MENGUMPAT (GHIBAH) ???
Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya."
(Hadis Riwayat Muslim).
1) Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di
akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang
tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak
pernah melakukan".
Maka Allah menjawab :
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang
mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
2) Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Diriwayatkan pula, besok dihari kiamat,
seseorang diberikan padanya buku catatan amalnya. Lalu dia tidak melihat
didalamnya catatan amal kebajikannya, maka ia berkata, " Ya Tuhanku
dimanakah amal solatku, shaumku dan amal ketaatanku?"
Maka dikatakan kepadanya, " Hilang seluruh
amal kebaikanmu lantaran kamu mengumpat manusia"
(Hadis riwayat Abu Ummah al-Bahili)
3) Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam
bersabda maksudnya :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti
api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak
tinggal apa-apa lagi."
4) Sabda Rasulullah S.A.W.
"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi
belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan
lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip
keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud).
5) Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat Ayat-12
"Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan