Tabung Belajar

Pengikut

Ahad, 18 Ogos 2013

O+ PoSiTiF

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah disukai. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O memimpin secara teliti sehingga ke akar umbi.

Siapa yang berdarah O positif?

P/S- jange cayo sangat deh... tapi ado hok betul tuh..heheh
sensitif dengan keikhlasan... pantang benor org xikhlas ni... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan