7 rahsia wanita dengan
melihat cara berjalan
1. Jika
berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan
wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak
jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih
parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika
berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita
seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya,
namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti
ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika
berjalan suka menunduk
Cara
berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya
akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk
menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.
Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan
cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita
jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang
dicintainya.
4. Jika
berjalan menatap lurus ke depan
Wanita
seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika
wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika
berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang
berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal
masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana
sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika
berjalan badan tampak tegak
Wanita ini
tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur
oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap
apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika
berjalan seperti zirafah
Maksudnya,
ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke
belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah
terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini
kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan
air mata.
macam mane.. ape cara jalan kamu... |
kompom no 3..hehehehe
BalasPadamcp..:)
BalasPadamk.unimeow...hihihihi
BalasPadam