Tabung Belajar

Pengikut

Isnin, 13 Februari 2012

KiSaH mOnYeT DAN aNgIn


~ Bila baca kisah ni teringat pulak kat monyet dan
 segala spesies monyet kat kampus uniutama.
Tiap-tiap petang dapat tengok aksi depa yang segala macam hal tu.
kecoh satu blok bila depa2 buat hal...~
dah macam zoo dah..hehehe ..
YAB + Muamalat




 Tapi abah aku pun ada pelihara spesies monyet satu ni..
bukan seekor malah dua tapi tiga dah skang ni..
kupikir dua tapi tiga rupanyer..hehehe.
Kalau dikira yang dulu2 punya mesti lagi banyak..
ade yang dah terlepas.. ada yang dah dijual dan ada jugak yang dah terpaksa dilepaskan ke habitat masing2 sebab monyet tu gigit abah ..


Abah cakap kalau kena gigit dengan monyet memang berbisa..
Sebab tu lah abah lepaskan dan potong taring monyet tu..
monyet peliharaan abah aku semua garang2 kecuali dengan tuannya sendiri..


Bukan senang nak mengajar monyet ni petik buah nyok (kelapa).
monyet-monyet perlulah berdisiplin dan mengikut arahan jurulatihnya.
kalau tidak monyet itu akan dihukum..
kalau berdisiplin maka akan diberi anugerah..hehe.. bagi makan je.


Pernah suatu hari monyet tu terjatuh dari pokok kelapa semasa petik buah kelapa.
Kesian patah tangan monyet tu..
sekian..




Jom ikuti kisah monyet ni..hehe









MONYET DAN ANGIN......

"Mummy, look! There are monkeys on the tree" teriak Jihadi macam tak pernah tengok monyet sebelum ini.

"Let's count how many of them. One…two…three…four..five. There are five of them" Amani mencelah.

Di belakang kondo tempat saya tinggal memang banyak monyet. Dulu lagi banyak tapi sejak hutan belukar dibersihkan untuk membina bangunan, penduduk monyet sudah berkurangan. Kesian monyet-monyet kehilangan tempat tinggal dan tempat mereka mencari makan. Bila kelaparan, kadang-kadang mereka datang menagih makanan di kawasan kondo ini.


"Mummy ada satu cerita tentang monyet. Nak dengar tak?"


"Nak, nak, nak" .


Beginilah ceritanya….



Ada seekor monyet memanjat pokok kelapa. Sampai di kemuncak pokok kelapa dia berehat sambil menikmati pemandangan alam sekitar.


"Wah..cantik sekali pemandangan dari sini" monyet berkata sendirian.


Kelakuan monyet itu telah diperhati oleh angin tiga sekawan, TAUFAN, BELIUNG dan FOHN


"Cuba kau tengok monyet tu…bukan main lagi dia..sedap berehat di atas pokok kelapa itu" kata TAUFAN.


"Ha'a la…sedapnya dia… Apa kata kita bertiga berlawan untuk menjatuhkan dia. Siapa mampu menjatuhkan monyet dari pokok kelapa itu dalam masa yang paling singkat, dia akan dikira sebagai pemenang" kata BELIUNG.


"Ala..aku mampu menjatuhkannya dalam masa 45 saat aje" kata FOHN.


"Aku ambik masa 30 saat" kata TAUFAN


"Aku lagi handal, dalam masa 15 saat aje aku akan mampu menjatuhkan monyet itu" kata BELIUNG



Kemudian angin tiga sekawan itu memulakan aksi masing-masing.


Angin FOHN mengambil tempat pertama untuk menunjukkan aksinya. Dia bertiup sekuat-kuat hatinya…wusssh…wushh…wushhh…disertai dengan hawa yang panas dan kering. Apabila merasai angin bertiup kencang, monyet tersebut memegang daun kelapa kuat-kuat. Angin FOHN bertiup lagi dan lagi..akhirnya dia menyerah kalah. Monyet itu tidak dapat dijatuhkannya.


Kini giliran angin TAUFAN pula. TAUFAN juga bertiup sekuat-kuat hatinya…zassssshhh..zussssshhh..wushhhhh.. Meliang liuk pokok kelapa ditiup TAUFAN. Monyet semakin kuat memegang batang pokok kelapa tersebut. Akhirnya TAUFAN juga menyerah kalah. Dia tidak mampu menjatuhkan monyet tersebut.


Akhir sekali, tiba giliran BELIUNG. Dia pun mengambil tempat untuk memulakan aksi, bertiup sekuat-kuat hati…zushhhhh…bushhhhh…dushhhhhhh…Hampir tumbang pokok kelapa tersebut namun monyet itu tetap tidak jatuh. Semakin kuat tiupan angin, semakin erat dia memegang pohon kelapa itu. BELIUNG juga akhirnya mengaku kalah.


"Amboi, monyet ni..stubborn betul. Begitu kuat kita bertiup, dia tetap tidak jatuh" kata TAUFAN.


Ketiga-tiga angin itu akhirnya mengakui bahawa si monyet memang jaguh dan mempunyai daya tahan yang luar biasa.


Kemudian, datanglah angin SEPOI BAHASA. Rupa-rupanya dari jauh dia memerhatikan aksi ketiga-tiga angin tersebut.


"Boleh tak aku mengambil bahagian? Biar aku pulak cuba untuk menjatuhkan monyet itu"


"Hahahahaha…" ketiga-tiga angin itu mentertawakan SEPOI BAHASA.


"Kau nak cuba..hehehe.. Kami yang gagah ni pun tak mampu untuk jatuhkannya, inikan pulak kau" kata BELIUNG.


"Belum cuba, belum tahu" kata SEPOI BAHASA sambil bersiap sedia untuk beraksi


SEPOI BAHASA bertiup dengan lemah gemalai sambil membelai ubun-ubun si monyet..psssst…sssshhhh.. Monyet merasa nyaman sekali dibuai oleh SEPOI BAHASA. Matanya mula rasa mengantuk dan akhirnya dia tertidur. Pegangan tangannya terlepas lalu jatuh ke tanah macam nangka busuk.


SEPOI BAHASA bertepuk tangan.


"Yey..yey..monyet jatuh" sorak SEPOI BAHASA dengan riang.


TAUFAN, BELIUNG dan FOHN ternganga melihat monyet yang berdebub jatuh ke tanah. Akhirnya mereka mengakui kehebatan SEPOI BAHASA dan mengisytiharkan kemenangannya.



"Begitulah cerita monyet dan angin.."


"That's a good story. Tengok apa jadi jika kita cakap besar. Ketawakan orang akhirnya malu sendiri.." kata Amani.



Kehidupan kita ini Allah uji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Ketika kita diuji dengan KESUSAHAN, PENDERITAAN dan MALA PETAKA, ada kalanya kita mampu redha dan mampu mengharunginya dengan kesabaran dan ketabahan. Malah kita menjadi semakin kuat. Tetapi apabila kita diuji dengan KENIKMATAN, KESENANGAN dan KELIMPAHAN, ada kalanya kita mudah hanyut dan terleka sama seperti monyet yang kuat bertahan apabila ditiup dengan angin kencang tapi tewas apabila ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa.


Justeru, jangan sampai kita terlena walau dalam apa keadaan sekali pun samada dalam keperitan atau kesenangan. Tetaplah bersikap rendah hati dan berwaspada kerana kita hanya hidup sementara di dunia ini. Jadilah manusia yang bijak dan tetap bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan