahulu .



Ditanya tentang harapan terhadap masa depan Iqbal, tanpa berselindung Jamilah mengakui jauh di sudut hati mahu melihat anak bongsunya itu dapat melalui kehidupan normal seperti kanak² lain.





♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

Iqbal Fahreen - Pemergian yg diingati


Selepas memenuhi impian Iqbal, apa yg saya takuti berlaku juga. Ada saya suarakan pd suami, saya berdebar² setiap kali ada sms masuk, saya gementar utk menerima berita tentang Iqbal tetapi, pukul3.50 petang Sabtu 9 April 2011, saya terima juga kenyataan Iqbal telah pergi buat selamanya. Kak Dura menghantar sms itu. 


Ketika itu saya sedang bersiap utuk balik ke Seremban. Berderai air mata saya. Saya menangis bagai anak kecil kehilangan ibu. Seolah² saya kehilangan saudara terdekat. Ketika memaklumkan berita itu di FB, & bertolak ke Seremban, air mata saya masih lagi mengalir. Fikiran saya masih terpahat wajah Iqbal. 


Saya hairan. Iqbal Fahreen, bukannya saudara terdekat saya, bukan siapa² untuk saya. Kami berkenalan baru beberapa hari, bertemu pun sekali. Tapi pemergiannya sangat memberi kesan pada saya. Mungkin kerana singkatnya perkenalan itu membuatkan hubungan saya dengannya amat istimewa. 


Mungkin kerana, pandangan pertamanya telah membuahkan rasa kasih sayang yang dalam & mungkin kerana kucupan pertama & terakhir di pipinya membuatkan saya juga terasa seperti sedarah dengannya.



Kata Kak Dura, Iqbal pergi dengan tenang dihadapannya. Pemergiannya memang telah dijangka, cuma sebagai seorang ibu, saya mungkin pernah berharap keajaiban berlaku. Berdoa agar Iqbal mampu pulih kembali & menjalani kehidupan seperti kanak² lain. 


Tetapi saya tahu, Allah lebih mengetahui & lebih menyayanginya. Syurga, tempat terbaik untuk Iqbal. Semoga Allah mencucur rahmat buat adik Iqbal Fahreen, nama ini bakal melekat difikiran saya. Kisah ini akan terus menjadi ingatan akan menjadi cerita terbaik buat anak² saya. Membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada.




♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

Iqbal Fahreen - A story to remember


Saya baru balik dr IJN. Rezeki saya bertemu dgn Iqbal Fahreen. Walaupun pd awalnya berat hati nak ke sana, bukan apa, saya takut kalau² saya tidak mampu mengawal diri sendiri, tak mampu nak menahan perasaan.



Semalam, permintaan Iqbal berjaya dipenuhi oleh insan² yg sgt berhati mulia. Alhamdulillah kek yg dijanjikan siap & terus dihantar oleh pembuatnya dari Mantin, N9 tanpa sebarang bayaran. Semoga Allah saja yg membalas jasa En Hamzah, Kak Suhaida, Puan Ana & En Abdul Rahman. Walau saya sekadar penyampai maklumat, tapi saya sendiri tumpang gembira bila impian Iqbal tercapai.


Hari ni awal pagi saya menerima sms dari Lin, kawan saya di Setia Alam yg minta tolong utk saya hantarkan sebiji lagi kek berbentuk truck yg dibuat oleh jirannya. Ohh.. ramai yg berhati mulia di dunia ini. Alhamdulillah, kek itu juga telah selamat sampai di IJN. Saya menguatkan hati utk melangkah ke sana bersama Aszra. 


Hati saya berdebar² tapi saya kuatkan juga. Bertemu juga saya dgn Iqbal, anak kecil yg bukan siapa² pd saya, tetapi namanya sgt terkesan di hati saya. Kalau semalam saya tengok gambarnya masih mampu utk duduk utk potong kek, tapi hari ni, Iqbal nampak lebih lemah. Dia hanya baring mengiring di atas katil melihat kek yg saya bawa. 


Nampak keletihan diwajahnya. Berbual dgn ibu Iqbal, membuatkan saya kagum. Betapa tabahnya hati seorang ibu. Beliau bercerita tntg Iqbal dgn tenang je. Tak ada pun riak wajahnya bersedih atau meminta simpati. Tapi jauh dilubuk hatinya tiada siapa yg tahu.


Katanya, dia redha & tahu Iqbal akan pergi meninggalkannya tidak berapa lama saja lagi. Walaupun begitu, dia puas krn selama 4 tahun menjaga Iqbal, dia telah memberi yg terbaik utk satu²nya anak lelaki yg dimiliki. Banyak dah diusahakan tapi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk Iqbal. 



Kata²nya yg sangat terkesan pd saya. "Allah menguji saya krn nak beri saya pahala yg banyak. Allah beri saya anak lelaki utk tunggu saya kat syurga". Jatuh air mata saya disitu juga.


Hampir setengah jam saya disitu, saya dpt rasa kekuatan seorg anak & ibu. Iqbal memang anak yg kuat semangat mungkin krn ibunya juga seorg yg tabah. Sama²lah kita berdoa yg terbaik buat Iqbal, andai kehidupan akan memberikan kebahagiaan untuknya, berdoalah kita agar dipanjangkan umurnya.


Andai pemergianya dapat melenyapkan segala kesakitan & kepayahannya berdoalah kita agar dia pergi dgn tenang & mudah. Allah telah punya rancangan buat Iqbal. Namun, tiada yg mustahil dgn KuasaNYA. Subhnallah!



♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

Permintaan Terakhir



Anak² semua dah tidur. Sama jugalah dgn ayahnya. Saya yg masih tak boleh nak lelapkan mata & fikiran saya asyik teringatkan seseorang. Walaupun tidak pernah berjumpa, malah saya hanya kenal namanya 2 jam yg lepas. Iqbal Fahreen. Namanya bermain di benak saya.



Pukul 9 lebih tadi, saya dapat call dr kakak ipar saya, Dr. Adura. Dia tanya kalau saya ada kenal mana² bakers yg sanggup buat cake berbentuk lori utk esok. Memang agak beratlah. Kek² sebegini biasanya ambil masa utk dibuat. Saya pelik juga, apasal Kak Dura ni nak kek cepat² ni. Mesti naksurprise utk sapa² ni. 


Then dia cerita the truth & the sad story. Kak Dura rupanya tengah usaha & cari kek berbentuk lori demi nak memenuhi permintaan terakhir dia kat IJN. Iqbal Fahreen, 4 tahun. He's dying because of heart problem. The mother dah order caketu tapi hanya akan siap on saturday. But, Kak Dura kata, they don't think Iqbal akan bertahan sehingga sabtu. 


Ya Allah, Terkejut saya mendengarnya. Malam ni tadi Kak Dura dah round semua kedai kek area KL. Memang tak ada sebab kek² mcm tu memang kena request. Saya terus post kat FB saya. Alhamdulillah respon sgt baik. Finally, kak Suhaida, ofismate saya bagitahu ada org yang willing nak buat. Mereka akan hantar ke IJN esok pagi. Harap² mereka ni berjayalah hantar kek tu ke sana & bagi pd Iqbal. SemogaIqbal dpt bertahan hingga esok.



Saya tak dapat bayangkan mcm manalah perasaan ibu Iqbal. Knowing anaknya akan meninggalkannya dlm sehari dua ni atau mungkin esok. Mcm mana dia menghadapinya. Semoga ibu Iqbal tabah menghadapi ujian Allah ni. Menitik air mata saya malam ni. Tengok anak² yg tengah tidur ni lagilah buat saya sayu sangat. Tak dapat bayangkan kalau ianya terjadi pd saya.



Ya Allah, berikanlah kekuatan pd adik Iqbal Fahreen dlm menempuh hari² terakhirnya & semoga semua impian & permintaannya termakbul.


kek "lori sampah"


♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥


Hargai & sayangi org² disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....



Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"



Mak pandang jenazah abang yg terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pd wajah abang.



Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yg tersarung pd tubuh abang, baju terakhir yg abang pakai, Mak terpaksa potong krn baju itu tidak muat utk melalui perut abang yg 'buncit'.



Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah gendong tubuh abang ke pangkin yg telah disediakan. Lalu abah & mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah & mak yg menjiruskan air buat kali terakhir pd tubuh kecil abang.


Mak nampak anak mata abah, berkaca², setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat² abah sapu dgn lengan sasanya.


"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir," begitulah kata mak pd abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yg memakai & membalutkan kain terakhir pd tubuh abang.


"Kakak, jangan menangis. Tak baik buat abang macam tu!"



Itu pesan mak semasa kakak² mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat² abah menjauh memalingkan muka.



Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yg turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.



Abah masuk ke dlm liang lahad utk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.



Bertubi² mak terima ucapan takziah drpd tetamu yg datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yg mereka tanyakan pd mak.



Soalan itu asyik terngiang² di telinga mak. 

Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tp setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.


Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dgn senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yg pernah berada dlm rahim mak dulu?


Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di ats para di sudut ruang tamu.



Lantas mak capai diari kecil itu. Di dlmnya tercatat peristiwa yg berlaku sepanjang 4 tahun 2 bulan mak membesarkan abang.



Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dlm diari yg sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yg tercatat di dalamnya.



Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.


Mata mak terpaku pd catatan peristiwa lebih kurang 3 bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yg mak cari².



Jawapan untuk soalan yg mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut abang semakin membusung krn hati membengkak. Kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan utk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. 2 hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!


Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sgt melihat lori sampah yg lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah.



Puas mak & abah melilau sekitar KL, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yg sanggup buat kek macam yg abang minta.



Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.



Dgn perut membusung, dada berombak krn sukar bernafas, abang masih tersenyum & nampak ceria melayan rakan² yg datang, sama² menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yg terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring & asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.



Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yg boleh dilakukan lagi.



Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dlm hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.



Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pd mak, macam mana dgn abang? 

Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"



Mak terpaksa cakap begitu pd mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.



Mereka pun sama, masing² bertarung dgn ujian apabila anak yg dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yg mak beri itu kedengaran manis pd telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor utk bawa abang pulang ke rumah. Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu² terakhir bersama keluarga. Dan di saat² akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa hari ni?"

Mak masih ingat pd suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"



Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"


Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dlm trak bomba. Pegawai itu garu² kepala, kemudiannya menggeleng²kan kepala.



Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. 

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya & hanya menanti masa utk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"



Bila lihat perut abang yg buncit & dada dipenuhi kesan parut & jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.



Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sgt biarpun cuma 15 minit abang di dlm trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka 5 saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yg mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"


Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"



Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.


"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"





Pekerja itu tertawa mendengar kata² mak. Kemudian, mak angkat baju abang & beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.



Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yg memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama². Sedih agaknya.



Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yg sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak & abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.



Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yg ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!


Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam² abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak & macam² lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pd pukul 3 pagi!



Apa saja yg teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.



Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak & abah semakin suntuk!



27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi utk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dgn tubuh abang yg sudah tidak bernafas!" 


Itu kata² mak pd abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia & redha jika apa² berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas utk pesakit kritikal.



5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yg sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu utk benarkan kakak pulang.


"Adik tenat. Saya mahu kakak²nya berada di sampingnya pd saat terakhir!"


Itu kata² mak pd cikgu & akak diizinkan pulang pd hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yg sinonim merawat abang datang melawat.



Mak memang rajin bercerita dgn Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yg mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise utk abang tengah hari ini.



Rupa²nya, tengah hari itu datang tetamu yg juga rakan² alam maya Dr. Adura membawa kek lori yg abang mahukan sebelum ini.


Ada 2 kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang & ramai yg mahu menyediakan kek yg abang pinta.



Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat & doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun utk abang. Tp abang kurang ceria, wajah abang tampak letih & nafas abang turun naik.



8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu dtg membawa kek berbentuk lori warna pink utk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.



Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tp hati mak dpt rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dgn abang di dlm bilik.



Mak pandang sayu wajah abang yg semakin lesu & pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk & usap rambut abang. Mak menangis teresak² bagai anak kecil.


Dlm tangis itu, mak katakan pd abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi."




"Jgn tahan² abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dpt sempurnakan apa saja hajat yg abang pinta. Mak juga bangga krn Allah hadirkan abang dlm hidup mak walaupun seketika!"


Abang hanya diam, memandang mak dgn pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas²nya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pd abah agar bawa semua anak² datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap² menarik nafas.



Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak mlm tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8 pagi, abah & kakak sampai.


Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat² krn cuba menahan tangisnya.



Pukul 3 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan².

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang & kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pd bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"


Mak tunjuk pd abang sinar matahari yg kelihatan di celah² rintik hujan yg turun waktu itu.


Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. Kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata abang & kemudian abang terlentuk semula pd bahu mak.



Tiba² jantung mak berdegup kencang.


"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah & kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."


Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!


Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dlm nada yg lemah: "Makkk..sakit perut..!"




Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan & amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.



"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak utk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"



Mak ucapkan kata² itu sambil merenung jauh ke dlm mata abang yg semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak² agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu² & mula meraung & menangis.


"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dgn tangisan kamu!"


Mak marah mereka buat begitu pd abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih & berat hati utk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.



Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang utk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.


Jururawat yg ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar & tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu org luar lihat. Mak tak mahu ada org menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" 

Dan perlahan² mata abang yg layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pd jari mak semakin lemah & akhirnya terlepas.


Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. 



Innalillah... 


Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: 

"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" 


Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? 

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yg akan membantu mak di sana nanti. 



Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. 



Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan & buat akikah utk abang. 



Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang & menggembirakan abang setiap saat & waktu. 



Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah utk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dgn kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, & kaya pengetahuan. 


Mak telah beri segala²nya melebihi 100% utk abang. Mak telah beri yg terbaik & mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. 


Abang.. Biarpun kini hidup mak & abah terasa sunyi & kosong tanpa abang, mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat² terindah kehadiran abang dlm hidup kami biarpun cuma sebentar. 



✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿.✿


Abang dlm kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu drpd 5 beradik. Abang masuk hospital seawal usia 2 minggu akibat menghidapi 5 jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang & saluran sempit. 


Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia 2 bulan & ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pd awalnya doktor menjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia 4 tahun utk meninggalkan kenangan terindah dlm hidup Jamilah (ibu) & Hamdan (bapa).




p/s : Al-fatihah buat arwah adik Iqbal Fahreen Hamdan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan