Tabung Belajar

Pengikut

Ahad, 26 Februari 2012

Abdul Kadir Audah


Asy-Syahid, Abdul Qadir Audah
(1324-1373H = 1906-1954M)

Dakwah ini adalah kepunyaan Allah 


bukannya milik individu. 


Allah telah mengajar orang-orang beriman


 bahawa dakwah terikat dengan 


kehendakNya bukan kepada para duah, 


nasib setiap individu daripada dakwah 


ialah sesiapa yang beramal untuknya 


maka Allah akan memuliakannya dengan 


sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan


 beramal untuk dakwah maka Allah akan 


menjauhkan kebaikan daripadanya dan 


dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun..

Jumaat, 24 Februari 2012

SiLa InGaT InI sEtIaP KaLI AnDa mArAh


ANDA MARAH ?

Jangan marah-marah lagi xelok...



SILA INGAT INI SETIAP KALI ANDA MARAH.


1) Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab:
Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan Syaitan; oleh kerana itu Aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)



2) Sabda Rasulullah

"Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau."

(HR. Thabrani)


3) Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Mu’az bin Anas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskan amarahnya itu, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya.”

4) "Dan Balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan Setimpal, TETAPI barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka PAHALANYA DARI ALLAH
Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang yang zalim."

[ Al -Syura : 40 



Simpan setiap kali Amarahmu ,sakit hati ,caci maki dan bencana itu Ujian dari Allah,belum pun kita menyelesaikan, Kita telah tewas dngan Ujian Amarah.Bagaimana kah kita boleh katakan kita ini Ber Iman ?Bagaimanakah boleh kita katakan Hati kita bersih ?

Sedangkan Hati ini masih tidak dapt menafsir Ujian dan Dugaan dari Allah.

Isnin, 13 Februari 2012

KiSaH mOnYeT DAN aNgIn


~ Bila baca kisah ni teringat pulak kat monyet dan
 segala spesies monyet kat kampus uniutama.
Tiap-tiap petang dapat tengok aksi depa yang segala macam hal tu.
kecoh satu blok bila depa2 buat hal...~
dah macam zoo dah..hehehe ..
YAB + Muamalat




 Tapi abah aku pun ada pelihara spesies monyet satu ni..
bukan seekor malah dua tapi tiga dah skang ni..
kupikir dua tapi tiga rupanyer..hehehe.
Kalau dikira yang dulu2 punya mesti lagi banyak..
ade yang dah terlepas.. ada yang dah dijual dan ada jugak yang dah terpaksa dilepaskan ke habitat masing2 sebab monyet tu gigit abah ..


Abah cakap kalau kena gigit dengan monyet memang berbisa..
Sebab tu lah abah lepaskan dan potong taring monyet tu..
monyet peliharaan abah aku semua garang2 kecuali dengan tuannya sendiri..


Bukan senang nak mengajar monyet ni petik buah nyok (kelapa).
monyet-monyet perlulah berdisiplin dan mengikut arahan jurulatihnya.
kalau tidak monyet itu akan dihukum..
kalau berdisiplin maka akan diberi anugerah..hehe.. bagi makan je.


Pernah suatu hari monyet tu terjatuh dari pokok kelapa semasa petik buah kelapa.
Kesian patah tangan monyet tu..
sekian..




Jom ikuti kisah monyet ni..hehe









MONYET DAN ANGIN......

"Mummy, look! There are monkeys on the tree" teriak Jihadi macam tak pernah tengok monyet sebelum ini.

"Let's count how many of them. One…two…three…four..five. There are five of them" Amani mencelah.

Di belakang kondo tempat saya tinggal memang banyak monyet. Dulu lagi banyak tapi sejak hutan belukar dibersihkan untuk membina bangunan, penduduk monyet sudah berkurangan. Kesian monyet-monyet kehilangan tempat tinggal dan tempat mereka mencari makan. Bila kelaparan, kadang-kadang mereka datang menagih makanan di kawasan kondo ini.


"Mummy ada satu cerita tentang monyet. Nak dengar tak?"


"Nak, nak, nak" .


Beginilah ceritanya….



Ada seekor monyet memanjat pokok kelapa. Sampai di kemuncak pokok kelapa dia berehat sambil menikmati pemandangan alam sekitar.


"Wah..cantik sekali pemandangan dari sini" monyet berkata sendirian.


Kelakuan monyet itu telah diperhati oleh angin tiga sekawan, TAUFAN, BELIUNG dan FOHN


"Cuba kau tengok monyet tu…bukan main lagi dia..sedap berehat di atas pokok kelapa itu" kata TAUFAN.


"Ha'a la…sedapnya dia… Apa kata kita bertiga berlawan untuk menjatuhkan dia. Siapa mampu menjatuhkan monyet dari pokok kelapa itu dalam masa yang paling singkat, dia akan dikira sebagai pemenang" kata BELIUNG.


"Ala..aku mampu menjatuhkannya dalam masa 45 saat aje" kata FOHN.


"Aku ambik masa 30 saat" kata TAUFAN


"Aku lagi handal, dalam masa 15 saat aje aku akan mampu menjatuhkan monyet itu" kata BELIUNG



Kemudian angin tiga sekawan itu memulakan aksi masing-masing.


Angin FOHN mengambil tempat pertama untuk menunjukkan aksinya. Dia bertiup sekuat-kuat hatinya…wusssh…wushh…wushhh…disertai dengan hawa yang panas dan kering. Apabila merasai angin bertiup kencang, monyet tersebut memegang daun kelapa kuat-kuat. Angin FOHN bertiup lagi dan lagi..akhirnya dia menyerah kalah. Monyet itu tidak dapat dijatuhkannya.


Kini giliran angin TAUFAN pula. TAUFAN juga bertiup sekuat-kuat hatinya…zassssshhh..zussssshhh..wushhhhh.. Meliang liuk pokok kelapa ditiup TAUFAN. Monyet semakin kuat memegang batang pokok kelapa tersebut. Akhirnya TAUFAN juga menyerah kalah. Dia tidak mampu menjatuhkan monyet tersebut.


Akhir sekali, tiba giliran BELIUNG. Dia pun mengambil tempat untuk memulakan aksi, bertiup sekuat-kuat hati…zushhhhh…bushhhhh…dushhhhhhh…Hampir tumbang pokok kelapa tersebut namun monyet itu tetap tidak jatuh. Semakin kuat tiupan angin, semakin erat dia memegang pohon kelapa itu. BELIUNG juga akhirnya mengaku kalah.


"Amboi, monyet ni..stubborn betul. Begitu kuat kita bertiup, dia tetap tidak jatuh" kata TAUFAN.


Ketiga-tiga angin itu akhirnya mengakui bahawa si monyet memang jaguh dan mempunyai daya tahan yang luar biasa.


Kemudian, datanglah angin SEPOI BAHASA. Rupa-rupanya dari jauh dia memerhatikan aksi ketiga-tiga angin tersebut.


"Boleh tak aku mengambil bahagian? Biar aku pulak cuba untuk menjatuhkan monyet itu"


"Hahahahaha…" ketiga-tiga angin itu mentertawakan SEPOI BAHASA.


"Kau nak cuba..hehehe.. Kami yang gagah ni pun tak mampu untuk jatuhkannya, inikan pulak kau" kata BELIUNG.


"Belum cuba, belum tahu" kata SEPOI BAHASA sambil bersiap sedia untuk beraksi


SEPOI BAHASA bertiup dengan lemah gemalai sambil membelai ubun-ubun si monyet..psssst…sssshhhh.. Monyet merasa nyaman sekali dibuai oleh SEPOI BAHASA. Matanya mula rasa mengantuk dan akhirnya dia tertidur. Pegangan tangannya terlepas lalu jatuh ke tanah macam nangka busuk.


SEPOI BAHASA bertepuk tangan.


"Yey..yey..monyet jatuh" sorak SEPOI BAHASA dengan riang.


TAUFAN, BELIUNG dan FOHN ternganga melihat monyet yang berdebub jatuh ke tanah. Akhirnya mereka mengakui kehebatan SEPOI BAHASA dan mengisytiharkan kemenangannya.



