Tabung Belajar

Pengikut

Selasa, 30 April 2013

KEmPeN bAgI kUcInG MaKan

KEmPeN bAgI kUcInG MaKan
Sekarang ni heboh dengan 1 kempen “ doesn't feed cat” …

memang tak patut kempen tu dijalankan.




Dan aku boikot kempen tu yang agak tidak berperikemanusiaan.
Dengan ini aku nak melancarkan secara rasminya 
kempen " bagi kucing makan" hahahha..
dengan lafaz

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim

Kempen "BAGI KUCING MAKAN"
dilancarkan.....
makan sampai kenyang...


eh..eh budak ni... kang da jugak kena sekeh kan..

sharing is caring... ni tamak namanya..hehhe

hok aloh... smart moleh boh.. kemah keming
 dengan ini yong hwa juga join kempen ini..hehehhe



 oiii....oiii.. jangan dok buli kucing lain..


yeahhh dapat jugak makan ikan ...walaupun ikan kering..
rezeki



syukur lah apa adanya..hahahah





makan secara berjemaah.. baru syokkk






 jom makan sesama  (^____^)


 yeaahhh layan gitar dulu..

" mari la mari kita mengundi"




 love cat


 laen kali nk makan mintak dulu na..



 buleh so tin.. berat katloh la kucing ni...

p/s: walaupun aku trauma dengan kucing tapi aku tetap 
boikot dan protes terhadap kempen doesn't feed cat. 
sangat tidak bertamadun...
p/s : orang lain sibuk buat kempen pru13.. 
depa ni nk jugak wat kempen ... hadeh


 ini adalah hero yang pernah menjadi mangsa atas sifat kekejaman manusia..


hero diselamatkan oleh seorang lelaki yang baik hati dan menyanyangi kucing..


Sabtu, 27 April 2013

KaSiHnYa iBU


Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.


Ketika kita mandi, 
tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, 
membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."



NAMUN,


Ketika ibu sudah tua dan kelaparan,
 tiada tangan dari anak yang menyuapi. 
Dengan tangan yang gemetar, 
ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya

dengan linangan air mata. 






Ketika ibu sakit, 
dimana tangan anak yang ibu harapkan 

dapat merawat ibu yang sedang sakit?


Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.


Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. 
Dapat membawa ke Surga Firdaus.
P/S: Kasihnya ibu sampai ke syurga....

Selasa, 16 April 2013

MeNdEnGaR atau BeRcErIta

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan.



~ Bagi aku… apa2 pun juga boleh jadi kekuatan untuk aku.
Kata-kata semangat pun penting untuk kita jana kekuatan.
Kata-kata dari sahabat yang lebih utama. Melalui artikel atau fakta yang pernah aku terbaca mengatakan bahawa selain ibu bapa, keluarga dan guru, “sahabat” merupakan pengaruh utama kepada diri kita .. betul tak?
Hidup aku sendiri dikelilingi dengan sahabat2 yang bermacam2 karenah. Mereka lah penawar dan mereka juga duka..hehehehe.. fakta ok bukan auta…~
Jadilah kita kawannya itu.



Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu……..

tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

hai nasi goreng... 

ok study2..hahaha.. jgn update blog je..exam tu...fokus..

tak cam

Tak cam
Cuti sem 5 lepas balik dari baksis aku terus pi KL…
Cuti2 malaysia je..
Macam biasa bertemu dengan adik beradik ( kakak, abang ipaq, abang, dan adik) dan anak2 buah.
Kemana sahaja aku pergi aku akan bawa kamera.. hobi masa lapang dan masa bizi aku adalah tangkap gambar..huhuh
Macam biasa aku tangkap lah gambaq anak2 buah aku ni.. huhuhu
Tapi diorang ni xsuka pandang kamera kecuali kalau aku pandai buat depa tertarik.. apa dia itu adalah rahsia adalah taktinyer..hehe… budak2 ni senang je nak umpan..har.har.har



\\\\\\\
Beberapa hari kemudian aku tunjuk la pic anak saudara aku yang lelaki ni (zakwan ) dekat kakak aku a.k.a umi budak tu…
Pastu boleh plak umi dia cakap tu gambar damia a.k.a anak perempuan dia yang pakai baju abang dia zakwan tu..
Camna la seorang ibu “tak cam” rupa anak dia.. ye la gambar tu sebenaqnya kabur sikit..hehehee…

Posing yang paling kiut punyer dari zakwan… 

Ahad, 14 April 2013

BuBuR

Bubur
8/4/2013-----à pagi tu my mom masak bubur kacang hijau..
Aku bangun pagi memang bubur dah siap dimasak.
Express sungguh ma masak.. ke aku yang bangun lambat..
Hehehe rahsia.. hish mana elok anak dara bangun lambat kan.

Macam biasa lepas bangun kena la mandi.
Tengahari tu pula mestilan makan tengahari…
Makan nasi dengan ikan rebus goreng..
Perghhh memang my favourite la… dah lama xmakan..
Hari2 mesti mau makannyer..uhuk7x gemuk la aku nanti.
petang tu pulak aku lepak dalam bilik je..
berjam2 jugaklah.. xda la lama sangat pun kalau 2 or 3 jam kan..
bagi aku la.. aku dah biasa berkurung..huhuhu

pastu keluar bilik tetiba my mom tegur…
~ **** (my nick name “rahsia la”) bubur dah masak tak makan2 lagi~
Aku pun cakap ~ hok aloh tok ingat~ semestinya dalam dialek kelantan la.. takkan tetiba cakap KL lak..hahahaha.. buang tabiat kalo camtu..huhuhu.
Kocok botol budu pecah botol kicap..hahaha.. perumpamaan org klate
Owh my mom…. Hahahaha.. serius aku lupa la….
Padahal dah terpikir lepas makan tengahari nak makan bubur tu tapi lupa lak.. tu la leka sangat.har.har.har…

besar punyer mangkuk..hahaha.. kecik je pun sebenaqnyer..

Ok untuk tidak melukakan hati sesiapa terutama my mom.. aku pun makan la time tu jugak…
Aku siap ambik 2 mangkuk lagi.. satu mangkuk letak dalam peti kasi beku..
Dan satu lagu aku makan time tu jugak..hihihi
Tapi… tapi… tetiba aku terfikir macam mana ma aku tau yang aku tak makan bubur tu.
Padahal my mom bukannya duk tengok apa je yang aku buat..huhhu
Pelik tapi benar..
p/s: jangan selalu makan yang manis2 yer.. bahaya untuk kesihatan anda.
Ma jangan letak “nise” banyak2… manis sangat tuh.huhu

Buat aiskrim pon sodap…

tetiba je gambar ni nak join entry ni..har.har..pakwe lama

GoToNg RoYoNg TeRaKhIR

Gotong royong …. Datang lagi..
Setiap sem aku join gotong royong kecuali sem 5 huhuhu…
Punya la semangat sem akhir ni nak gotong royong. Hahaha

Dah beberapa kali gotong royong ditunda akhirnya penantian telah pun tiba.
First time gotong royong diadakan pertengahan sem..
Walau apa2 pun aku suka bergotong royong..hahaha
Dapat berkumpul ramai2 tu yang best..
Tapi ramai juga senior2 ni tak turun..
punyer la semangat nak gotong royong...
sempat bergambar kenangan bersama2 geng gotong royong..


Sedih ceq.. bukan apa..
Gotong royong ni merupakan satu medium untuk kita berkumpul dan beramah mesra betul tak? Mesra la sangat.
Dengan semangatnya aku bangun pagi semata2 nak join gotong royong walaupun malam tu aku tido lewat…
Seronok dapat bergotong royong.
Dapat juga keluarkan peluh dan walaupun tujuan asal nk bersih pantry tak tercapai.
 Kesian yer kat wa mop sesorang…sorry wawa…
Kami terpaksa bersihkan tempat lain.huhuhuhu

aksi terlampau..hahhaa..

p/s: selamat bergotong royong semua



Ahad, 31 Mac 2013

SeBeNaRnYa saYa iStEri DiA

MENGGANTIKAN DRAMA: Hanya padamu 
HARI: setiap Jumaat
MULAI: 29 mac
MASA:9 malam.
SLOT: Zehra

Read more: http://www.perekacerita.com/2013/03/sebenarnya-saya-isteri-dia-tv3.html#ixzz2P35Um3k8


sINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA


Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad . Bermula dari satu perangkap yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian. Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka.

Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. 


Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.





"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.). 





Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati. 

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad






Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


cerita ni boleh di donload 
di link di bawah :
download - episod 1