Yang pahit
itu ubat… (Memang kenyataan pun ubat tu memang pahit,
nak2 paracetamol tu..huhuhu)
Yang manis
itu gula (diabetes)… (Ye la mana boleh makan
manis-manis, bahaya untuk kesihatan. Hehehe)
Tapi hakikat
manusia lebih suka makan yang manis-manis berbanding yang pahit yang mampu
mengubati. Hehehe tapi kita disini bukan nak cerita pasal makanan mahupun ubat.
Antara kenangan
pahit dan kenangan manis yang manakah kita paling tak boleh lupa dan sentiasa
mekar di fikiran kita? Sudah pastinya yang pahit lebih suka diingati berbanding
saat-saat manis yang dilalui.
Hakikat manusia
selalu ingin melupakan perkara-perkara pahit yang menyedihkan, memalukan dan
menyakitkan mereka tetapi mereka tak sedar bahawa, apabila mereka makin cuba
untuk melupakan makin susah sebenarnya untuk mereka lupakan malahan yang pahit
itulah yang makin menjelma di ingatan. Betul tak?
Kenangan manis
pun diigati juga tapi tak sekerap yang pahit. Yang manis diingati bila hati ini
diusik dengan kerinduan yang datang menerpa. “Bila hati
dah tercuit-cuit maka bibir pun terkiut-kiut tersenyum tanpa disedari”. Hehehe
Jangan dicuba
melupakan kisah pahit, “makin dilupa makin bertandang,
hati pula bagai ditendang-tendang, tengok muka pun tak ingin dipandang, yang
manis pula terus bertebangan”. Hahaha tak sangka pandai juga aku
berpantun, dah lama tak mengasah bakat ni.
p/s: Hanya
masa sahaja yang menentukan semua. Bukan senang nak melupakan yang pahit
#PrayForMH370
bukn senang, tp insya Allah, masa akn mengubati
BalasPadamZamani Abe: betul tu. Hanya masa yang mampu mengubati.
Padamyg manis itu jadi memori indah untuk dikenang ...
BalasPadamQaseh Wee : :-) yg manis sentiasa mnjd saat indah utk dkenang..
Padam