"Begitulah cerita monyet dan angin.."


"That's a good story. Tengok apa jadi jika kita cakap besar. Ketawakan orang akhirnya malu sendiri.." kata Amani.



Kehidupan kita ini Allah uji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Ketika kita diuji dengan KESUSAHAN, PENDERITAAN dan MALA PETAKA, ada kalanya kita mampu redha dan mampu mengharunginya dengan kesabaran dan ketabahan. Malah kita menjadi semakin kuat. Tetapi apabila kita diuji dengan KENIKMATAN, KESENANGAN dan KELIMPAHAN, ada kalanya kita mudah hanyut dan terleka sama seperti monyet yang kuat bertahan apabila ditiup dengan angin kencang tapi tewas apabila ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa.


Justeru, jangan sampai kita terlena walau dalam apa keadaan sekali pun samada dalam keperitan atau kesenangan. Tetaplah bersikap rendah hati dan berwaspada kerana kita hanya hidup sementara di dunia ini. Jadilah manusia yang bijak dan tetap bersyukur.

Ahad, 12 Februari 2012

TuLIp


Khas untuk penggemar TULIP dan
k.Tulip Berduri..hehe..
sememangnya bunga tulip memang cantik

pink pun lawa

Cantik kan...




BUNGA tulip dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.

Di Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.

Harus diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin menyiram.

Cara Menanam & Menjaga

- Ditanam dalam campuran 30 peratus tanah pasir dan hitam pada suhu 8 hingga 9 darjah Celcius sehingga akarnya tumbuh.

- Apabila akar tumbuh dan berusia empat minggu, ia akan dikeluarkan sebelum diletakkan di rak kayu.

- Pada usia ini, pokok bawang ini boleh membesar hingga 10 sentimeter manakala suhu rumah hijau ditetapkan pada 20 darjah Celcius bagi memastikan ia hidup subur.

- Pokok bawang ini kemudiannya dialihkan ke dalam pasu-pasu kecil dan rak kotak. Bagi setiap pasu, kita menanam tiga biji bawang manakala bagi rak kotak pula, antara 10 dan 15 biji bawang ditanam bergantung kepada saiz kotak.

- Pokok bunga tulip tidak memerlukan siraman air yang kerap. Sekadar dua kali seminggu, bergantung kepada cuaca. Kalau musim kemarau, siraman air mungkin terpaksa ditambah.

- Pokok bunga tulip boleh mengeluarkan kudupnya selepas 15 hingga 17 minggu ditanam dan sebelum dipasarkan, batangnya perlu dicantas manakala kudup pula dibalut dengan kain net.

- Apabila kembang, bunga ini mempunyai enam kelopak yang mampu bertahan selama seminggu jika diletakkan di dalam pasu bunga yang berisi air.

Merah menyerlah


Putih suci bersih.. suke warna putih

FAKTA
Nama: Bunga Tulip
Nama Asal: Tulipa (Perkataan Arab bermaksud serban)
Famili: Kumpulan Magnoliophyta
Jenis popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah),Monte Carlo (kuning), Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita (ungu).
~agak-agak kan tulip berduri ni kategori mana ek…hmm~

Sabtu, 11 Februari 2012

DuNiA yAnG SePi - HiJJaZ


DuNiA yAnG SePi - HiJJaZ



Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

MZ : mencari kawan memang senang tapi nak mencari yang sejati tu bukan suatu yang senang..

Jumaat, 10 Februari 2012

ReSuLt pUnyA PaSaL

Assalamualaikum w.b.k

cerita pasal result sekarang ni musim result keluar ..hahaha.. macam-,macam karenah dan macam-macam perangai aku tengok depa-depa semua... semua pakat post kt fb masing masing..
seminggu sebelum result keluar pakat dok post macam2 ..
antara yang aku baca 
~ nebes result nk keluar minggu depan...
hahaha.. ada yang duk menghitung ari
~ 2minggu lagi result nak keluar..


dan macam2 lagi..tapi semua mengharap akan dapat result yang lulus cemerlang...AMIN...
bila tiba waktu nak chek result..semua pakat mengeluh portal jem roti xde ke.hehehe..
semua pakat duk bengang..macam2 depa post..
antara yang sempat aku baca..
~portal merajuk 
~portal tolak pinangan
~tension tahap gaban






hehehe... sabar la dik non depa semua dok pakat ngorat portal... hahaha.. yang sabar semestinyer dapat date ngan portal.. yang xsabar tu kalau nasib baik dapat la.. kalau xbernasib baik ditolak mentah2 oleh portal.. hehehe



yang lepas bukak portal plak senyum lebar je...  syukur Alhamdulillah.. tahniah kat depa ..
nampaknyer result depa baik2 belaka...
dan aku sendiri pulak syukur Alhamdulillah atas apa yang diberikan.. andai itu takdirku aku terima dengan redha... 

Khamis, 9 Februari 2012

MAKSUD-MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT


pastikan tutup hanphone dulu sebelum solat.. hehe




5 kali sehari sekurang-kurangnya di darabkan dengan Hari dan Tahun kita semenjak cukup umur sehingga Penghujung Usia kita, adakah ada sebab kita tidak boleh memahami Maksud-Maksud ini lagi?Ya Allah bantulah kami. 





Allah Maha Besar

DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


BACAAN KETIKA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

fahamilah maksud-maksud setiap bacaan supaya kita lebih khusyuk dalam solat.. 


DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


والله اعلم,

Penghayatan bacaan yg disertai perngertian dgn makna bacaan dlm solat benar2 memberi seribu penghayatan,kusyu dan kemanisan dalam solat.
Tidak disangkal lagi khayal terhadap Allah ini mncipta sifat ikhlas & cinta akan Nabi dan mengenal Allah dgn sebaiknya.

Semoga Allah menunjukkan Jalan Kebenaran yang sebenarnya dan Memakbulkan Doa-Doa di dalam Solat, InsyaAllah.



SUMBER : 


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu , namun tak pula aku sanggup keNerakamu, kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


Rabu, 8 Februari 2012

Demi Matahari - Snada



Demi Matahari di ilhamkan daripada surah Asy Syam.. jom kita selami maksunya


Demi Matahari
dan Sinarnya dipagi hari
Demi Bulan apabila ia mengiringi

Demi Siang hari
bila menampakkan dirinya
Demi Malam apabila ia menutupi

Demi Langit beserta seluruh binaannya
Demi Bumi serta yang ada di hamparannya
Demi Jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah... Subhanallah

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
merugi bagi yang mengotorinya
Subhanallah


Snada

Selasa, 7 Februari 2012

CiNtA RaUdHaH




    • Angin bukit tinggi membelai lembut pipi Akid. Angin yang berpuput dari puncak bukit tinggi di sedut dalam-dalam hingga masuk penuh ke pangkal jantung. Dia bagaikan menahan angin itu dan merasa nikmatnya dan kemudian dia melepaskan kembali perlahan-lahan angin itu dengan nafasnya. Raudhah memejamkan matanya.“Dari Dia semua datang, dan kepadanya semua dikembalikan.”
      “Ukhti, sudikah ukhti saya lamar menjadi pedamping hidup saya, menyempurnakan kekurangan saya, menjadi makmum untuk bakal jemaah saya?”Terngiang-ngiang soalan itu di benak kepalanya.
      “Asif akhi, saya tidak dapat menerima lamaran akhi.” 
      “Kenapa?”
      “Sudah ada yang datang melamar saya sebelum akhi datang melamar saya.”
      “Dan ukhti menerimanya?"
      Raudhah tersenyum namun lekas-lekas dia sembunyikan senyumnya.
      “Itu satu lamaran yang tidak mungkin saya tolak akhi. Lamaran yang sudah lama saya menantikannya.”
      “Siapa ukhti, siapa lelaki bertuah itu, kalau boleh saya tahu.” 
      “Untuk apa?”
      “Untuk saya tahu, bagaimana dia bisa membuka pintu hati ukhti.”
      “Dia tidak membuka pintu hati saya, akhi. Malah saya yang membuka hati saya menanti dan menerima lamaran itu.”
      Terngiang-ngiang di benak Akid perbualannya dengan Raudhah semasa dia ingin melamarnya tiga bulan lepas. Tiap-tiap bait kata yang keluar daripada mulut Raudhah bermain di benaknya, tidak pernah gagal meleraikan butir-butir air mata Akid.
      “Beruntung engkau ukhti kerana menerima lamarannya.” 
      Akid menangis semakin hebat. Dia malu kerana kebodohannya sendiri. Selendang ungu yang berbalut dilehernya tiba-tiba menutup separuh wajahnya. Akid menarik selendang itu dan dilepaskan daripada membalut batang lehernya. Dia teringat bagaimana dia mendapat selendang itu daripada Raudhah. Bukan dengan cara yang membanggakan atau seronok untuk dikenang.
      #####

      Malam itu, selepas dua bulan dari tempoh dia melamar Raudhah, Akid hilang separuh kesabaran dan kewarasan berfikir. Dia menunggu Raudhah di luar kawasan kediaman Puteri. Dirinya dikuasai amarah kerana tidak dapat menerima penolakan Raudhah dan Raudhah tidak pula memberitahu kepadanya siapa lelaki yang melamarnya terlebih dahulu.
      “Raudhah, tunggu sebentar!” 
      Raudhah terkejut mendengar suara Akid di dalam kawasan kediaman Puteri. Dia menjadi bertambah malu bila kelakuan Akid memanggil dan menunggunya di kawasan itu dilihat  oleh pelajar-pelajar lain. Raudhah cuba untuk mengelak daripada Akid.
      “Raudhah, tunggu sebentar!!!.
      Sekali lagi Akid memanggilnya. Lebih keras suaranya. 
      “Ada apa akhi?”
      “Jelaskan pada saya, siapa lelaki yang melamar awak sebelum saya dan kenapa lamaran saya di tolak?”
      “Asif akhi, saya tak dapat jelaskan pada akhi siapa yang melamar saya dan kenapa saya tidak dapat menerima lamaran akhi. Dengan cara akhi sebegini, lagi membuatkan saya yakin, akhi tidak akan dapat menerima jawapan saya. Asif akhi, saya tak boleh berlama-lama di sini. Begitu juga akhi, sini kediaman Puteri. Akhi sepatutnya jelas tentang itu. Assalamu'alaikum akhi.”
      “Raudhah, tunggu!” 
      Raudhah berjalan meninggalkan Akid. Dia ingin lekas segera beredar dari situ. Akan tetapi Akid masih berdegil dan tidak berpuas hati dengan jawapan Raudhah. Akid cuba melarang Raudhah beredar sebelum dia mendapat jawapannya. Akid secara tidak sengaja menarik bahu Raudhah dan selendang yang dipakai Raudhah tercabut dan berada di dalam genggaman Akid.
      Raudhah jadi bertambah malu kerana kelakuan Akid. Secara tidak sengaja dia menampar pipi Akid.
      “Asif akhi, saya tidak sengaja…" 
      “Tak…tak mengapa Raudhah, saya yang bersalah.”
      “Akhi, saya lebih tenang mendengar akhi memanggil saya ‘ukhti’ daripada memanggil nama saya.” 
      Akid terdiam. Selendang Raudhah masih di tangannya.
      “Akhi, baiklah. Jika akhi mahu tahu siapa yang melamar saya. Jika itu jawapan yang akan membuatkan akhi beransur dari sini. Saya akan beritahu akhi. Datanglah ke kawasan kediaman Puteri ini tepat malam sabtu selepas azan pertama solat Isya’ tiga hari dari sekarang. Nanti akhi akan tahu siapa yang melamar saya dan kenapa saya menerima dan tidak dapat menolak lamarannya. Sebelum hari itu, akhi janganlah datang ke sini atau bertanya apatah lagi berfikir tentang saya. Selendang itu, akhi simpanlah sebagai hadiah daripada saya, Assalamua'laikum, jaga diri jaga iman ya akhi…”
      Raudhah beredar dari situ.
      Akid masih terpana di kawasan kediaman Puteri dengan selendang Raudhah di tangannya dan bekas tamparan Raudhah di pipinya.
      #####
      Tepat tiga hari selepas masa yang diberitahu Raudhah kepadanya, dia datang ke kawasan kediaman Puteri. Namun Akid datang sebelum Isya kerana dia begitu penasaran untuk melihat siapa yang telah berjaya membuka pintu hati Raudhah.
      “Assalamualaikum.” 
      Akid tersedar dari lamunannya selepas mendengar orang memberi salam. Dia lekas menjawab dan melihat seorang lelaki sebayanya berdiri tidak jauh darinya.
      “Tunggu apa akhi di sini, bukankah sini kawasan kediaman Puteri?”.
       Lelaki itu bertanya kepadanya. 
      “Akhi tanyakan saya, tapi akhi sendiri buat apa di sini?”
      “Saya ada sedikit urusan di sini selepas isya' nanti, jadi sebab itu saya ke sini.”
      “Oh? Urusan dengan penghuni asrama ini ke?” 
      “Lebih kurang, begitulah. Akhi masih belum menjawab pertanyaan saya, apa yang akhi buat di sini?”
      “Saya menunggu seorang penghuni asrama ini. Saya datang kerana hendak tahu siapa yang melamarnya sebelum saya dan kenapa dia menerima lamaran itu.” 
      “Oh, begitu ya. Mungkin akhi ini orang yang dimaksudkan seorang penghuni di sini kepada saya.”
      “Maksud akhi?”
      “Tadi semasa saya baru tiba di sini, ada seorang penghuni asrama ini mengirimkan sesuatu kepada saya. Katanya akan ada seorang lelaki menunggunya di sini dan dia meminta saya menyerahkan ini kepada lelaki itu.” 
      Lelaki itu menghulurkan sepucuk surat kepada Akid.
      “Asif akhi, saya perlu beredar kerana urusan saya hampir tiba masanya, InsyaAllah nanti pasti kita akan berjumpa lagi. Assalamu'alaikum akhi, jaga diri jaga iman." 
      Lelaki itu beredar sebelum sempat Akid menjawab salamnya.
      Akid membuka surat itu dan membacanya perlahan-lahan.

      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,
      Assalamu'alaikum akhi Akid, apa khabar akhi? Moga terpelihara kesihatan dan iman hendaknya. Saat akhi membaca surat ini, saya berkemungkinan sedang mempersiapkan diri saya untuk persiapan terakhir sebelum datang menerima lamaran yang saya nantikan. Akhi tak perlu risau kerana tak lama daripada akhi membaca surat ini, akhi akan tahu siapa yang melamar saya dan kenapa saya tak menolak lamarannya.
      Akhi, saya ingin sampaikan beberapa pesanan kepada akhi sebelum saya tidak lagi boleh berpesan kepada akhi kerana terikat dengan lamaran saya kerana setelah saya menerima lamaran itu, tak mungkin saya akan dapat berhubung dengan akhi.
      Pertama-tamanya, saya ingin berpesan kepada akhi, satu rahsia mengenai kebahagiaan. Saya faham mungkin tindakan akhi kepada saya beberapa malam sebelum ini kerana akhi tidak dapat menerima penolakan saya dan hati akhi tidak tenteram dan bahagia. Jadi saya ingin kongsikan kepada akhi apa itu kunci kebahagiaan. Kunci yang akan dapat membuatkan akhi mendapat kebahagian ialah tidak lain dan tidak bukan dengan menerima dengan percaya dengan sepenuh kepercayaan akan Qada Qadar. Tak boleh tak. Jika akhi menolaknya, maka akhi menolak satu daripada rukun keimanan dan rukun iman memang kita mesti menerima kesemuanya bukan sebahagian sahaja daripadanya.
      Kedua, jika akhi kasihkan kepada seseorang, kasihkanlah dia kerana Allah, kerana dengan mengasihi seseorang kerana Allah akan dapat membuatkan akhi selesa di sana dan berkumpul dengan orang-orang yang berkasih kerana-Nya dan mendapat terus Rahmat secara langsung dari-Nya di sana kelak.
      Ketiga, apa–apa pun yang akhi cakap, fikir, rasa, dan lakukan, ingatlah supaya semuanya berasas kerana dan untuk-Nya semata-mata tidak boleh kerana selain-Nya, kerana perbuatan seperti itu akan mengelakkan akhi daripada menyekutukan-Nya. Apa akhi mahu menyekutukan-Nya? Tentulah tidak bukan.
      Dan terakhir, saya ingin akhi tahu, sejujurya saya amat senang dan berbahagia kerana akhi melamar saya dan akhi tidak terlewat melamar saya, malah, akhi lah orang yang pertama melamar saya dan saya sangat senang untuk menerimanya. Cuma lamaran yang saya terima ini, tidak memungkinkan saya untuk menerima lamaran akhi.
      Asif akhi, saya tak punya banyak masa lagi untuk menulis. Saya teramat perlu untuk mempersiapkan diri saya. Akhi, jika kasihkan saya, kasihkanlah saya kerana Allah. Maka insyaAllah dengan rahmat-Nya kita akan berjumpa semula di sana akhi.
      Assalamu'alaikum dan terima kasih kerana lamaran akhi, jika tidak kerana lamaran yang saya tunggu ini, tentu sekali saya akan menjawab ‘ya’ pada lamaran akhi.

      Akid tersedar dari membaca surat bila azan isya' berkumandang. Dia cepat-cepat melipatkan surat itu dan menyimpankannya di dalam poket bajunya dan berlekas-lekas untuk bersolat. Seusai azan siap berkumandang, terdengar jeritan dari kediaman Puteri. Akid tiba-tiba berasa tidak enak. Dia hendak ke sana, tetapi kerana itu adalah kawasan larangan untuk lelaki, Akid membatalkan hasratnya. Dia menanti sahaja di luar dengan hati yang berdebar-debar. Tidak lama selepas itu, Akid melihat beberapa orang ustaz dan ustazah bergesa-gesa ke kediaman Puteri. Akid sempat menahan seorang ustaz yang seusia dengannya.

      “Asif akhi, kenapa akhi dan semua orang bergegas ke kediaman Puteri?”
      “Ada seorang penghuni jatuh rebah selepas usai mengangkat wuduk.”
      “Jatuh rebah?”
      “Meninggal dunia akhi, ada seorang pelajar meninggal dunia selepas mengangkat wuduk, Raudhah namanya. Asif, saya perlu segera ke sana, Assalamu'alaikum akhi.”
      Jantung AKid tiba-tiba bagai terputus dari tangkainya. Kakinya lemah. Dia terduduk.
      “Satu dari kunci kebahagiaan ialah menerima Qada Qadar…”.
      Akid memegang dadanya.
      “Jika kasihkan seseorang, kasihkannya kerana Allah…”
      Akid merasakan dadanya bagai dihiris-hiris mata pisau.
      “Sejujurnya saya amat senang dan berbahagia kerana akhi melamar saya…"
      Akid merasakan matanya bergenang.
      “Akhi, jika kasihkan saya, kasihkanlah saya kerana Allah. Maka insyaAllah dengan rahmat-Nya kita akan berjumpa semula di sana akhi…”
      Akid meraup wajahnya. Matanya bergenang hebat. Dadanya lumat dihiris-hiris.
      “Raudhah. Namanya Raudhah. Dia meninggal dunia selepas mengangkat wuduk.”
      Akid menangis semahu-mahunya. Surat di dalam poketnya dikeluarkan dan digenggam erat-erat. Selendang ungu yang dibawa dengan hasrat untuk dipulangkan ditekup di wajahnya. Akid menangis semahu-mahunya….
      #####
      Akid tersedar daripada lamunannya. Dia melihat selendang ungu di tangannya. Dia menghirup angin bukit tinggi dalam-dalam dan dilepaskannya kembali.
      Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Raudhah, terima kasih kerana mengajarku erti cinta sebenar-benarnya…"
      Terima kasih untuk semuanya Raudhah. Terima kasih atas segalanya Allah.
  • p/s : Cerpen ni MZ copy paste dari I LUV Islam 

    follow sini ....