APAKAH KEISTIMEWAAN WANITA ?
Renungan buat insan yang bergelar WANITA.
Ketahuilah betapa ISTIMEWANYANYA dan BERTUAHNYA menjadi wanita. Bagi kaum
lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah
himpunan hadis-hadis yang berkenaan.
Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
1) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
3) Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.
4) Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
5) Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail a.s.
6) Tidaklah seorang wanita yang haid itu,
kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu,
dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli
Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas
dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa,
bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang
mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
7) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
8) Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
9) Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."
10) Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
11) Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
12) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
13) Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
14) Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya
kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita
?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
15) Seorang wanita yang apabila mengerjakan
solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya
serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja
yang dia kehendaki.
16) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000 tahun).
17) Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
18) Dua rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
20) Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
21) Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t.
22) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
23) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
24) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
25) Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
26) ika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
27) Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
28) Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.
29) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua
ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
30) Seorang wanita yang solehah lebih baik
daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani
suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja
tanpa dihisab.
31) Mana-mana wanita yang menunggu suaminya
hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan
makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya
pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada
suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah
kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat
itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
32) Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
33) Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah
dengan penuh rahmat.
34) Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
35) Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
36) Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala tola perak.
37) Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
38) Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita
dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada
suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya
pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan
sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya
matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada
perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
39) Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah
s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam
majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan
mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu
sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah
di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan
ibadat-ibadat orang lelaki.
40) Wanita yang memerah susu binatang dengan
'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
41) Wanita yang menguli tepung gandum dengan
'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
42) Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
43) "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita
yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di
antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit
dan bumi."
44) "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus
benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
45) "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita
yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas
untuknya di atas tahta di hari akhirat."
46) "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000
orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
47) "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci
akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
48) Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang
mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan
mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi
sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
49) Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
50) Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
51) Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
52) Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
53) Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah
cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas
kahwin).
54) Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri)
yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau
memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga
harta engkau dan dirinya.
55) Dunia yang paling aku sukai ialah wanita
solehah.
wallahua'lam.
BIBLIOGRAFI :
sila ke
besarnya darjat wanita disisi Allah
BalasPadam(^_^) btul tu
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam