Arghh stress
( gaya Kang Gary) hahaha.., tak stress sangat pun tapi satu je aku teringin nak
miliki… hehehe ye la aku ni tak kerja lagi mana la mampu nak beli benda tu. Tapi
seriously memang aku nak sangat beli… beli apa ?
Aku ni
minat sangat dengat gadget-gadget kamera, aku ada la juga kamera tu tapi tu
kamera biasa je. Tapi aku teringin sangat nak miliki kamera yang canggih sikit
macam DSLR pun dah ok.. baru la cun nak tangkap gambar. Aku ni pantang pegang
kamera memang aku suka tangkap gambar tapi aku tak suka sangat tangkap gambar
sendiri.hehehe.
Teringat masa
form 6, masa tu kenduri kahwin kakak dan
oleh kerana syok sangat tangkap gambar sampai aku lupa yang aku ni takda
langsung gambar. Hahaha. Tapi sejak dua menjak ni semangat aku nak tangkap
gambar dah takda sebab kamera yang aku beli kira-kira 3 tahun lepas masa
belajar kat university tu dah rosak sikit tapi still boleh guna lagi.. masa
kenduri kahwin kakak aku 7feb lepas aku takda mood nak tangkap gambar Y_Y …
Aku bagi
kamera tu kat anak saudara aku je.. aku suruh dia yang tangkap gambar sebab
dalam hati ni dah set dah “selagi kat tangan aku xda DSLR, aku taknak tangkap
gambar guna kamera… tapi guna phone boleh la…hehehhe
p/s: kalau
sesiapa nak bagi free kamera tu bagi la kat ceq..hehehe.. tengah cari kerja nak
kumpul duit beli kamera…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan