“Sesiapa
yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika
dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh
hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Hati yang kotor tidak dapt membezakan yang Haram
dan yang Halal lagi,
Buat Dosa pun sudah tidak dirasakan apa-apa.
Mahukah seluruh Hati ini Kotor dan Hitam ?
Ada apa lagi dengan Taubat ?
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Semua anak Adam (manusia) itu sering
membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa)
itu ialah orang-orang yang suka bertaubat”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Perbaharuilah Taubat Kita dari Semasa ke Semasa
kerana Kita ini Manusia,
sudah pasti ada kesalahan.
Dan oleh kerana adanya kesalahan Sudah Pastilah
Wajib bagi Kita Bertaubat.
Firman Allah yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah amat menyukai
orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
Susah Sangatkah Bertaubat kepada Allah?
Perlukan berjam-jam lamanya kah ?
Rugi sangat kah beberapa Minit dari Seluruh Masa
yang Allah anugerahkan kepada kita Digunakan untuk Bertaubat ?
Atau perlu tunggu Hati terbuka ?
Atau tunggu sudah Tua ?
Bagaimana jika Panggilan Allah dahulu yang tiba
sebelum Panggilan Taubat ?
Mahu bertaubat apabila Sudah Terlambat ?
Dimanakah Ikhlas seorang Hamba kepada Allah yang
Maha Esa?
Hari ini - berjanjilah yang Kita Akan bertaubat
kepada ALLAH S.W.T.
Walau apa-pun yang terjadi.
Akan diluangkan sedikit masa untuk diluangkan
kepada Allah S.W.T yang telah menciptakan Kita ini.
JADI, ADA APA DENGAN TAUBAT ?
p/s: copy paste dr fb untuk renungan bersama ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan