Tabung Belajar

Pengikut

Selasa, 13 Mac 2012

KeNaPa TakUt MaHu bErSeLaWaT???



KENAPA TAKUT MAHU BERSELAWAT ???




Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekeasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.

Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.

'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat" jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami" celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.'



Allah, sweet bukan Rasulullah ini. Masakan tidak, di hadapan sahabat-sahabat yang mencintai Baginda sepenuh hati, Baginda mengaku kita ini saudara-saudaranya. Baginda cakap Baginda amat rindu pada kita. Padahal, sekalipun Baginda tidak pernah berjumpa kita.

Cuba anda bayangkan, suatu hari tiba-tiba saya pergi pada anda dan katakan;
'saya rindu sangat dengan cucu kamu'

Apa perasaan anda? Padahal anda belum berkahwin, anak pun masih tiada, cucu apatah lagi. Tiba-tiba saya dating dan katakan saya rindu pada cucu anda. Apa perasaan anda? Sama ada anda kata saya buang tebiat atau anda kata saya mengigau di siang hari.
Tapi itulah Rasulullah. Rasulullah tidak kenal kita semua, berjumpa apatah lagi, tapi Baginda mengaku Baginda rindukan kita. Kita bagaimana?

Semasa Baginda hampir wafat, di saat-saat sakaratul maut Baginda, nama siapa yang Baginda sebut?

'Ummati! Ummati! Ummati!'
Siapa Ummati yang diulang-ulang itu kalau bukan kita? Malah Rasulullah berdoa pada Allah, Rasulullah berkata kalaulah boleh Baginda mahu menanggung segala kesakitan sakaratul maut kita kerana Baginda dapat merasakan betapa sakitnya kematian itu. Allah. Sehingga ke tahap itu kecintaan Rasulullah terhadap kita. Renung sejenak, bila kali terakhir kita berselawat pada Baginda?
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"

Benar, Rasulullah sudah wafat, tapi Baginda telah meninggalkan sesuatu untuk kita. Sesuatu yang kalau kita ikut, kita tak akan sesat selama-selamanya. Itulah al-quran dan sunnah Baginda.
"ala, itu nabi.zaman dahulu kala, zaman kuno.buat apa nak ikut apa yang dia buat?"

Tapi bila part mahu kahwin lag
i satu,

"ala sayang, bolehlah abang kahwin lagi satu. Abang tengah nak ikut sunnah Rasulullah ni."

Patutkah kita mengikut sunnah Baginda yang satu ini saja sedangkan sunnah yang lain kita tinggalkan? Tidak malukah kita?
Bukti kecintaan Rasulullah ini sangat banyak. Disebut-sebut dalam hadith Baginda, malah di dalam al quran sekalipun dinyatakan betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita.

"Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya."(riwayat al-Darimi).

"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (9:128).



Allah. Hebatnya cinta Rasulullah pada kita bukan? Kenapa kita masih sombong dan bongkak, malas mahu berselawat pada Baginda? Tidak mahukan kita balas cinta Kekasih Allah ini?
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku"

2 ulasan: