pada suatu ketika dahulu di zaman sekolah
dulu, ketika tu diadakan kem untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku tidak ketinggalan untuk menyertai
aktiviti tersebut.
Nama pun aktiviti malam burung hantu kan, memang
sah2 la aktiviti ni diadakan pada waktu tengah malam.
Pada hari khamis selepas semua peserta kem
tidur tiba-tiba…. Jeng…jeng..jeng.. (saje nak kasi
suspen je ..hehehe tapi aku rasa tak suspen pun). Kami dikejutkan oleh
fasi-fasi supaya bangun dan bersiap sedia untuk aktiviti pada malam itu. Ketika
itu jam menunjukkan pukul 1.30 pagi… haish malam jumaat keliwoon ko, bulan
sepatutnyer mengambang terang bercahaya tak kelihatan dek awam yang tebal…
haish macam nak hujan je.. macam nak hujan je..
Semua pelajar dikehendaki beratur di tapak
perhimpunan sekolah dan mata kami semua ditutup dengan kain.. (haish kena tutup mata pulak.. ni yang raso berdebor nih)… kami
dibahagikan kepada kumpulan dan dalam setiap kumpulan ada 5 orang dan diketuai
oleh seorang fasi yang akan membawa kami berjalan2 (ye
lah kan mata tutup mana mau Nampak sik kan).
Dalam hati aku, haish fasi ni pun kot
pusingnyer jauh-jauh bangat… hahaha.. suruh tunduk aku tunduk, suruh merangkak
aku pun merangkak… tapi aku tahu mana arah tuju depa ( macam tak suspen je..
macam tak suspen je) ..
Yup memang tepat tekaan ku arah tuju mereka adalah
di tanah kuburan… kawasan kubur tu agak luas dan cahaya kelihatan samar2
walaupun ada lampu jalan berdekatan.. sorang demi sorang pelajar dibawa masuk
dan ditempatkan di setiap kubur… dalam hati Ya Allah harap2 tiada pape yang
berlaku.
Keseraman tu tetap ada, rasa berdiri bulu
roma… dan aku sikit beruntung sebab aku ditempatkan disebuah kubur berhampiran
dengan lampu jalan… sunyi semuanya dan kedengaran suara-suara rakan membaca
surah Yasin. Diwaktu malam yang suram tu, kami diminta untuk memegang batu
nisan dan aku pun memegang tanpa banyak soal.
Kami dibiarkan disitu hampir 2 jam lebih..
sepanjang aku disitu terasa macam ada sesuatu yang mengacau dan mengusik. Kata hati
aku “ah mungkin fasi2 disini yang buat semua tu… tak pasti kebenarannya.
Pada jam 3 pagi kami semua diminta membuka
penutup mata, Ya Allah bertapa insafnya bila kita berada di tanah kuburan..
ajal maut kita tak siapa yang tahu. Apabila penutup mata dibuka tiba2 ada
rakan-rakan kem ku yang meraung2 menangis. Rebah dan tak bisa berjalan. Aku pun
tak pasti apa yang berlaku.. sungguh misteri…
p/s: “usah biarkan
hidup anda diselubungi misteri”
hmm.. sebenaqnyer kawasan kubur tu sebelah tapak perhimpunan sekolah aku je.... hehhehe...
Hehehehe... Dulu ZH nakal masa kecil, main lari2 dalam masjid, pastu kena tangkap dan diorang masuk dalam bilik mayat. Dekat 3 jam ZH tido. Degil sangat sampai macam tu pun boleh tido... hehehe
BalasPadamhiasn kemain nakal noh.. parok ni smpai kena kurung dalam bilik mayat nih...xtakut ka..hehehe
Padam