Tabung Belajar

Pengikut

Sabtu, 12 Oktober 2013

JoM Diet


BeRaT dAh nAiK
KeNa dIeT nI.
Diet? 
apa itu diet...
sesetengah orang pikir diet tu tak makan dan makan sikit daripada biasa...

salah semua salah!!!!..

Diet adalah amalan gaya hidup sihat..
mengamalkan pemakanan yang seimbang..
Jaga pemakanan itu lebih tepat kot.

Diet tak makan nasi.. itu semua auta semata-mata..
Gajah tak pernah makan nasi pun gemuk jugak..hihihihi

Oleh itu, amalkanlah gaya hidup sihat..
itu lagi terbaik daripada amalan diet ...
tapi kalo diet ... bersenamnya idak takda guna jugak aih...



kIuT JE.huHUhUHu

P/s: to someone yang suka jaga kesihatan ... ceq solute lahhh... sampai pinjam buku bagai pasal kesihatan.. ceq pun tumpang baca sekali...banyak info yang berguna...
=_=' ----> pantang nampak buku .. nak bace je..

Jumaat, 11 Oktober 2013

3 HaL


Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.


Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.


Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.


Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.


Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.


Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.


Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.


TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

PaNaS hAtI



lawak katak pisang..huhuhu



. 1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

. 2. Soalan: Haloo, siapa disana?
. Jawapan: Ntah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

. 3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

. 4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.


minat dia ni...suara dia best.. hahaha..takde kena mengena 

. 5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

. 8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan samad. Saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maap

. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

. 10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.


sepadan.. 

. 11. Soalan: Haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)


Khamis, 10 Oktober 2013

Kelebihan dan Kebaikan Memelihara Kucing


terbaca di sebuah blog.. just untuk perkongsian


1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.


7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

"1st Giveaway by Miss Fluffy"



Miss Fluffy telah melancarkan 


kata beliau hadiah simple je...hehehe
Pemenang akan dipilih melalui random.org

Giveaway ini akan tamat pada 27 Oktober 2013

p/s: rakan2 yang nak join leh la pi kat  
SINI

Selasa, 8 Oktober 2013

Sidang Akhbar Tergempar Aeril Zafrel dan Wawa Zainal


Kisah pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pantas menjadi topik hangat setelah didedahkan oleh sebuah akhbar namun sehingga saat ini semuanya masih menjadi persoalan.

Di lokasi pengambaran telefilem Cinta Mat Semperit yang akan ditayangkan di TV3 pada Aidiladha nanti, Aeril Zafrel tenang berhadapan soalan berkaitan isu ini dan beliau ditemani oleh peguam Zulhasmi Zakaria.

Namun, masih tiada jawapan sahih dari mulut Aeril Zafrel kerana beliau bercadang melakukan satu sidang media khas bersama Wawa Zainal untuk menjawab segala persoalan pada Jumaat ini.


“Saya tidak boleh komen buat masa ini dan akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini bersama Wawa. Dan segala persoalan akan dijelaskan pada masa itu, tetapi bukan sekarang — sidang media dibuat supaya sebarang kenyataan tidak bercanggah,” ujarnya.

Pihak Aeril Zafrel percaya yang ada pihak mahu mengenakan mereka dan khidmat peguam di perlukan untuk berhadapan dengan isu ini selain berkata sidang media pada Jumaat ini akan dirakam untuk memudahkan siasatan kelak.

p/s: kredit to  http://myartis.my

Isnin, 7 Oktober 2013

Kelebihan Madu Lebah

Kelebihan Madu Lebah


·                     Mengembalikan kekuatan tubuh badan.

·                     Membersih dan menambah darah.

·                     Mengelak cacing perosak dalam perut.

·                     Menambah kelazatan makanan.

·                     Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.


rase mengidam pulak tengok madu ni..hehehe




·                     Mudah dan cepat diserap oleh badan.

·                     Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.

·                      Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.

·                     Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.

·                     Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.

·                     Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.

·                     Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.

·                     Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).


·                     Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.