Tabung Belajar

Pengikut

Khamis, 29 Ogos 2013

UmUr PerSaRaaN MeNiNgKaT - PeNgAnGguRan MeNiNgKaT


Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini aku ditegur dan di interview oleh pakcik pemandu bas. Isu hari ini adalah peningkatan umur persaraan menyebabkan ramai anak muda sekarang susah nak mendapat kerja a.k.a menganggur. Syok juga  dengar pakcik ni membebel..hehehe
kata pakcik bas  tu : “kerajaan tak sepatutnya meningkatkan umur pencen pekerja sebab peningkatan ini memberi kesan teruk kepada anak muda sekarang terutama yang baru habis belajar macam aku ni (sedang praktikal belum habis lagi..hehehe). kebanyakkan organisasi akan ambil juga orang-orang muda yang baru habis belajar tapi macam mana yang masih memohon pekerja setahun, 2 tahun dan 3 tahun pun belum dapat cari lagi pekerjaan ( pakcik cakap organisasi dah taknak ambil mereka ni sebab lama sangat menunggu kerja)………………………………………………….

GARIS PANDUAN
KAEDAH PELAKSANAAN
AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012
1. PENDAHULUAN

1.1 Seksyen 4 Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)
menetapkan bahawa umur persaraan minimum seseorang
pekerja adalah apabila pekerja mencapai umur enam puluh
(60) tahun.

1.2 Majikan boleh pada bila-bila masa menetapkan umur
persaraan yang lebih tinggi daripada 60 tahun kepada pekerja
masing-masing.

2. PERMULAAN KUAT KUASA AKTA
Akta Umur Persaraan Minimum 2012 mula berkuat kuasa pada 1
Julai 2013 berdasarkan pewartaan P.U.(B) 422 bertarikh 26
Disember 2012, ke atas semua majikan di seluruh Malaysia yang
menggaji pekerjanya tanpa mengira jumlah bayaran gaji yang
dibayar, kecuali bagi kategori pekerja dalam Jadual seksyen 2 Akta.

3. PERSARAAN PILIHAN
Seksyen 6 Akta 753 -
Umur persaraan yang lebih awal daripada umur persaraan
minimum, boleh ditetapkan oleh majikan dengan persetujuan
pekerja dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.
Seseorang pekerja boleh memilih untuk bersara apabila mencapai
umur persaraan pilihan tersebut.

4. KETIDAKSAHAN TERMA UMUR PERSARAAN DALAM
KONTRAK PERKHIDMATAN DAN PERJANJIAN KOLEKTIF
SEDIA ADA
Seksyen 7 Akta 753 -
Majikan perlu meminda umur persaraan dalam kontrak
perkhidmatan atau perjanjian kolektif kepada umur persaraan 60
tahun sekiranya umur persaraan sedia ada lebih rendah.

2 ulasan:

  1. mmmm...tu la bukan senang nk cari keja sekarang.

    blogwalking here :)
    jemput join ga nie :)

    http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/softly-shop-dress-giveaway.html
    dan
    http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-ira-syiqin.html

    terima kasih byk2 ye :)

    BalasPadam