Tabung Belajar

Pengikut

Ahad, 30 Mac 2014

Kisah Si Bulat: Mana Ayah?

Gambar tak ada kene mengena dengan cerita.heheh

Kawan (saya) nak ceritakan kisah seorang budak yang kawan kenali. Dan budak ni kawan panggil nama panggilan dia “Bulat”. Bulat ni berumur 6 tahun. Sejak dua menjak ni, kawan tengok Bulat ni makin kurus dan kurang selera makan. Mungkin sebab Bulat ni baru baik daripada demam. Selama 2 minggu dia demam dan kelihatan kurus sebab hilang selera makan KLIK SINI.

Pada suatu petang, kawan duduk berbual-bual dengan budak ni. Banyak soalan kawan Tanya kat dia. Hehehe. Terkulat-kulat Bulat nak menjawab. Sama ada dia tak berapa faham soalan kawan atau dia tak tahu nak menjawab apa? KLIK SINI

Kawan (saya) : Bulat, ayah Bulat nama apa?
Bulat : Mana Bulat tahu
Kawan : ayah bulat tinggal kat mana?
Bulat: Tak tahu.
Kawan : Rupa ayah bulat macam mana? Putih ke, kurus ke, gemuk ke, hitam ke……
Bulat : Tak tahu
Kawan : Bulat pernah jumpa ayah tak?
Bulat : Tak pernah.
Kawan: Bulat ada ayah?
Bulat: Bulat ada mak je.

Sebenarnya sudah dua kali kawan bertanya kat Bulat tetapi jawapan masih sama iaitu sama ada tak tahu dan Bulat ada mak je. Kawan tahu yang Bulat masih ada ayah dan mak. Namun Bulat tidak pernah berjumpa mahupun mengenali ayahnya. Mak dan ayah bulat sudah tidak hidup sebumbung sejak bulat dalam kandungan lagi, namun semasa bulat berumur 4 atau 5 tahun barulah mak dan ayah bulat berpisah.



p/s: disini kawan nak tekankan bahawa pentingnya dalam menunaikan tanggungjawab. Bila kita sudah diamanahkan seorang anak maka dengan sebaik-baiknya kita perlulah bertanggungjawab dalam menjaga amanah yang diberikan. Tanggungjawab dalam menyediakan keperluan anak-anak serta memberikan didikan yang sempurna agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Janganlah diabaikan mereka walaupun ibubapa sudah berpisah. Tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan. Anak-anak tidak bersalah dan mereka hanya menjadi mangsa angkara perpisahan kedua ibu dan bapa mereka. Seperti kisah bulat di atas ni ibarat berbapa tapi seperti tidak berbapa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan