Tabung Belajar

Pengikut

Ahad, 31 Mac 2013

SeBeNaRnYa saYa iStEri DiA

MENGGANTIKAN DRAMA: Hanya padamu 
HARI: setiap Jumaat
MULAI: 29 mac
MASA:9 malam.
SLOT: Zehra

Read more: http://www.perekacerita.com/2013/03/sebenarnya-saya-isteri-dia-tv3.html#ixzz2P35Um3k8


sINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA


Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad . Bermula dari satu perangkap yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian. Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka.

Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. 


Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.





"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.). 





Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati. 

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad






Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


cerita ni boleh di donload 
di link di bawah :
download - episod 1

Selasa, 26 Mac 2013

Takziah Puteri Caroline



Takziah buat Puteri Caroline atas kepergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah
pada 24 Mac 2013 pada jam 8 lebih.
Semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al- Fatihah....
Caroline: "Smga arwh ditemptkn die tmpat org2 y beriman.. Sy hrp kwn2 bleh doakn n sdkhkn ysin utk arwh ayh sy ye.. Arwh bru je pergi ari ahd 24.3, kul8lbh.. Time ksh..☝"




Semoga puteri dan sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan.


Ahad, 24 Mac 2013

Pesanan Imam Al-Ghazali

                                                                Pesanan Imam Al-Ghazali




Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
·         Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
·         Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
·         Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1.    Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2.    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3.    Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4.    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5.    Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Rabu, 20 Mac 2013

Ashabul Kahfi – RaiHan




Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tulang-belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia

 

 

Isnin, 18 Mac 2013

BeRatNya DuGaaN

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entri ni walaupun mungkin sudah banyak 

entri macam ni ditulis tapi blog ini adalah satu-satunya cara untuk aku meluahkan 

segala yang terbuku di hati dan ibarat sebuah diari. Blog ini jugaklah yang manjadi 

medan untuk aku memaparkan karya tulisan inspirasi dan ilmu yang tidak seberapa.


Kenangan lalu selalu berulang-ulang datang ibarat diulang tayang dan sesungguhnya 

aku rasa baru sahaja perkara itu berlaku. Bila kenangan tu terusik kembali perasaan 

sedih dan kecewa mula bertamu. Astagfirullah al azim... semoga Allah memberi aku 

kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi segala ujian-NYA.




Peristiwa lalu telah banyak membawa perubahan dalam diri aku ni. Aku rasa akan 

perubahannya.. Yer aku akui banyak perubahan selepas peristiwa tu terjadi. Hati aku 

jadi lebih sensitif, dan aku akui juga hati aku juga menjadi sedikit keras ( aku tak 

mungkin terima dia kembali) Astagfirullah al azim... beratnya dugaan-MU ya ALLAH.


Berat mata memandang (tiada siapa yang nak pandang :-) ) .. Berat lagi bahu aku yang 

memikul nya.  Aku juga punya hati dan perasaan. Biarlah orang menjauhi aku redha 

ya Allah. takdir menjadikan aku begini. Takdir membawa aku untuk melalui jalan ini.


Ampunan -MU Tuhan lebih besar dari kesalahan insan... Hamba yakin 

pada keampunan-Mu Tuhan... Bukan tidak redha dengan ujian... cuma hendak 

mengadu kepadamu..tempat hamba menanti mu di sana... 


Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap Mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan Mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanMu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana


p/s: kadang2 tedetik di hati ... perlu ke aku post dan buat entri luah hati ni... kadang2 aku rasa semua ni tak perlu...  kata orang kita perlu meluahkan segala yang terbuku di hati .. tapi bagi aku. biarlah ia tersimpan rapi dalam hati... kalo ade yg terasa hati, marah or apa2 pun aku lebih selesa simpan buat perkasam... "nasi lemak ikan perkasam".... namunku punya hati.....

mengadu!!! xperlu mungkin.. kadang2 kite perlukan seorang "teman" disisi untuk mendengar luahan hati kita... mungkin dulu "teman" tu ramai maksudnyer teman yg kite dpt luahkan segala masalah kita... tapi kini mungkin "biarlah" ... biarlah aku simpan.. lama2 nanti semuanya akan hilang .... InsyaALLAH.

* Jika kamu berdiri di tempat aku ... pasti kamu akan merasai yg sama*



Ahad, 17 Mac 2013

UnDeRgRoUnD WoRlD


Siapa sangka di luar hanya kelihatan seperti bukit biasa yang dipenuhi batu-batuan dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau tetapi di dalam cukup indah ciptaan Allah SWT. Subhanallah bertapa indahnya ciptaan-NYA. Syukur Alhamdulillah sampai juga aku disini walaupun tidak ada dalam perancangan. Takdir membawa aku untuk menikmati ciptaan-NYA.





 Keadaan di dalam gua ni memang gelap. Flash kamera saja mampu menerangi gambar ni.   Bertemankan lampu suluh kami semua menyusuri dan menikmati keindahan di dalam gua. 


Menyusuri gua yang lembab dan terdapat laluan yang curam. Memang mencabar mental dan fizikal kami semua dalam menamat xpdc ini.


 Berhati-hati dalam menyusuri laluan agar tidak ada yang tersalah langkah. Bahaya menanti jika kami tidak berhati-hati. Walaupun timbul ketakutan dalam hati kami namun semangat yang ada membuatkan kami bersemangat di sepanjang perjalanan.



 Sempat bergambar sebagai kenangan terakhir aktiviti bakti siswa yang disertai. Walaupun kelihatan penat tetapi kalau bab bergambar semua ceria sahaja.


Bergambar lagi.. kenangan pertama dan terakhir.



Ceria Diana  dapat bergambar 



 Sesi merangkak di dalam gua. Walaupun rasa takut tapi best..hehehe
Merangkak sambil menyusuri air. 
Berakit-rakit dahulu...Berenang-renang ketepian..
"mung cari nyakit dulu..jange nok complain"..
hahaha



memang curam.. tak mampu nak berdiri .. leklok turun yer.. yana mengetuai di hadapan

hahaha.. padahal aku dah ada kat bawah dah. semangat punya pasal. 

padahal nak cepat2 habiskan xpdc..huhu


ambui sempat lagi bergelak ketawa. bila halakan kamera semua senyum ceria.


Berhati-hati... takut nanti terhantuk kepala. aku pun kadang2 terhantuk jugak..hahaha


Bergambar beramai-ramai bersama peserta baksis. where am i.. hehehe
 ok semua pandang kamera... clik... ok jalan kata along..hahaha.



ok.. tangkap gambar lagi...hehehe... kamera DSLR tu.. 

kamera kita takleh bawak masuk nanti rosak kena air.. 

bior along yang pro ni je yang bawak kamera.
.


Siapakah gerangan gadis bertudung biru dan pink itu?
Didepanya adalah partner beliau. Kecederaan yang dihadapi beliau semasa memanjat tidak mematahkan semangat beliau untuk menamatkan expdc ini. kesian kasut dia pun rosak..hehehe

P/S : Ayat entri ini terlalu skema ke?..hehehe


Sabtu, 16 Mac 2013

WhAt Is ThE MoSt...



Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? MATI

Kematian tidak mengira umur. Bayi yang baru lahir pun menemui ajal jika Penciptanya telah menentukan ajalnya. Hidup kita di dunia ini begitu singkat. 

Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? MASA LALU

Kita tidak akan kembali kepada masa lalu walaupun kita katakan "andai" . Masa lalu akan terus berlalu dan kita takkan dapat capai masa lalu kita kecuali atas Ketentuan Ilahi.

Apa yang paling besar di dunia ini? NAFSU

Nafsu!!! itulah perkara utama yang kita sukar mengawalnya. Semuanya hanya nafsu semata-mata. contohnya "makan" . kalau ikutkan hati semuanya hendak dimakan.. itu semua nafsu.

Apa yang paling berat di dunia ini? AMANAH

Amanahlah perkara yang paling berat untuk kita pikul.

Apa yang paling ringan di dunia ini? TINGGAL SOLAT


sifat manusia... kadang-kadang kita lalai menunaikan tanggungjawab kita. semoga kita menjadi insan yang soleh dan solehah yang tidak lalai menunaikan tanggungjawab.

Apa yang paling tajam di dunia ini? LIDAH

Tajamnya lidah mampu menyakiti hati orang lain. tajamnya lidah mampu mengguris hati. tajamnya lidah mampu memecah belahkan hubunga.. bertapa tajamnya lidah