Tabung Belajar

Pengikut

Isnin, 7 Oktober 2013

MaDu LeBaH dAN AbAh



 Apa kena mengena madu lebah ni dengan abah yer..hehehe
Masa dulu-dulu dan sekarang abah ni berkebolehan mengambil madu lebah kat 
sarang lebah... Dulu ada terserempak dengan lebah Hutan yang berhijrah dan bersarang dekat belakang rumah. Bila tiba masanya, abah akan ambil madu lebah tu... yang membuatkan aku pelik, abah pergi ambil madu lebah dengan hanya berkain pelikat tanpa memakai baju... dan abah tak pernah pun kena sengat dengan lebah..hehehe.. dapat jugaklah aku merasai pengalaman tersebut walaupun tak berani pergi dekat.



Cara Mengetahui Keaslian Madu Lebah


·                     Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.

·                     Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.

·                     Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.

·                     Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli,ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.

·                     Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan.Madu asli akan membentuk bulatan.

·                     Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu.Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.

·                     Titiskan setitis madu ke atas kertas.Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.



p/s: madu zaman sekarang susah nak dapat yang asli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan