Apa yang nak
dikatakan lagi, anda semua mesti mengalami masalah ini kan. Sama seperti aku
sekarang yang sedang dilemma dalam mencari pekerjaan ( macam terdesak pulak
rasa hehehe). Walaupun aku sudah tamat belajar tapi aku perlu menunggu selama
setahun untuk konvo dan grad. Sementara tunggu konvo ni aku masih mencari-car
pekerjaan yang sesuai. Sehari terasa bagai seminggu, sebulan terasa bagai
setahun lalalala. Memikirkan arah tuju yang belum pasti dalam meneruskan
perjuangan untuk hidup.
Dan satu lagi dilemma
iaitu dilema nak langsaikan hutang ptptn. Apa la nak jadi, muda-muda dah pandai
nak berhutang. Kalau kerja belum dapat macam mana nak bayar hutang kan. Melalui
pemerhatian aku dan pengalaman seseorang yang aku ketahui ialah sampai sekarang
dia belum dapat pekerjaan yang sesuai dan sampai sekarang hutang belajar dulu
belum dilangsaikan. Bayangkan sudah sudah 12 tahun dia graduate tapi hutang
belum habis bayar lagi. Pelbagai kerja dia dah lakukan. Kerja semata-mata nak
bayar hutang.
Bila belajar orang Tanya
bila nak habis belajar. Bila habis belajar orang Tanya bila nak kerja. Bila kerja
pulak orang Tanya bila nak kahwin. Tapi situasi aku berbeza. Hehehehe. Aku baru
habis belajar dan graduate serta belum lagi dapat kerja orang dah Tanya bila
nak kahwin. Giler… semua kerja giler… hahaha. Makcik-makcik semua, saya nak kerja
dan punya pendapatan dulu sebelum saya kahwin dan ingatlah “jodoh itu belum
pasti, dan apa yang pasti kita semua pasti mati”.
Dalam fikiran kita
asyik memikirkan siapa jodoh kita, bila kita nak kahwin tapi kita lupa tentang
sesuatu iaitu ajal kita. Kita tak pasti akan menemui jodoh tapi kita pasti
menemua ajal. Jodoh pertemuan, ajal maut semua ketentuan Allah S.W.T. Kita
hanya mampu merancang dan Allah S.W,T yang menentukan perjalanan hidup kita.
p/s: buat
sahabat-sahabat yang belum peroleh pekerjaan seperti saya ni, saya doakan
semoga kita semua peroleh pekerjaan. J Allah yang menentu
perjalanan hidup kita. Setiap detik dan setiap langkah kita diperhatikan-NYA. Ada hikmah kenapa kita belum mendapat
pekerjaan dan tidak mendapat sesuatu pekerjaan yang kita ingini. Allah S.W.T
tahu apa yang terbaik buat kita. Dia Maha Mengetahui dan Maha Pemberi. Jika tertulis
sesuatu itu menjadi hak kita maka ia tetap akan jadi milik kita, jika tertulis
sesuatu itu bukan hak kita maka ia tetap tidak akan jadi milik kita.
Allahuakhbar!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan