Khas untuk
penggemar TULIP dan
k.Tulip
Berduri..hehe..
sememangnya
bunga tulip memang cantik
pink pun lawa |
Cantik kan... |
BUNGA tulip
dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun
ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.
Di
Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga
di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.
Harus
diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga
itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika
dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin
menyiram.
Cara
Menanam & Menjaga
- Ditanam
dalam campuran 30 peratus tanah pasir dan hitam pada suhu 8 hingga 9 darjah
Celcius sehingga akarnya tumbuh.
- Apabila
akar tumbuh dan berusia empat minggu, ia akan dikeluarkan sebelum diletakkan di
rak kayu.
- Pada usia
ini, pokok bawang ini boleh membesar hingga 10 sentimeter manakala suhu rumah
hijau ditetapkan pada 20 darjah Celcius bagi memastikan ia hidup subur.
- Pokok
bawang ini kemudiannya dialihkan ke dalam pasu-pasu kecil dan rak kotak. Bagi
setiap pasu, kita menanam tiga biji bawang manakala bagi rak kotak pula, antara
10 dan 15 biji bawang ditanam bergantung kepada saiz kotak.
- Pokok
bunga tulip tidak memerlukan siraman air yang kerap. Sekadar dua kali seminggu,
bergantung kepada cuaca. Kalau musim kemarau, siraman air mungkin terpaksa
ditambah.
- Pokok
bunga tulip boleh mengeluarkan kudupnya selepas 15 hingga 17 minggu ditanam dan
sebelum dipasarkan, batangnya perlu dicantas manakala kudup pula dibalut dengan
kain net.
- Apabila
kembang, bunga ini mempunyai enam kelopak yang mampu bertahan selama seminggu
jika diletakkan di dalam pasu bunga yang berisi air.
Merah menyerlah |
Putih suci bersih.. suke warna putih |
FAKTA
Nama: Bunga
Tulip
Nama Asal:
Tulipa (Perkataan Arab bermaksud serban)
Famili:
Kumpulan Magnoliophyta
Jenis
popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah),Monte Carlo (kuning),
Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita
(ungu).
~agak-agak
kan tulip berduri ni kategori mana ek…hmm~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan